Impian Doktor Kahwin Ala ‘Fairytale’ Jadi Kenyataan


Sweetnya majlis perkahwinan pasangan pengantin baru ini! Mana tidaknya, lain daripada lain, pasangan doktor ini berjaya menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan berkonsepkan ala-ala fairytale yang sungguh klasik.


Impian Doktor Kahwin Ala ‘Fairytale’ Jadi Kenyataan

Apa yang uniknya, busana yang dipakai membuatkan pasangan pengantin ini kelihatan tidak ubah persis Sultan Mansur Shah, Melaka dan Puteri Hang Li Po sedang bersanding.

Majlis perkahwinan Dr. Mohd Aidid Rizal Mohd Rajib dan Dr. Diana Sabrina Redzuan Lim ini turut mengetengahkan gabungan tema perkahwinan tradisional Melayu dan Cina, sekali gus menonjolkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Bercerita mengenai idea perkahwinannya, Dr. Diana memberitahu pada mulanya dia mahukan tema perkahwinan ala ‘Disney’.

“Namun selepas berbincang dengan ibu dan bapa mertua saya, kami memutuskan untuk menggabungkan dua budaya yang berbeza. Kemudian datanglah idea untuk Mohd Aidid berpakaian seperti Sultan Mansur Shah yang berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

“Saya cukup teruja…apabila menjadi seorang puteri.

“Ia amat menyeronokkan. Kami turut mengupah pengawal sebenar dari Istana Budaya supaya majlis perkahwinan itu nampak realiti,” ujarnya.

Selain itu, beberapa tetamu jemputan lelaki juga kelihatan hadir menggunakan baju Melayu manakala isteri mereka berpakaian cheong sam.

Malah, ketika majlis, kedua-dua mempelai turut disambut dengan paluan kompang dan tarian singa.-mynewshub

Filled Under: