Memaparkan catatan dengan label sensasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sensasi. Papar semua catatan

Isteri Nubhan Disahkan Hamil Anak Pertama

Setelah empat bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan mengesahkan isterinya Afifah Hidayah sedang hamil anak pertama.


Isteri Nubhan Disahkan Hamil Anak Pertama

Berita gembira itu dikongsi bersama peminat menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.



“#Alhamdulillah the best gift ever… kami akan jadi parents soon… 1 perasaan yang tak dapat diungkap… Terlalu gembira dengan berita ni… syukur ya Allah…c u soon ibu @fie_tawfek jaga kndungan baik-baik k? Love u both,” tulisnya.

Difahamkan, kandungan isteri Nubhan masih baru dan berada pada trimester pertama.

Untuk makluman, Nubhan dan isterinya kini terpaksa tinggal berjauhan buat sementara waktu kerana Afifah sedang menuntut pengajian perubatan di Cairo, Mesir.-mynewshub


EKSKLUSIF!!! Perubahan MENDADAK Nur Fazura Yang Semakin Cantik

Alhamdulillah, sejuk mata memandang bila melihat foto-foto Fazura bertudung ini. Untuk makluman, berikut adalah foto-foto Fazura ketika berada di boothnya 'House of Doll' di Brunei Darul Salam.


EKSKLUSIF!!! Perubahan MENDADAK Nur Fazura Yang Semakin Cantik

Mengenakan tudung dengan gaya orang Brunei, ramai peminatnya yang memuji kecantikan Fazura apabila mengenakan hijab.


EKSKLUSIF!!! Perubahan MENDADAK Nur Fazura Yang Semakin Cantik

Sejuk tengok Fazura dress up macam ni. Saya doakan semoga @missfazura mendapat hidayah untuk terus berhijab, insyaallah..... aamiin.-beritapadu

Gambar Terbaru Fina AF9 Yang Agak Mengejutkan!

Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.


Gambar Terbaru Fina AF9 Yang Agak Mengejutkan!


Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. 


Gambar Terbaru Fina AF9 Yang Agak Mengejutkan!

Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.-beritapremium

Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Izwan

Tepat jam 9.20 pagi akhirnya pelakon Nabila Huda, 31, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Izwan Bin Johar, 32, dengan sekali lafaz disaksikan oleh jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Khairuddin Haiyon.

Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Kepada Mohd Izwan


Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Nabila Huda sendiri iaitu penyanyi Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM 300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis itu juga, pihak perempuan menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada pihak lelaki. Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada hari Sabtu di kediaman keluarga pihak lelaki di Shah Alam.

Sekalung tahniah buat pasangan Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.-rotikaya

Majlis Berinai Meriah, Nabila Huda Jadi Gadis Hawaii

Bakal bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Izwan Johar, Jumaat ini, pelakon Nabila Huda juga tidak ketinggalan meraikan detik bersejarahnya dengan mengadakan majlis malam berinai.


Majlis Berinai Meriah, Nabila Huda Jadi Gadis Hawaii

Mengambil konsep Hawaii sebagai tema, majlis berinai yang berlangsung pada malam semalam (Rabu) dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat antaranya Sharifah Sakinah, Kilafairy dan Emelda Rosmila.

Sepanjang majlis tersebut berlangsung, Nabila Huda yang juga merupakan anak kepada penyanyi Amy Search ini kelihatan begitu cantik persis gadis Hawaii.

Dengan menggunakan hashtag # #abilshennanight, jurugambar profesional telah merakamkan beberapa aksi Nabila Huda bersama rakan-rakannya sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik aktres tersebut yang diambil menerusi akaun Instagram @dearazalea dan Nabila Huda.-astrogempak

Peminat Kritik Stacy AF Sambut Krismas?

Pemahaman agama setiap manusia adalah berbeza dan perkara ini dilihat memerlukan penjelasan ahli agama yang lebih arif. Baru-baru ini, melalui satu video keraian Krismas yang dimuatnaik Stacy AF di Instagram, perkara tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Peminat Kritik Stacy AF Sambut Krismas?

Apa yang dikesalkan, ramai juga yang lebih suka bertindak menjadi Tuhan dalam meletakkan dosa dan pahala individu lain sedangkan segala perkara ada penjelasan dan ruang untuk pertanyaan.

Malah melalui beberapa komen di laman sosial tersebut turut menerangkan bahawa apa yang dilakukan Stacy adalah bagi menghormati keluarganya yang beragama Kristian malah perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan penduduk di Sabah.

Peminat Kritik Stacy AF Sambut Krismas?

Apa pun, Stacy pastinya mempunyai penjelasannya sendiri dalam perkara ini. Kesal sungguh melihat ‘tuhan-tuhan’ di laman sosial membahaskan kredibiliti iman manusia lain. Di laman sosial bolehlah bersembang kencang, dalam kehidupan realiti, entah-entah tunggang langgang.-rotikaya

Pakar Tampil Jawab Isu Wanita Dakwa Doktor Jahit Kaki Orang Macam Jahit Guni

Sejak dua hari lepas menjadi viral di laman sosial beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang wanita yang mendakwa doktor di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dengan menjahit kaki orang seperti menjahit guni.


Pakar Tampil Jawab Isu Wanita Dakwa Doktor Jahit Kaki Orang Macam Jahit Guni

Selain itu, dia mempertikiakan keikhlasan doktor Malaysia yang membaut kerja selain menyatakan doktor tersebut akan merangkak meminta maaf di akhirat nanti sedangkan dia sendiri tidak tahu apa-apa dalam bidang tersebut.

Pakar Tampil Jawab Isu Wanita Dakwa Doktor Jahit Kaki Orang Macam Jahit Guni

Melihat gambar-gambar tersebut mula dikongsi oleh netizen dan rata-rata netizen menempelak kerja doktor berkenaan tanpa tahu apa-apa mengenai apa yang sebenarnya dilakukan menyebabkan seorang doktor bernama Aznil Hisham tampil membuat kenyataan menjelas.

Menurutnya jahitan berkenaan adalah jahitan yang baik di matanya sebagai seorang doktor dan jahitan ini di namakan sebagai  "Interrupted mattress suture".

"Kalau nak cantik, hantar lah ke butik, bukan hantar ke hospital, di Hospital, kita tidak utamakan jahitan ropol-ropol."

"Kita utamakan kesan komplikasi infeksi pada luka atau lain-lain komplikasi. Kita mahu luka itu sembuh dan bercantum dengan baik. Itu yg kami mahu," katanya.

Beliau juga bertanyakan berapa sen sangat yang dibayar oleh wanita berkenaan untuk membayar gaji mereka doktor-doktor di Malaysia.

"Kami pun bayar cukai dan mungkin lagi banyak dari kakak, jadilah org bersyukur," katanya lagi.

Berikut adalah kenyataan dan penjelasan panjang lebar oleh Dr. Mahyuddin Mohamed yang merupakan doktor Pakar Ortopedik di Sultan Haji Ahmad Shah Hospital, Temerloh, Pahang.

1. Profesi ini memang tak lekang dek kutukan & kritikan. Baru sahaja semalam sahabat saya Dr. Abdul Rahman, Pakar Kecemasan Hospital Melaka menjawab post FB seorang jururawat yang dikatakan tidur di sebuah hospital awam di Johor. Hari ini viral pula post FB (post yang dibuat semalam) mengenai jahitan luka seorang pesakit di Hospital Sungai Buloh yang dikatakan ala menjahit guni. Dan doktor ni dikatakan sangat tak bertanggungjawab dan tak Ikhlas bekerja.

2. Buat saudari yang mengata ni, saya nak bagitahu satu perkara. Jahitan guni yang saudari katakan inilah jahitan yang TERBAIK bagi pesakit ini. Izinkan saya bercerita ringkas, nak fokus pasal jahitan luka sahaja. Tak perlu nak cerita bab lain pun. Bab ni pun saudari Dah silap besar.

3. Buat pengetahuan pembaca sekalian, kulit manusia pada bahagian lutut adalah agak kendur bagi membenarkan pergerakan sendi lutut (seperti juga siku) dan tidak seperti kulit di kepala atau di kawasan muka. Luka pada bahagian lutut perlu dijahit menggunakan teknik "mattress suture" seperti yang telah dilakukan oleh doktor yang melakukan pembedahan ni. Doktor yang dikatakan "tak bertanggungjawab & tak Ikhlas" ni.

4. Doktor ni boleh sahaja memilih untuk menggunakan teknik yang lebih mudah seperti simple interrupted suture atau memakai stapler bedah yang lebih cepat dan mudah. Namun doktor ini telah memilih untuk berdiri lebih lama dan menjahit menggunakan teknik ini kerana beliau tahu ia adalah teknik yang terbaik bagi luka di kawasan ini.

5. Jahitan yang dilakukan kemas dan tidak terlalu ketat. Hujung2 luka dirapatkan dengan sempurna. Jika terlalu ketat, bahagian tepi luka (edge of wound) boleh mati dan menjadi hitam (necrosis). Luka pesakit ini merah dan berdarah menunjukkan bahagian tepi kulit itu hidup.

6. Dalam Perubatan, Ilmu menjahit ni amat luas. Pegawai Perubatan Siswazah yang baru masuk kerja pun tak mampu melakukan jahitan ini. Kaedah jahitan (interrupted versus continuous, simple versus mattress, horizontal, vertical or hiding mattress etc), jenis jarum (curve versus straight, round body versus cutting etc) & jenis benang (absorbable vs non absorbable, synthetic vs non synthetic etc) yang perlu digunakan adalah berbeza bagi jenis luka, kawasan luka dan organ yang perlu dijahit. Bukan macam nak jahit guni yer cik Puan.

7. Nasihat saya buat semua Rakyat Malaysia, kalau ada apa2 kemusykilan, TANYA kami. Kami sedia bercerita dan menjelaskan kemusykilan anda. Bukannya kami ada apa2 yang nak disembunyikan pun. Tugas kami ialah memberi Rawatan dan Perkhidmatan sebaik mungkin buat semua Rakyat Malaysia. Tiada apa yang kami mahu melainkan melihat pesakit kami kembali sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala. Masalahnya segelintir Rakyat Malaysia ni berat mulut nak bertanya, lebih suka "assume" dan berprasangka buruk terhadap Perkhidmatan Kesihatan Awam.

8. Melihat kepada keadaan luka lutut dan tulang keting pesakit yang ada besi (tibial pin traction on tibia bone), dan daripada komen2, pesakit yang terlibat dalam kemalangan jalanraya ini telah mengalami luka di lutut dan patah tulang peha beliau. Pesakit ini perlu menjalani Pembedahan lagi bagi membetulkan kepatahan tulang peha beliau. Saya doakan yang terbaik buat beliau. Semoga Pembedahan beliau berjalan lancar. Saudari tak malukah nak berhadapan dengan doktor2 yang masih merawat beliau ni?

9. Buat saudari, saya nasihatkan anda mohon maaf kepada semua doktor di Malaysia terutamanya di hospital sungai Buloh. Takut nanti saudari pula yang merangkak mintak maaf kat akhirat.

10. Buat kakitangan kesihatan, saya nasihatkan kita sama2 protect each other, defend each other dalam masa yang mencabar ni. Begitu ramai di luar sana yang berusaha mencari salah silap kita. Di hospital saya Skrg Dah Ada yang dengan sengaja merakam gambar dan video dengan harapan kita membuat kesilapan. Maklumlah, disaat ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang meningkat ni, jika dapat menang saman memang lega la hidup kan? Make sure setelah kita explain to patients, document properly. Protect ourselves. And maybe we can go on the offense too, insyaAllah.
Ingat, KOMUNIKASI DAN DOKUMENTASI!

Nampaknya perkara seperti ini sering terjadi melibatka bidang perubatan, ramai pesakit tidak tahu S.O.P dalam bidang ini tetapi sering mempertikaikan, ini kerana pada pengalaman admin sendiri menulis, terlalu banyak isu tidak faham tugas doktor atau jururawat ini tetapi sering diviralkan dn akhir sekali terkena balik ke batang hidung.

Contoh Isu seperti Dipatuk Ular Tetapi Diabaikan Oleh Hospital Kerajaan dan Isu Kenapa Patah Kaki, Bila Hendak Bedah Perlu Bogelkan Pesakit, ternyata ramai tidak tahu prosuder-prosuder ini tetapi ambil keputusan untuk viralkan. - Siakapkeli

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.


Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016



"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.-mstar

Adele Semakin Langsing Dan Bergaya

Selepas tiga tahun sepi daripada dunia muzik, Adele muncul dengan single lagu baharu, Hello, sehingga meraih perhatian dunia.


Adele Semakin Langsing Dan Bergaya

Menurut laporan Dailymail, selain mendapat perhatian kerana lagu baharu yang hebat, penyanyi itu juga turut tampil dengan imej lebih langsing dan bergaya.

Perkara itu jelas dilihat apabila Adele muncul pada sebuah majlis di New York Isnin lalu, dia tampil penuh elegan dan klasik dengan menggayakan gaun hitam bersama kasut tinggi.

Berbeza denga penampilannya sebelum ini yang lebih berisi dan dilihat kurang keyakinan diri.-mstar

Impian Doktor Kahwin Ala ‘Fairytale’ Jadi Kenyataan

Sweetnya majlis perkahwinan pasangan pengantin baru ini! Mana tidaknya, lain daripada lain, pasangan doktor ini berjaya menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan berkonsepkan ala-ala fairytale yang sungguh klasik.


Impian Doktor Kahwin Ala ‘Fairytale’ Jadi Kenyataan

Apa yang uniknya, busana yang dipakai membuatkan pasangan pengantin ini kelihatan tidak ubah persis Sultan Mansur Shah, Melaka dan Puteri Hang Li Po sedang bersanding.

Majlis perkahwinan Dr. Mohd Aidid Rizal Mohd Rajib dan Dr. Diana Sabrina Redzuan Lim ini turut mengetengahkan gabungan tema perkahwinan tradisional Melayu dan Cina, sekali gus menonjolkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Bercerita mengenai idea perkahwinannya, Dr. Diana memberitahu pada mulanya dia mahukan tema perkahwinan ala ‘Disney’.

“Namun selepas berbincang dengan ibu dan bapa mertua saya, kami memutuskan untuk menggabungkan dua budaya yang berbeza. Kemudian datanglah idea untuk Mohd Aidid berpakaian seperti Sultan Mansur Shah yang berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

“Saya cukup teruja…apabila menjadi seorang puteri.

“Ia amat menyeronokkan. Kami turut mengupah pengawal sebenar dari Istana Budaya supaya majlis perkahwinan itu nampak realiti,” ujarnya.

Selain itu, beberapa tetamu jemputan lelaki juga kelihatan hadir menggunakan baju Melayu manakala isteri mereka berpakaian cheong sam.

Malah, ketika majlis, kedua-dua mempelai turut disambut dengan paluan kompang dan tarian singa.-mynewshub

Gambar Lelaki Jual Mi Goreng & Sandwich Jadi Viral

Bak kata pepatah ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang perniaga muda ini yang gigih mencari rezeki dengan caranya tersendiri.


Gambar Lelaki Jual Mi Goreng & Sandwich Jadi Viral

Gambar yang menjadi viral di media sosial ini mendapat ribuan maklum balas positif netizen disebabkan cara pemuda ini yang tidak menunggu pelanggan, sebalik berlari menuju ke pelanggan jika ada memanggil.

Anda boleh lihat sendiri inisiatif menggantungkan notis pada dirinya berkenaan barangan makanan yang dijualnya bagi memudahkan orang ramai.

“Mi goreng!!! Sandwich!!! Jerit anak muda ini…sambil tangannya dilihat memegang erat barangan jualannya,” ujar lelaki tersebut seperti mana yang diceritakan oleh pemuat naik gambar.

Menurut maklum balas di ruangan komen, lokasi peniaga gigih ini terletak di tepi jalan besar berhadapan stesyen minyak Petronas, Ampang Jaya.

“Pagi-pagi pergi kerja selalu nampak abang ni berniaga tepi jalan. Sebelum ni dia berniaga dekat traffic light keluar dari Taman Kosas. Semoga rezeki abang ni diperluaskan-Nya. Amin,” ujar Syeruk Diana.

“Bagus adik! Berusaha kuat macam ni inshaAllah akan maju! Janji rezeki halal dan diberkati Allah,” kata Normah Ibrahim.

Berlainan dengan segelintir pemuda yang seringkali hanya mengeluh nasib apabila tidak mendapat pekerjaan, anak muda ini tidak segan silu untuk menjual makanan berhampiran stesen minyak.

Yang penting rezeki halal kan, semoga bertambah maju bro! –mynewshub

Cita Citata bergoyang dumang

Selepas menghiburkan peminatnya di Sabah Julai lalu, penyanyi dangdut terkenal Indonesia Cita Citata sekali lagi ‘bergoyang dumang’ bersama peminat setianya di Negeri Di Bawah Bayu itu sempena program An Evening With Cita Citata di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


Cita Citata bergoyang dumang

Program anjuran Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) itu dihadiri lebih 300 penonton yang rata-ratanya peminat setia penyanyi dangdut terbabit.

Hadir sama, Presiden Samora, Datuk Jelani Hamdan.

Kemunculan Cita disambut dengan sorakan penonton apabila dia menyanyikan lagu Aku Mah Apa Tuh, selain mengajak penonton untuk menari bersama.

Tidak cukup dengan itu, penonton turut memenuhi kawasan hadapan pentas dan tidak melepaskan peluang merakam gambar aksi lincah penyanyi itu.

Penyanyi berusia 21 tahun itu terus menghiburkan penonton dengan beberapa lagu antaranya Jarak Pulang dan Pernikahan Dini.

Lebih meriah apabila Cita turut mengajak penonton menari bersama di pentas dengan menyanyikan lagu Perawan Atau Janda.

Selain itu, Cita turut mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Kau Tercipta Untukmu, Sakitnya Tuh Di Sini dan Goyang Dumang.

Cita Citata bergoyang dumang

Kehadiran gadis kelahiran Indonesia itu ke Sabah adalah sebahagian daripada pengisian untuk promosi Pesta Magahau yang juga perayaan terbesar suku kaum Rungus di negeri itu.

Cita ketika ditemui teruja dengan sambutan peminat­nya di Sabah selepas kali pertama mengadakan konsert di Kudat, Julai lalu.

“Saya juga gembira apabila kebanyakan yang hadir begitu minat sekali lagu Sakitnya Tuh Di Sini dan Goyang Dumang. Saya harap sokongan mereka berterusan sampai bila-bila,”katanya.

Dalam pada itu, Jelani berkata, kehadiran Cita ke Sabah bagi mempromosikan kebudayaan kaum Rungus kepada masyarakat khususnya di negara luar.

“Sebelum ini, Cita datang ke Kudat dan dia turut mempromosikan kawasan di utara Sabah menerusi laman sosial miliknya kepada peminatnya di Indonesia dan negara lain.

“Sekurang-kurangnya Cita turut membantu kita mencapai objektif untuk mempromosikan kaum Ru­ngus ke peringkat lebih jauh,” katanya.-hmetro

Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada Lisa Surihani kerana telah selamat melahirkan cahaya mata pertama (perempuan) pada pukul 11.44 malam, 15 September. Peminat setia selebriti tersebut dalam masa yang sama turut melahirkan rasa syukur dan gembira di laman Instagram HLIVE! selain mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga.


Lisa Surihani & Yusry KRU Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

Semoga kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga ini bakal membawa lebih sinar & bahagia kepada pasangan suami isteri yang sememangnya kelihatan manis sentiasa.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari FMT.

Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais

Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat Kevin.


Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu. - Siakapkeli

Punca Sebenar Che Ta Nekad Tinggalkan AF 2015

Tidak tahu sama ada hanya gimik atau perkara ini benar-benar berlaku, Che Ta mengakui dan mengesahkan bahawa dia enggan untuk meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan. 
 
 
Punca Sebenar Che Ta Nekad Tinggalkan AF 2015
 
Tindakan menarik diri sebagai juri itu sebenarnya dibuat setelah dia diherdik oleh Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF baru-baru ini. Malah menurut Che Ta, dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi”

“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, menurut Edry pula, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Apa pun, semoga AF kali ini mampu mendapat sambutan hangat lagi.

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Memang tepat lagi padu teguran seorang ustaz berikutan kecohnya gosip Tasha Shilla yang berani mendedahkan hampir sebahagia tubuhnya ketika menghadiri majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis baru-baru ini.


Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Tasha dengan beraninya tampil sek$i pada majlis itu dan menjadi perhatian netizen selepas tindakannya memuat naik gambar di Instagram.

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Menerusi Portal Mynewshub, seorang ustaz yang dikenali dengan nama Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan supaya para selebriti dan artis tanah air untuk mengikut ‘dress code’ yang telah ditetapkan dalam Islam.

Agak-agak, nasihat ustaz ni diterima mereka semua ni tak? Hmmmm… Suka hatilah nak dengar ke tidak, para Agamawan telah pun tampil menegur kerana hampir kebanyakan artis tanah air merupakan penganut agama Islam.

    “Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

    “Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.”

Apa yang lagi penting, Ustaz Asmawi ini turut berkongsi cadangan demi kebaikan kita semua terutama anak seni yang sememangnya menjadi idola dan ikutan umum.

    “Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

    “Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.”

Terbaik ustaz! Tapi sangat malang jika ia hanyalah ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sama-samalah kita mendoakan suatu hari nanti akan berlaku satu keajaiban dan penghijrahan dalam dunia industri hiburan kita. Kan cantik kalau Tasha Shilla tampil menutup aurat macam ni.-gosipmalaysia

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Ustaz Tegur Fesyen Dedah Tasha Shilla

Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Pelakon Nazim Othman akhirnya memperkenalkan siapa sebenarnya wanita yang selama ini dikaitkan dengannya iaitu Nedlyn Nazlan di Majlis Raja Sehari semalam.


Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Teka –teki siapakah wanita itu terjawab apabila Nazim memberitahu wanita kacukan Melayu dan Cina itu hanyalah pasangannya yang berlakon di dalam filem web pendek #HCintax3 terbitan Himalaya.

“Sebenarnya Majlis Raja Sehari ini hanyalah gimik kepada pelancaran filem web ini bagi kempen produk terbaru dari Himalaya iaitu Nourishing Skin Cream Himalaya.

“Filem pendek berkonsepkan aviation ini menceritakan tentang kisah cinta romantik antara saya dan Nedyln dalam mencari dan menemukan semula cinta mereka oleh Nourishing Skin Cream.

“Saya tahu ada yang terkejut dengan jemputan Majlis Raja Sehari ini tetapi kini saya harap semuanya sudah jelas,” katanya kepada murai.com.my
 

Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Nazim dan Nedlyn hadir dengan paluan kompang ke majlis tersebut yang juga majlis pelancaran Nourishing Skin Cream Himalaya yang berlangsung di butik Himalaya, Suria KLCC.

Serentak dengan kempen itu, Nazim dilantik untuk menajdi duta dan mengikat kontrak selama 3 bulan bersama Himalaya.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Embun Elit, Denise Yan, Nazim dipilih sebagai duta kerana kepentingannya kepada penjagaan wajah dan diri.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Nazim Othman kerana ini merupakan pertama kali Himalaya menggunakan selebriti tanah air sebagai wajah kepada kempen kami.

“Selain iu, Nazim juga mewakili ikon-ikon generasi baru Malaysia yang kami sedar akan kepentingan gaya hidup sihat dan usahasama ini pentang bagi Himalaya sebagai sebuah jenama produk kesihatan,” katanya.

Seiring dengan pelancaran produk terbaru Himalaya, peminat berpeluang untuk makan malam bersama Nazim Othman dengan menyertai pertandingan digital mulai sekarang sehingga Oktober 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandainagn itu, sila layari http://himalayacintax3.com/
-murai

Inilah Filem Yang Belum Masuk Panggung Sudah Dikutuk

1 Oktober ini filem baru seram komedi “Pontianak Menangis” akan mula ditayangkan di seluruh pawagam, masih belum ditayangkan lagi, poster filem ini tersebut dikritik hebat oleh netizen.


Inilah Filem Yang Belum Masuk Panggung Sudah Dikutuk

Poster yang dianggap seperti ‘cover majalah mastika’ itu menjadi bahan kutukan orang ramai di Twitter berikutan dengan designnya yang menjengkelkan.

Hmm, teruk sangat ke sampai kena kutuk?


Inilah Filem Yang Belum Masuk Panggung Sudah Dikutuk


Selain itu, mereka juga memperlekehkan kredibiliti pereka poster tersebut dan menganggap bahawa ia adalah trend poster 90-an.







Macam-macam lagi jenis komen yang buat kami rasa nak tergelak, korang tengok lah sendiri.










Orang kata “don’t judge a book by its cover” jadi apa kata korang tengok sendiri trailer dia. Rasa-rasa nak tengok tak?-ohbulan

Raja Farah Bakal Nikah Esok

Bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian wanita itu yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini.


Raja Farah Bakal Nikah Esok

Megat, 30, berkata, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.

"Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat.

Megat diminta mengulas tentang perkahwinan Raja Farah dengan ahli perniagaan berusia 33 tahun pada Ahad ini yang akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam dekat sini.

Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut.


Raja Farah Bakal Nikah Esok

Dalam pada itu Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.

"Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya... cukuplah dengan doa dan harapan pada dia," ujarnya.

Ketika ditanya tentang kehidupan peribadinya kini, Megat berkata dia belum lagi mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

"Saya masih belum ada pengganti dan sekarang saya beri ruang untuk keluarga dan teman-teman sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.-mstar