Arja Lee Merajuk Dari Bidang Lakonan?


Pelakon drama Misiku Kuza, Arja Lee kini lebih memberikan fokus kepada perniagaan yang dijalankan bersama keluarganya, Arja's Cookies. Kurang menghiasi drama dan telefilem, adakah Arja merajuk dengan bidang lakonan?


Arja Lee Merajuk Dari Bidang Lakonan?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Arja Lee

"Saya tidak merajuk. Tawaran lakonan masih ada. Saya kini meneliti tawaran apa yang datang, jika tawaran itu terlalu padat untuk saya jayakan, saya tak mahu menerima tawaran tersebut. Saya sudah meletakkan sasaran tahun ini sebagai tahun untuk saya melebarkan sayap sebagai seorang usahawan," ujar Arja memulakan bicara.

Bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan bersama keluarga, kini Arja's Cookies bakal memasuki pasaran yang lebih besar dan dihantar ke kilang untuk menjalani proses pembuatan.

Artikel Terdahulu : Fahrin Ahmad Bakal Nikah Sabtu Ini


"Sebelum ini biskut saya hanya dibuat secara homemade sahaja. Tahun ini pula saya berjaya menngembangkan bisnes Arja's Cookies dan produk tersebut bakal dihantar ke kilang. Saya kini juga agak sibuk bertemu dengan pelanggan dan mencari potensi lagi untuk memperkembangkan bisnes yang ada," katanya lagi.

Selain Arja's Cookies, pelakon filem ... Dalam Botol ini juga sedang dalam rencana untuk membuka akademi seni sendiri, Arja Arts Academy dan memperkenalkan label fesyen miliknya, AL Style.

Dalam perkembangan terbaru, Arja kini terlibat dengn gameshow sebanyak 26 episod yang bersiaran di TV9, Lari, bergandingan dengan Azwan Ali, Aisya Hasnaa, Harris Alif dan ramai lagi.


Sumber : murai

Filled Under: