Kunjungan Penuh Makna Selebriti Tempatan Ini Ceriakan Adik Aqila & Amira


Siapa sangka dalam sekelip mata kanak-kanak ini, adik Amira dan Aqila bergelar yatim piatu dek kerana sikap segelintar pemandu yang menjadikan jalan raya sebagai litar lumba.


Adik Aqila & Amira, info, terkini, hiburan, sensasi, anak mangsa kemalangan DUKE

Kemalangan maut yang mengorbankan ibu bapa dan adik bongsu kepada Amira dan Aqila itu mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang rata-rata simpati dengan nasib menimpa mereka berdua.

Terbaru, beberapa orang selebriti tanah air seperti Azza Elite, Nurkhiriah dan ramai lagi sempat meluangkan masa melawat adik Amira dan Aqila.


Adik Aqila & Amira, info, terkini, hiburan, sensasi, anak mangsa kemalangan DUKE

Jika semalam Beto Kusyairy antara selebriti terawal yang berkunjung ke rumah mangsa, hari ini giliran rakan selebriti yang lain seperti Azza Elite, Nurkhiriah, Azhan Rani dan Abby Nadzri pula.

Rahim Raja Lawak pula dikatakan turut hadir ke majlis tahlil yang diadakan malam tadi.
Adik Aqila & Amira, info, terkini, hiburan, sensasi, anak mangsa kemalangan DUKE

Diharap dengan kunjungan mereka ini sedikit sebanyak dapat menceriakan adik Amira dan Aqila. Kami pun tumpang gembira melihat senyuman adik Amira ni.

Pujian juga wajar diberikan buat selebriti yang sanggup meluangkan masa menceriakan adik Amira dan Aqila.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapakan salam takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan.


Filled Under: