Seronok jadi selebriti ni. Dahlah selalu dapat berjalan ke tempat-tempat menariklah, kadang-kadang dapat gift daripada peminat, yang paling penting, kahwin pun dapat tajaan.
Rasanya, ramai juga selebriti Malaysia yang ditaja perkahwinannya. Terbaru, Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin khabarnya dapat tajaan bernilai RM2 juta.
Dengar-dengar, yang bakal taja Lana dan pasangannya nanti bukan calang-calang penaja tau! Tahniah Mek ucapkan pada Lana. Mesti meletops wedding Lana nanti.
Artikel Terdahulu : Filem Pilot Cafe Rain RM1.1 Juta dalam 6 Hari
Dengar-dengar, yang bakal taja Lana dan pasangannya nanti bukan calang-calang penaja tau! Tahniah Mek ucapkan pada Lana. Mesti meletops wedding Lana nanti.
Artikel Terdahulu : Filem Pilot Cafe Rain RM1.1 Juta dalam 6 Hari
Kalau korang nak tahu, dek kerana terlalu ramai yang nak sponsor majlis Lana ni, dia terpaksa menolak beberapa sponsor tau.
Eh, bukan berlagak diva, tetapi Lana terpaksa berbuat demikian kerana tak dapat memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka dalam masa lebih sebulan sahaja saya telah mendapat tajaan RM2 juta untuk perkahwinan saya.
Sejak pengumuman perkahwinan saya itu dibuat, ramai yang menelefon untuk menaja sehingga saya perlu menolak beberapa tajaan kerana ada yang terma dan syaratnya tidak dapat dipenuhi.
Selain itu, perkahwinan Lana nanti bukanlah 100 peratus ditaja. Sebaliknya, Lana hanya menerima 90 peratus jumlah tajaan. Selebihnya, semua Lana uruskan sendiri.
Saya bersyukur kerana hampir 90 peratus persiapan perkahwinan saya mendapat tajaan dan selebihnya saya uruskan sendiri seperti malam berinai dan makan malam,
Hmm, tak kisahlah ditaja atau tidak. Dah namanyapun rezeki. Buat apa tolak tuah. Tak gitu?
Sumber: Murai