Kisah Pakcik Jaja Aiskrim Biaya Pengajian PhD

Baru-baru ini tersebar satu foto di laman sosial tentang seorang pakcik yang menjual aiskrim bagi menampung pembelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Difahamkan pakcik tersebut berasal daripada Medan, Indonesia dan merupakan seorang lepasan sarjana usuluddin.


Kisah Pakcik Jaja Aiskrim Biaya Pengajian PhD, info, terkini, berita, sensasi,

Untuk pengetahuan korang, pakcik ini sedang menyempurnakan pengajian di peringkat PhD di Universiti Malaysia.

Kayuh Basikal Jual Aiskrim
Menurut kenyataan yang dipetik dari pemilik laman Facebook Aris Hazlan Ismail, setiap hari pakcik ini akan mengayuh basikal menjaja ais krim yang dibuat sendiri di sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Setakat hari ini, cerita tentang pakcik ini telah mendapat 332 perkongsian di Facebook.


Kisah Pakcik Jaja Aiskrim Biaya Pengajian PhD, info, terkini, berita, sensasi,

Untuk pengetahuan korang, aiskrim pakcik ini ada nama tau, OSDA yang membawa maksud Orang Sabar Disayangi Allah. Kami di OHBULAN! mendoakan agar pakcik sentiasa murah rezeki dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD!
Umur Bukan Penghalang

Kegigihan yang ditunjukkan oleh pakcik ini rasanya patut dijadikan contoh oleh orang ramai terutama para remaja. Mana tidaknya pakcik ini dikatakan telah berumur 5o tahun dan masih lagi mempunyai azam yang kuat untuk belajar! So apa lagi alasan korang untuk taknak belajar?

Artikel Terdahulu : Teksi Terjatuh Dari Tingkat Satu

Sumber : ohbulan.com

Teksi Terjatuh Dari Tingkat Satu

Seorang pemandu teksi berusia 50-an tersepit di bahagian pemandu selepas teksinya terjatuh dari tingkat satu tempat meletak kereta di Sun Kompleks, Jalan Bukit Bintang, 3 pagi tadi.


Teksi Terjatuh Dari Tingkat Satu, info, terkini, berita, teksi,

Menurut jurucakap bomba dan penyelamat Kuala Lumpur, mangsa yang tersepit dikeluarkan selepas pihaknya tiba 15 minit sebaik dimaklumkan orang awam.

"Pihak bomba terpaksa menggunakan alat khas bagi memotong besi teksi itu serta membawa keluar mangsa yang tersepit.

"Lelaki terbabit tidak mengalami kecederaan serius," kata jurucakap itu dalam satu kenytaan, hari ini.

Jurucakap itu berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan siasatan kemalangan diserahkan kepada polis.

Artikel Terdahulu : Kawasan di Kuala Krai Musnah Teruk Akibat Banjir

Sumber : Harian Metro

Kawasan di Kuala Krai Musnah Teruk Akibat Banjir

Banjir di beberapa kawasan di Kelantan sudahpun mulai surut. Beberapa buah kawasan kelihatan telah pulih seperti keadaan sediakala.


Kawasan di Kuala Krai Musnah Teruk Akibat Banjir, info, terkini, berita, banjir di kelantan,

Namun, banyak kemusnahan harta benda termasuk tempat tinggal, premis perniagaan serta kenderaan dilaporkan akibat banjir tersebut.

Menurut seorang penduduk Kuala Krai, Jamil, banjir akibat hujan yang lebat selama tiga hari berturut-turut telah mengakibatkan paras air naik mendadak sehingga paras bumbung rumah. Selain itu mereka juga turut terputus segala hubungan darat sehingga sejak semalam.

"Air naik mendadak sehinggap paras bumbung. Terputus segala perhubungan darat semalam" katanya ketika dihubungi pihak Siakapkeli.

Bagaimanapun, keadaan kawasan itu pulih sudahpun pulih seperti sediakala setelah air surut pada jam 2 petang Khamis.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan kemusnahan akibat bencana alam tersebut. Semoga mereka yang kehilangan harta benda, ternakan dan sebagainya tabah menghadapi ujian ini.













Artikel Terdahulu : Yuran Bulanan Taska Dinaikkan Mulai Januari 2015

Sumber : Siakapkeli.com.my

Yuran Bulanan Taska Di Seluruh Negeri Sembilan Dinaikkan Mulai Januari 2015

Sekeping surat yang memaparkan harga bayaran minima yuran seluruh taska di Negeri Sembilan yang didakwa terlalu mahal mula tersebar melalui aplikasi pesan ringkas, WhatsApp.


Yuran Bulanan Taska, info, terkini, berita, sensasi, spekulasi,

Surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Negeri Sembilan (PTN9), telah menetapkan kadar minima yuran seperti berikut;

Yuran Pendaftaran - RM100.00 seorang, sekali seumur hidup.

Yuran Bulanan -

    RM550.00 seorang bayi (2 bulan hingga 12 bulan)
    RM450.00 seorang kanak-kanak (1 hingga 2 tahun)
    RM350.00 seorang kanak-kanak (3 hingga 4 tahun)


Yuran Tahunan - RM350.00 seorang setiap tahun

 Menurut surat tersebut, kenaikan yuran itu adalah berdasarkan kepada penetapan kadar gaji minima oleh pihak Kerajaan yang berkuatkuasa Januari 2013 dan juga kos operasi Taska yang meningkat. Kadar yuran baru ini akan dikuatkuasakan mulai Januari 2015.


Yuran Bulanan Taska, info, terkini, berita, sensasi, spekulasi,

Kenaikan yang begitu mendadak ini dilihat akan membebankan ibubapa. Sudahlah bebanan harga barang naik akibat tindakan peniaga & pemborong yang tidak bertanggungjawab dengan alasan kenaikan harga minyak dan sebagainya. Ditambah pula dengan perlaksanaan GST April tahun depan.

Penetapan kadar minima yuran bulanan ini amatlah tidak wajar. Ianya lebih kepada membebankan ibubapa yang sudah sedia adanya terpaksa bergelut dengan masalah kewangan.

PTN9, wajar mengkaji semula tindakan menaikkan harga yuran bulanan yang boleh dikatakan menyusahkan rakyat. Tak tahulah jika majoriti rakyat di Negeri Sembilan berkemampuan untuk membayar RM550 sebulan bagi bayi berumur 2 bulan hingga 12 bulan.

Artikel Terdahulu : Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati'

Sumber : mymediahubonline.blogspot.com

Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati' Di Sibu

Selepas terselamat dari insiden serangan pada Oktober lalu, seorang ahli perniagaan lelaki sekali lagi menerima kejutan berbaur amaran bilamana seekor kucing hitam digantung sampai mati di depan rumahnya di Jalan Lada, kelmarin.


Punca Sebenar Kucing 'Dihukum Gantung Sampai Mati', info, terkini, berita sensasi, kejam
Dia anggota polis menurunkan kucing malang yang tergantung di depan rumah mangsa ugutan kongsi gelap.


Gambar-gambar kucing mati digantung di palang besi depan rumah itu tersebar meluas di laman sosial dan menimbul kemarahan para pencinta kucing. Ramai yang mendesak agar pihak polis menyerbu rumah terbabit kerana menyangka pemilik rumah berkenaan yang melakukan perbuatan kejam itu.

Mengambil maklum terhadap laporan orang awam, polis turun ke lokasi kejadian dan mendapati pemilik rumah yang berusia 39 tahun menafikan perkara itu dilakukan olehnya.

Menurut lelaki terbabit, dia sebelum ini juga pernah menerima ancaman melalui telefon dari seorang lelaki yang memberi amaran kepadanya seminggu selepas insiden serangan awal tersebut. Tiga minggu kemudian, dia sekali lagi menerima panggilan ugutan dari individu yang sama.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, lelaki terbabit membuat keputusan untuk keluar dari bandar Sibu buat sementara waktu bagi mencari tempat perlindungan.

Bagaimanapun, dia kembali semula ke Sibu kelmarin menggunakan kereta sewa kerana bimbang keretanya dikenali oleh individu yang mengancam keselamatannya.

Pada insiden Oktober yang lalu, sekumpulan lelaki telah mengikat tangan dan menutup matanya dengan kain sebelum membawa mangsa lari menaiki sebuah kereta.  Mangsa kemudian dihumban ke dalam sungai, bagaimanapun berjaya melepaskan diri.

Mengulas mengenai tindakan kejam terhadap kucing berkenaan, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menggantung kucing untuk membuat ugutan.

“Ini adalah keganasan jelas terhadap haiwan dan perbuatan itu adalah amat jahat dan menunjukkan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” kata Presiden SSPCA, Donna Wee.

Artikel Terdahulu : Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015

Sumber : m-poser.blogspot.com

Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015

Menerusi kenyataan rasmi MEPS Malaysia, pengguna yang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM yang berlainan daripada kad bank anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 termasuk cukai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015. 


Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015, info, terkini, berita, sensasi, GST Untuk ATM Card Holders

Berbeza berbanding sebelum ini, pengguna hanya dikenaka caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi menerusi rangkaian MEPS. Bagaimanapun, cukai GST dikenakan pada caj MEPS dan bukan pada jumlah transaksi.


Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015, info, terkini, berita, sensasi, GST Untuk ATM Card Holders

Caj Terkini Transaksi Duit Menerusi MEPS (Bank Lain)

    RM1.06 mulai 1 April 2015



Panduan Contoh Transaksi ATM Kena GST Mulai 1 April 2015


    Jika withdraw duit dari ATM lain, maka akan dikenakan caj sebanyak RM1.06 Sen termasuk GST.
    Jika withdraw duit dari ATM bank sendiri maka tiada GST.



Komen Pengguna Laman Sosial Isu MEPS Kena GST


Keluar Duit Sendiri Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015, info, terkini, berita, sensasi, GST Untuk ATM Card Holders


Sumber : melvister.com

Gertakan Kim Jong-Un Berjaya, The Interview Tak Jadi Ditayangkan

Selepas melalui beberapa episod kontroversi berhubung filem The Interview, akhirnya pihak Sony Pictures akur untuk membatalkan penayangan filem tersebut.


Gertakan Kim Jong-Un Berjaya, The Interview Tak Jadi Ditayangkan, info, terkini, berita, sensasi, filem the interviews, Kim Jong-Un

Pembatalan dibuat selepas kebanyakan pawagam seluruh dunia enggan mengambil risiko menayangkan filem yang menyentuh sensitiviti pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Keputusan juga diambil selepas penggodam berjaya melakukan serangan secara siber terhadap laman web Sony, yang mana mereka menghantar amaran melarang pawagam daripada menyiarkan filem tersebut.

Sehubungan itu, majlis tayangan perdana The Interview yang dijadualkan berlangsung di New York, baru-baru ini turut dibatalkan oleh pihak penerbitnya.

Menurut salah seorang wakil Sony, mereka berasa sangat sedih dan kecewa dengan perbuatan penggodam yang mahu menghalang penayangan The Interview kepada pihak umum.

“Disebabkan kebanyakan pengedar filem menarik balik niat menayangkan filem ini, kami mengambil keputusan untuk membatalkan penayangan The Interview yang sepatutnya menjengah pawagam bermula 25 Disember ini.

“Kami menghormati dan memahami keputusan mereka, yang mana keselamatan pekerja serta pengunjung pawagam jadi keutamaan syarikat,” katanya.

The Interview mengisahkan dua wartawan penyiaran, dilakonkan Seth Rogen dan James Franco yang perlu bekerjasama dengan pihak Central Intelligence Agency (CIA) untuk membunuh Kim Jong-Un.


Sumber : mynewshub.cc

Surat Berkaitan Projek Ternak Babi Di Kuala Langat Tersebar

Di Selangor, difahamkan ada cadangan untuk menjadikan kawasan Ladang Tumbok dalam Mukim Baru Laut di Kuala Langat, sebagai lokasi penternakan babi secara moden di Selangor.


Surat Berkaitan Projek Ternak Babi Di Kuala Langat Tersebar, info, terkini, berita, sensasi,

Maklumat berkenaan hal ini diketahui melalui penyebaran sepucuk surat jemputan untuk menghadiri sesi Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan ‘Modern Pig Farming’ di lokasi berkenaan, yang dijadualkan berlangsung pada Selasa lepas.

Cadangan itu dikatakan akan dilaksanakan oleh dua buah syarikat.

Difahamkan ketika zaman pentadbiran Menteri Besar Selangor sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri tegas menghentikan projek ternakan babi secara moden bagi menjaga sensitiviti masyarakat Islam di Selangor.

Bagaimanapun tidak diketahui sejauh mana perkembangan cadangan ini, apabila Selangor ditadbir oleh Mohamed Azmin Ali yang menggantikan Abdul Khalid, sekarang.

Surat Berkaitan Projek Ternak Babi Di Kuala Langat Tersebar, info, terkini, berita, sensasi,


Penyebaran surat di atas, difahamkan sudah mula mencetus kerisauan dalam kalangan penduduk umat Islam di Selangor ekoran risiko pencemaran yang mungkin akan berlaku jika ia jadi kenyataan.

Ekoran itu, eloklah kiranya Mohamed Azmin selaku MB Selangor membuat penjelasan berkenaan cadangan menjadikan negeri itu hub ternakan babi di negara ini.

Artikel Terdahulu : Anak Pesakit Kesal Layanan Biadap Kakitangan Hospital

Sumber : mynewshub.cc