Hafiz Suip Bakal Berundur Dari Bidang Nyanyian?


Hafiz Suip yang bakal berkahwin tidak lama lagi memaklumkan dia mahu memperlahankan aktiviti nyanyiannya tahun ini adalah bukan kerana mahu berundur tetapi kerana mahu memberi fokus kepada usaha pembikinan album terbarunya.


Hafiz Suip Bakal Berundur Dari Bidang Nyanyian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

Menurut Hafiz Suip dia mahu berehat seketika daripada dunia hiburan dan bakal kembali pada tahun yang akan datang dengan produk terbarunya.

    “Saya kira, tahun ini merupakan tempoh untuk berehat seketika daripada aktiviti seni. Insya-Allah tahun depan saya akan kembali aktif dengan produk terbaru,” kata Hafiz.

Hafiz Suip kini mempunyai single terbaru iaitu lagu duet bersama Adira berjudul Untuk Cinta. Mereka sebelum ini hangat dengan lagu duet Ombak Rindu.


Hafiz Suip dalam pada itu memaklumkan dia tidak kisah bekerjasama dengan Adira walaupun mereka berdua pernah mempunyai sejarah silam cinta bersama. Lagipun kini masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Hafiz Suip Bakal Berundur Dari Bidang Nyanyian?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi

“Pertama kali dapat tahu pasangan duet saya ialah Adira, saya sangat senang kerana kami pernah bekerjasama. Saya menolak soal peribadi… apatah lagi sekarang ini masing-masing dah ada kehidupan sendiri,” kata Hafiz.

Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: