Memaparkan catatan dengan label terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terkini. Papar semua catatan

Majlis Perkahwinan Mewah Lana Nodin & David Bernilai Lebih RM 2 Juta

Seronok jadi selebriti ni. Dahlah selalu dapat berjalan ke tempat-tempat menariklah, kadang-kadang dapat gift daripada peminat, yang paling penting, kahwin pun dapat tajaan.


Majlis Perkahwinan Mewah Lana Nodin & David Bernilai Lebih RM 2 Juta, info, terkini, hiburan, sensasi,

Rasanya, ramai juga selebriti Malaysia yang ditaja perkahwinannya. Terbaru, Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin khabarnya dapat tajaan bernilai RM2 juta.

Dengar-dengar, yang bakal taja Lana dan pasangannya nanti bukan calang-calang penaja tau! Tahniah Mek ucapkan pada Lana. Mesti meletops wedding Lana nanti.

Artikel Terdahulu : Filem Pilot Cafe Rain RM1.1 Juta dalam 6 Hari

Kalau korang nak tahu, dek kerana terlalu ramai yang nak sponsor majlis Lana ni, dia terpaksa menolak beberapa sponsor tau.

Eh, bukan berlagak diva, tetapi Lana terpaksa berbuat demikian kerana tak dapat memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

    Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka dalam masa lebih sebulan sahaja saya telah mendapat tajaan RM2 juta untuk perkahwinan saya.

    Sejak pengumuman perkahwinan saya itu dibuat, ramai yang menelefon untuk menaja sehingga saya perlu menolak beberapa tajaan kerana ada yang terma dan syaratnya tidak dapat dipenuhi.


Selain itu, perkahwinan Lana nanti bukanlah 100 peratus ditaja. Sebaliknya, Lana hanya menerima 90 peratus jumlah tajaan. Selebihnya, semua Lana uruskan sendiri.

    Saya bersyukur kerana hampir 90 peratus persiapan perkahwinan saya mendapat tajaan dan selebihnya saya uruskan sendiri seperti malam berinai dan makan malam,

Hmm, tak kisahlah ditaja atau tidak. Dah namanyapun rezeki. Buat apa tolak tuah. Tak gitu?

Sumber: Murai

Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan satu mayat dalam belukar di bawah jambatan di susur keluar Pulau Meranti Cyberjaya.

Susulan daripada kes tersebut, hari ini, seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan itu.


Rosshida Dibunuh, Tunang Mengaku Campak Dari Jambatan , info, terkini, berita, kes bunuh,


Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali, lelaki tersebut yang juga merupakan tunang kepada mangsa bagaimanapun telah mengaku mencampak Rosshida dari jambatan berkenaan ketika disoal siasat.

"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik myMetro.

Suspek telah ditahan di sekitar kawasan Cyberjaya dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada jam 10.30 pagi tadi.

Setakat ini suspek dalam tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pada jam kira-kira 5 petang semalam, mayat mangsa, Rosshida Abdullah, 30 yang berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan telah dijumpai oleh orang awam di bawah jambatan berkenaan.

Selain itu, bersama mayat ditemui sekeping nota yang juga menceritakan tentang masalah yang dihadapinya termasuklan tekanan akibat diburu along. Turut ditemui adalah sebuah beg tangan. 


Sumber : Siakapkeli.my

Kemalangan DUKE, Dua Pemandu Bertanggungjawab Akan Didakwa Esok

Beberapa hari lalu seluruh Malaysia kecoh membicarakan berkenaan kemalangan di DUKE yang meragut tiga nyawa termasuk bayi berusia enam bulan.


Kemalangan DUKE, info, terkini, berita, FMC,


Menurut laporan myMetro, dua orang pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada akhbar berkenaan.

Dua orang pemandu berkenaan adalah seorang lelaki berumur 31 tahun dan seorang wanita berumur 35 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah pada pagi esok.

Dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu sepasang suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35 dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27 serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa berusia enam bulan disahkan meninggal dunia di di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dua orang pemandu tersebut dan saksi utama serta 8 orang lain telah membuat keterangan berkenaan kejadian.

Video rakaman CCTV KEmalangan Di Jalan DUKE DISINI

Sumber : Siakapkeli.my

Pilot Cafe Raih Lebih RM 1.1 Juta Dalam Masa 6 Hari

Filem arahan Osman Ali Pilot Cafe telah berjaya meraih RM 1.1 juta setelah 6 hari tayangan dan menunjukkan filem ini berada di landasannya yang tersendiri.


Pilot Cafe Raih Lebih RM 1.1 Juta Dalam Masa 6 Hari , info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan

Walaupun bersaing dengan pelbagai genre filem yang ditayangkan di pawagam namun peminat filem melayu tetap terus menyokong tanpa sebarang prejudis.

Menurut pengarahnya, situasi kutipan filem melayu agak suram namun kutipan bagi filemnya nampak positif dan rasa amat bersyukur dengan sokongan semua pihak yang tidak henti-henti.

Artikel Terdahulu : Punca Adi Putra Dilarang Berlakon 6 Bulan


Pilot Cafe kini sedang bersaing dengan filem Hollywood iaitu Avengers, tetapi sambutan yang diberikan amat menggalakan dan menunjukkan filem melayu masih kekal utuh di hati peminat.

“Insha-Allah untuk minggu kedua dan minggu seterusnya, kutipan Pilot Cafe akan terus bertambah dan meningkat sehingga mencecah RM 2 juta, mudah-mudahan ia tercapai,” kata Osman ketika dihubungi Murai.com.my

Dalam pada itu, Osman secara peribadi amat berbesar hati dengan komen dan maklum balas penonton yang sudah menonton filem ini yang amat positif dan bermakna.

“Rata-rata penonton yang menontonnya begitu menyukai filem Pilot Cafe serta member komen yang baik terutama di laman-laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

“Jadi kepada sesiapa yang belum menonton, saya menyeru kepada semua menontonlah filem Pilot Cafe yang penuh dengan pengajaran,” katanya mengakhiri bicara.


Sumber : murai

Kapsyen Demi Lovato “Malaysia’s Next Top Monkey” Buat Peminat Naik Angin

Penyanyi antarabangsa yang baru membuat persembahan di Malaysia, Demi Lovato baru-baru ini telah membuat peminat naik angin dek kerana kapsyen di Instagram.


Kapsyen Demi Lovato “Malaysia’s Next Top Monkey” Buat Peminat Naik Angin, info, terkini, hiburan, sensasi, kontrvoersi, Demi Lovato,

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Let It Go dan Skycrapper memuat turun gambar monyet di Batu Caves dan menulis kapsyen “Malaysia’s Next Top Monkey” di laman Instagram beliau.


Kapsyen Demi Lovato “Malaysia’s Next Top Monkey” Buat Peminat Naik Angin, info, terkini, hiburan, sensasi, kontrvoersi, Demi Lovato,

Berikut merupakan gambar yang dimuat turun oleh Demi Lovato sehingga membuat peminat tanah air naik angin;

Kapsyen Demi Lovato “Malaysia’s Next Top Monkey” Buat Peminat Naik Angin, info, terkini, hiburan, sensasi, kontrvoersi, Demi Lovato,

Sabar lah wahai peminat yang salah faham mengenai kapsyen itu, mungkin Demi Lovato tak berniat langsung untuk membuat peminat nya di Malaysia marah.

Mana lah tahu Demi Lovato terlalu terpegun dengan keindahan dan pemandangan di sekitar Batu Caves. Iya lah, Batu Caves kan antara salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Malaysia.
Kagum Keindahan Malaysia


Kapsyen Demi Lovato “Malaysia’s Next Top Monkey” Buat Peminat Naik Angin, info, terkini, hiburan, sensasi, kontrvoersi, Demi Lovato,



Kita patut bangga kerana artis antarabangsa datang untuk melawati tempat menarik di Malaysia. Seperti sedia maklum, bukan Demi Lovato sahaja malah ramai lagi antarabangsa yang memilih Batu Caves sebagai destinasi untuk dilawati. Jom kita tengok gambar Demi Lovato di Instagram;


Peminat Demi Lovato di Malaysia amat teruja bila mereka dapat tahu artis terkenal itu datang Batu Caves juga terkenal dengan patung Dewa Muruga yang tertinggal di dunia.
Kapsyen Demi Lovato “Malaysia’s Next Top Monkey” Buat Peminat Naik Angin, info, terkini, hiburan, sensasi, kontrvoersi, Demi Lovato,

Kalau korang dapat tahu Demi Lovato kat sana mesti korang serbu nak minta tanda tangan dengan tangkap gambar selfie banyak-banyak kan?

Sumber: Malaysian Digest

Kelab Terkemuka Dunia Berlumba Dapatkan Paul Pogba

Manchester City dan Chelsea tetap bersaing untuk mendapat Paul Pogba meskipun pemain itu telah menolak tawaran gaji lumayan dari Paris Saint-Germain (PSG).


Kelab Terkemuka Dunia Berlumba Dapatkan Paul Pogba, info, terkini, berita, sukan, Paul Pogba

Selain itu, Real Madrid turut menghantar Zinedine Zidane sebagai wakilnya untuk berbincang dan memikat Pogba manakala Barcelona membuat penawaran secara senyap.

Daily Mail Online melaporkan, pemain tengah Juventus berusia 22 tahun itu telah ditawarkan gaji sebanyak £210,000 seminggu oleh PSG sebelum ini, namun telah bintang muda Perancis terbabit menolaknya.

Artikel Terdahulu : Juventus Tundukkan Real Madrid


Bagaimanapun, Juventus dikatakan memberi 'lampu hijau' kepada ejen pemain berkenaan, Mino Raiola untuk meneruskan perbincangan mengenai pemindahan bernilai £58 juta.

Untuk mendapatkan Pogba, City dilapor perlu menjual pemain sedia ada supaya tidak menyalahi undang-undang kewangan Fifa (FFP).

Pemain yang dijangka meninggalkan City ialah James Milner kerana dilapor akan ke Liverpool.


Sumber : mstar

Miley Cyrus Beli Rumah RM17.9 Juta

Penyanyi Miley Cyrus dilaporkan telah membeli sebuah rumah baru yang dilengkapi ladang anggur dan kawasan menunggang kuda bernilai RM17.9 juta.

Miley Cyrus Beli Rumah RM17.9 Juta, info, terkini, hiburan, sensasi, Miley Cyrus

Menurut laporan TMZ, rumah itu terletak di dalam kawasan tanah seluas lima ekar serta mempunyai hampir 500 pokok buah anggur di ladang tersebut iaitu di Hidden Hills.

<b>Artikel Terdahulu : <a href="http://perihalnegara.blogspot.com/2015/05/punca-adi-putra-dilarang-berlakon-enam.html" rel="nofollow" target="_blank"><span style="color: blue;">Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan </span></a></b></div>
<div style="text-align: justify;">

Miley dikatakan memilih kediaman di kawasan berpagar bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

Terdahulu, rumah kediaman keluarganya di Toluca Lake sebelum ini telah dibuka untuk dijual pada awal Januari lalu.

Rumah lama tersebut dibeli kedua ibu-bapanya Ray Cyrus dan Leticia Cyrus pada tahun 2007.

Sumber : mstar

Punca Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan

Pelakon Adi Putra terpaksa berehat selama enam bulan daripada bidang lakonan akibat daripada kecederaan 'slipped disc' yang dialaminya.


Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, adi putra

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, dia dilarang oleh doktor untuk melakukan kerja-kerja berat dan perlu melakukan rawatan susulan secara berterusan.

"Saya terpaksa berehat daripada berlakon selama enam bulan walaupun melakonkan  watak yang tidak melibatkan aksi juga harus dielakkan.

"Buat masa sekarang penyakit itu tidaklah teruk tetapi cuma saya harus rajin untuk melakukan rawatan susulan kerana rawatan ini mengambil masa yang lama untuk sembuh," katanya kepada mStar Online.

Adi ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu berjudul Suami Aku Ustaz yang diadakan di Cathay Cineplex, di sini pada Selasa.

Filem bergenre cinta arahannya bersama Ghaz Abu Bakar itu dibintangi pelakon Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan Kamaliah Mat Don.


'Slipped disc' adalah penyakit yang berlaku pada bahagian tulang belakang dan  kesakitan berlaku apabila cakera tersebut menekan pada saraf yang terjejas dan akan menyebabkan pesakit sukar untuk berdiri dan berjalan.

Dalam pada itu tambah Adi,  dia memperoleh banyak tawaran berlakon namun terpaksa menolaknya akibat masalah berkenaan walaupun mendapat watak yang disukainya.


"Semenjak bulan Mac lalu saya tidak lagi mengambil sebarang tawaran lakonan kerana memikirkan masalah kesihatan yang dialami ini kerana takut ia boleh memberi masalah kepada pihak produksi bila sudah mula penggambaran nanti," jelasnya.


Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan, info, terkini, hiburan, sensasi, adi putra

Dalam perkembangan lain, Adi berkata dia kini sedang melakukan kerja amal untuk membantu mualaf ke Tanah Suci, Mekah mengejarkan ibadah umrah.

"Saya kini sedang mengumpul dana untuk membantu 30 mualaf yang berdaftar mengerjakan ibadah umrah dengan memberi tajaan seratus peratus kepada mereka," katanya.

Sementara itu mengenai filem Suami Aku Ustaz ia menceritakan mengenai Alisa yang dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa  perlu menyembunyikan statusnya sebagai seorang isteri di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri.

Filem itu bakal menemui penonton pada 14 Mei ini.

Sumber : mstar

Taylor Swift Punca Dua Penerbangan Di Tokyo Tergendala

Penyanyi Taylor Swift dilaporkan menjadi penyebab dua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun tergendala baru-baru ini.

Taylor Swift Punca Dua Penerbangan Di Tokyo Tergendala, info, terkini,  hiburan, sensasi, berita, Taylor Swift

Daily Mail melaporkan keadaan trafik di lapangan terbang tersebut menjadi sesak sehingga tidak terkawal selepas dipenuhi peminat yang menunggu ketibaan penyanyi itu.

Artikel Terdahulu : Farid Kamil Pendam Cinta Pada Nur Fazura


"Keadaan menjadi begitu kecoh dengan kehadiran peminat Taylor memenuhi semua ruang sehingga menyukarkan penumpang yang ingin mengejar penerbangan mereka.

"Keadaan itu telah memaksa pihak pengurusan menunda jadual penerbangan bagi menunggu penumpang," kata salah seorang petugas di lapangan terbang tersebut.

Taylor berada di Tokyo bagi mengadakan konsert jelajah iaitu 1989 World Tour sebelum berkunjung ke beberapa negara Asia lain.

Sumber : mstar

Adeline Tsen Tepis Gosip Cinta Dengan Harris Baba

Pelakon tinggi lampai, Adeline Tsen menafikan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pendatang baru dari Singapura, Harris Baba. Pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% menyatakan yang hubungan antara dia dan Harris adalah hanya sekadar teman rapat sahaja.


Adeline Tsen Tepis Gosip Cinta Dengan Harris Baba, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Adeline Tsen

"Saya dan Harris hanya sekadar teman sahaja. Saya mengenali dirinya pun menerusi rakan pelakon, Ryzal Jaafar. Kami mula berkenalan apabila sering hadir ke acara yang sama," kata Adeline memulakan perbualan.

Senang dengan karakter Harris yang disifatkan sebagai gila-gila, Adeline pelik kenapa Harris dikaitkan menjalin cinta dengan dirinya, sedangkan dia mempunyai ramai lagi kawan lelaki.

Artikel Terdahulu : Punca Arja Lee Merajuk Dalam Bidang Lakonan

"Saya rapat dengan Harris kerana karakternya yang gila-gila. Kebanyakan kelompok kawan saya adalah lelaki, semua boleh lihat menerusi kemaskini Instagram saya. Apa yang membuatkan saya pelik, dalam ramai-ramai kawan lelaki, Harris pula dikatakan menjalin cinta dengan saya," ulas Adeline lagi.

Bertemu dengan Harris, vokalis kumpulan Carla ini merasakan yang dia harus memberikan fokus untuk mencipta nama dalam industri hiburan tempatan.

"Saya sependapat dengan Adeline. Kami hanya berkawan rapat sahaja, tidak lebih dari itu. Sebagai pendatang baru, fokus saya adalah untuk mengukuhkan nama dalam bidang nyanyian agar kehadiran saya dan ahli kumpulan Carla yang lain diterima oleh penggemar muzik tanah air," kata Harris.

Bernaung di bawah bimbingan penyanyi dan komposer Awi Rafael, Harris menyatakan yang kumpulannya akan muncul dengn single pertama dalam masa terdekat.

"Saya sudah hampir lima bulan berada di sini untuk melebarkan kerjaya seni. Awi membimbing saya dan ahli kumpulan Carla yang lain untuk menghasilkan muzik baru. Carla bakal keluar dengn buah tangan pertama tidak lama lagi," ujarnya mengakhiri bicara.


Sumber : murai

Arja Lee Merajuk Dari Bidang Lakonan?

Pelakon drama Misiku Kuza, Arja Lee kini lebih memberikan fokus kepada perniagaan yang dijalankan bersama keluarganya, Arja's Cookies. Kurang menghiasi drama dan telefilem, adakah Arja merajuk dengan bidang lakonan?


Arja Lee Merajuk Dari Bidang Lakonan?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Arja Lee

"Saya tidak merajuk. Tawaran lakonan masih ada. Saya kini meneliti tawaran apa yang datang, jika tawaran itu terlalu padat untuk saya jayakan, saya tak mahu menerima tawaran tersebut. Saya sudah meletakkan sasaran tahun ini sebagai tahun untuk saya melebarkan sayap sebagai seorang usahawan," ujar Arja memulakan bicara.

Bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan bersama keluarga, kini Arja's Cookies bakal memasuki pasaran yang lebih besar dan dihantar ke kilang untuk menjalani proses pembuatan.

Artikel Terdahulu : Fahrin Ahmad Bakal Nikah Sabtu Ini


"Sebelum ini biskut saya hanya dibuat secara homemade sahaja. Tahun ini pula saya berjaya menngembangkan bisnes Arja's Cookies dan produk tersebut bakal dihantar ke kilang. Saya kini juga agak sibuk bertemu dengan pelanggan dan mencari potensi lagi untuk memperkembangkan bisnes yang ada," katanya lagi.

Selain Arja's Cookies, pelakon filem ... Dalam Botol ini juga sedang dalam rencana untuk membuka akademi seni sendiri, Arja Arts Academy dan memperkenalkan label fesyen miliknya, AL Style.

Dalam perkembangan terbaru, Arja kini terlibat dengn gameshow sebanyak 26 episod yang bersiaran di TV9, Lari, bergandingan dengan Azwan Ali, Aisya Hasnaa, Harris Alif dan ramai lagi.


Sumber : murai

Nur Fathia Terkejut Aiman Hakim Nak Kahwin Cepat

Kenyataan yang dikeluarkan Aiman Hakim baru-baru ini yang mahu menjadikan Fathia Latiff sebagai isteri dalam masa yang terdekat membuatkan empunya hati terkejut kerana perkara itu sebelum ini tidak pernah dibincangkan bersama.


Nur Fathia Terkejut Aiman Hakim Nak Kahwin Cepat, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

“Tidak dinafikan saya gembira apabila dikhabarkan mengenai perkara ini. Terkejut juga kerana secara tiba-tiba timbul cerita ini kerana beliau tidak pula memberitahu saya berhubung sebarang kenyataan yang dibuat olehnya,” kata Fathia kepada BH Online.

Artikel Terdahulu : Gaya Rambut Marshanda Cetus Kontroversi


Sebelum ini, Aiman sendiri memberitahu bahawa sebolehnya dia mahu bertunang terlebih dahulu sebelum mengikat pernikahan.

“Insya-Allah, kami merancang untuk memulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri. Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Maka, saya serahkan kepada Allah SWT,” jelas kekasih hati Fathia itu sendiri.

Fathia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana memberi kepercayaan kepada pihak lelaki untuk membawa hubungan mereka ke arah yang lebih serius.

Sumber : rotikaya

Bakal Isteri Rahsia, Fahrin Sah Bikah Sabtu ni

Sebelum ini, kecoh apabila keakraban Fahrin Ahmad bersama aktres, Izreen Azminda menimbulkan persoalan hingga muncul dakwaan yang mereka sedang bercinta.


Bakal Isteri Rahsia, Fahrin Sah Bikah Sabtu ni, info, terkini, hiburan, sensasi, Fahrin Ahmad

Tak ada angin, tak ada ribut tup-tup aktor kacak ini mengejutkan ramai apabila mendedahkan bakal mengakhiri zaman solonya Sabtu ini.

Bagaimanapun, Fahrin masih lagi enggan mendedahkan identiti isterinya sehinggalah pada hari pernikahan.

Menurut Fahrin, majlis pernikahannya itu bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

“Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

“Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti,” katanya dalam sidang media khas pengumuman nikahnya di Flora Terrace, Kuala Lumpur, petang tadi.

Bercerita mengenai bakal isterinya, aktor berbadan sado itu mengakui dia mengenali wanita pilihan hatinya itu sejak setahun lalu.

“Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

“Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

“Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya,” ujarnya.

Kenyataan Fahrin itu sekali gus menamatkan segala spekulasi yang mengkaitkan dirinya dengan mana-mana selebriti wanita termasuk Izreen.

Sumber : mynewshub

Respon Ekin AF3 Bila Ditegur Selfie Atas Katil

Kalau semalam kami ada kongsikan foto mesra Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha di atas katil, kali ini giliran pasangan s bekas pelajar Akademi Fantasia 3 iaitu Ekin Rahman dan suaminya Yazer pula.

Respon Ekin AF3 Bila Ditegur Selfie Atas Katil, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi

Macam dah jadi satu trend baru pula selfie di atas katil ni ye? Apa yang lebih menarik perhatian kami ialah cara Ekin membalas teguran peminat.
Respon Ekin AF3 Bila Ditegur Selfie Atas Katil, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi

Foto yang dikongsi oleh Ekin di laman Facebook miliknya itu dipenuhi dengan komen peminat yang rata-rata menegur apa yang dilakukan Ekin. Antaranya ialah:






Sumber : ohbulan

Gambar Panas Daphne Iking Tepi Swimming Pool

Jika sebelum ini kecoh gambar photoshoot separuh bogel Diana Danielle dalam satu majalah, pengacara Daphne Iking baru-baru ini telah memuat turun gambar memakai bikini ketika bercuti bersama keluarga di Sabah.


Gambar Panas Daphne Iking Tepi Swimming Pool, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Daphne Iking

Daphne Iking telah memasuki Islam pada 2011 dan pasti gambar itu akan menjadi buah mulut terutamanya pada peminat yang beragama Islam.

Artikel Terdahulu : Hafiz Suip Bakal Berhenti Menyanyi


Berikut antara respon peminat di Instagram Daphne Iking;






Biasa lah, sebagai personaliti dan selebriti mesti ramai mata yang memerhati gerak geri kita. Harap selepas ini Daphne Iking lebih berhati-hati untuk memuat turun gambar di Instagram untuk mengelak komen-komen negatif dari peminat.

Sumber : ohbulan

Dato Siti Nurhaliza Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Tentang Adik Firuza

Video berdurasi 6 saat itu telah dikongsi oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Pujangga Berbicara yang memaparkan ucapan kanak-kanak tersebut apabila disogokkan dengan soalan tentang Siti Nurhaliza.


Dato Siti Nurhaliza Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Tentang Adik Firuza, info, terkini,hiburan, sensasi, gosip,


Dato Siti Nurhaliza Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Tentang Adik Firuza, info, terkini,hiburan, sensasi, gosip,


Di ruangan komen untuk video berkenaan, ramai pengguna laman Facebook meletakkan tagged pada individu yang terdekat dengan Siti bagi memudahkan penyanyi itu melihat sendiri pengakuan Amira.

Artikel Terdahulu : Selebriti Melawat adik Amira dan Aqila

Sumber : funstimes

Hafiz Suip Bakal Berundur Dari Bidang Nyanyian?

Hafiz Suip yang bakal berkahwin tidak lama lagi memaklumkan dia mahu memperlahankan aktiviti nyanyiannya tahun ini adalah bukan kerana mahu berundur tetapi kerana mahu memberi fokus kepada usaha pembikinan album terbarunya.


Hafiz Suip Bakal Berundur Dari Bidang Nyanyian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Menurut Hafiz Suip dia mahu berehat seketika daripada dunia hiburan dan bakal kembali pada tahun yang akan datang dengan produk terbarunya.

    “Saya kira, tahun ini merupakan tempoh untuk berehat seketika daripada aktiviti seni. Insya-Allah tahun depan saya akan kembali aktif dengan produk terbaru,” kata Hafiz.

Hafiz Suip kini mempunyai single terbaru iaitu lagu duet bersama Adira berjudul Untuk Cinta. Mereka sebelum ini hangat dengan lagu duet Ombak Rindu.


Hafiz Suip dalam pada itu memaklumkan dia tidak kisah bekerjasama dengan Adira walaupun mereka berdua pernah mempunyai sejarah silam cinta bersama. Lagipun kini masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Hafiz Suip Bakal Berundur Dari Bidang Nyanyian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

“Pertama kali dapat tahu pasangan duet saya ialah Adira, saya sangat senang kerana kami pernah bekerjasama. Saya menolak soal peribadi… apatah lagi sekarang ini masing-masing dah ada kehidupan sendiri,” kata Hafiz.

Sumber : gosipmalaysia

Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi

Berita mengenai Marshanda yang membuka hijab selepas dilaporkan bercerai dengan bekas suaminya iaitu Ben Kasyafani benar-benar menggemparkan industri hiburan.


Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi, info, terkini, hiburan, sensasi, peelakon sinetron, artis indonesia

Sudahlah dilihat membuka hijab, selepas itu pula pelakon dan penyanyi dari Indonesia Marshanda Dikecam Teruk! selepas memuat sekeping foto memaparkan dirinya sedang melakukan yoga dengan seorang jurulatih lelaki sekaligus menghangatkan lagi kontroversi yang melanda dirinya.


Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi, info, terkini, hiburan, sensasi, peelakon sinetron, artis indonesia

Terkini menerusi laman instagram milik Marshanda, beliau telah memuat naik beberapa keping foto menunjukkan fesyen terbaru rambutnya. Selain mendapat pujian daripada peminat tentang gaya rambutnya itu namun tidak kurang juga yang mengkritik dan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Marshanda.

Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi, info, terkini, hiburan, sensasi, peelakon sinetron, artis indonesia

Rasa amat terkilan dengan tindakan Marshanda yang membuka hijab kembali selepas bertudung. Apa yang boleh digambarkan tindakannya itu persis seolah-olah mempersendakan Agama! Apapun penulis mendoakan semoga Marshanda kekal istiqamah selepas ini sekiranya ingin kembali bertudung. Doakan yang baik-baik aje okey?

Artikel Terdahulu : Farid Kamil Pendam Cinta Pada Nur Fazura


Sumber : gosipmalaysia

Siti Saleha Akui Gosip Membuatkan Dirinya Takut

Pelakon berdarah kacukan, Siti Saleha mengakui gosip yang melanda dirinya baru-baru ini membuatkan dirinya takut dan memberikan kesan terhadap peminat-peminatnya.


Siti Saleha Akui Gosip Membuatkan Dirinya Takut, info, terkini, hiburan, sensasi, Siti Saleha

Menerusi ruangan gosip beberapa minggu lalu, Saleha didakwa meminta bayaran untuk menghadiri sidang media dan dia juga dikatakan enggan berlakon dalam produk siaran stesen RTM.

"Walaupun perkara ini tidak betul, saya mengakui yang saya menjadi takut dengan gosip yang melanda. Peminat-peminat saya juga terkesan dengan gosip yang melanda saya. Mereka takut dakwaan tersebut memberikan persepsi negatif terhadap kerjaya saya," ujar Saleha memulakan bicara.

Rasa kecewa dengan dakwaan tersebut, pelakon drama bersiri Nora Elena ini menegaskan yang dia tidak pernah meminta bayaran untuk hadir ke mana-mana sidang media seperti yang didakwa.


"Saya kecewa dengan cara penulisan tersebut. Saya tidak pernah meminta bayaran untuk hadir ke sidang media, lagi-lagi untuk mempromosikan produk saya. Saya juga menyangkal dakwaan yang saya tidak berlakon dalam drama siaran RTM. Kerjaya lakonan saya pun bermula di stesen tersebut, jadi dakwaan tersebut tidak benar," kata Saleha yang ditemui pada majlis soft-launch filem Langit Cinta yang diadaptasi ke novel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Memegang watak sebagai Dr. Suzana, Saleha berkongsi rasa teruja dapat terlibat dalam filem arahan Osman Ali ini dan bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud.

"Ini merupakan filem lakonan pertama saya yang memaparkan tema drama berat. Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam Langit Cinta adalah kerana Osman Ali. Dia antara pengarah yang mempunyai portfolio yang baik dalam dunia perfileman Malaysia. Saya juga teruja untuk berlakon dengan Kak Ogy dalam filem ini. Walaupun kami tiada babak bersama, peluang bekerja dan melihat dia berlakon dalam satu set yang sama memang ditunggu-tunggu kerana dia adalah seorang pelakon yang sangat bagus," ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : murai

Farid Kamil Pendam Cinta Terhadap Nur Fazura

Menjayakan watak sebagai Budiman dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw, Langit Cinta, pelakon dan pengarah Farid Kamil tidak kisah menjayakan watak pembantu dalam filem Langit Cinta walaupun dirinya seringkali memegang watak hero dalam filem-filem lakonannya sebelum ini.


Farid Kamil Pendam Cinta Terhadap Nur Fazura, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

"Apabila saya mendapat naskah filem ini, saya meneliti dan fahami skrip yang diberikan. Saya suka dengan karya terbaru arahan Osman Ali ini dan saya rasakan ianya sebagai sebuah karya menarik untuk saya jayakan, walaupun hanya sekadar memegang peranan pembantu," kata Farid memulakan perbualan.

Pertama kali bergandingan dengan Nur Fazura, Keith Foo dan Siti Saleha dalam sebuah filem, suami kepada aktres Diana Danielle ini merasakan kombinasi pelakon filem Langit Cinta adalah sesuatu yang segar untuk tontonan penggemar filem tempatan.

"Sebelum ini saya pernah bekerja dengan Osman menerusi filem Anak Halal. Namun begitu, ini kali pertama saya bergandingan dengan Fazura, Keith dan Saleha dalam sebuah filem. Sebagai seorang pelakon, saya menantikan watak sebegini dan gandingan segar seperti ini untuk perkembangan kerjaya saya sebagai seorang pelakon," katanya lagi.

Bercerita serba sedikit mengenai wataknya dalam filem Langit Cinta, Farid yang memegang karakter sebagai Budiman memendam cintanya kepada Khadeja, lakonan Fazura.

"Budiman seorang hero kampung yang bekerja sebagai nelayan. Budiman dan Khadeja membesar bersama sebagai kawan yang sangat rapat. Dalam masa yang sama, Budiman memendam rasa cintanya kepada Khadeja, namun Khadeja pula jatuh cinta kepada Alif, watak yang dibawakan oleh Keith," ujarnya.

Filem terbitan Astro Shaw ini dijangka akan menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun ini. Adaptasi novel dalam judul yang sama karya Damya Hanna bakal menemui pembaca bermula Ogos 2015.


Sumber : murai