Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari


Pelakon Nazim Othman akhirnya memperkenalkan siapa sebenarnya wanita yang selama ini dikaitkan dengannya iaitu Nedlyn Nazlan di Majlis Raja Sehari semalam.


Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Teka –teki siapakah wanita itu terjawab apabila Nazim memberitahu wanita kacukan Melayu dan Cina itu hanyalah pasangannya yang berlakon di dalam filem web pendek #HCintax3 terbitan Himalaya.

“Sebenarnya Majlis Raja Sehari ini hanyalah gimik kepada pelancaran filem web ini bagi kempen produk terbaru dari Himalaya iaitu Nourishing Skin Cream Himalaya.

“Filem pendek berkonsepkan aviation ini menceritakan tentang kisah cinta romantik antara saya dan Nedyln dalam mencari dan menemukan semula cinta mereka oleh Nourishing Skin Cream.

“Saya tahu ada yang terkejut dengan jemputan Majlis Raja Sehari ini tetapi kini saya harap semuanya sudah jelas,” katanya kepada murai.com.my
 

Nazim Othman Memperkenalkan Pasangan Di Majlis Raja Sehari

Nazim dan Nedlyn hadir dengan paluan kompang ke majlis tersebut yang juga majlis pelancaran Nourishing Skin Cream Himalaya yang berlangsung di butik Himalaya, Suria KLCC.

Serentak dengan kempen itu, Nazim dilantik untuk menajdi duta dan mengikat kontrak selama 3 bulan bersama Himalaya.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Embun Elit, Denise Yan, Nazim dipilih sebagai duta kerana kepentingannya kepada penjagaan wajah dan diri.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Nazim Othman kerana ini merupakan pertama kali Himalaya menggunakan selebriti tanah air sebagai wajah kepada kempen kami.

“Selain iu, Nazim juga mewakili ikon-ikon generasi baru Malaysia yang kami sedar akan kepentingan gaya hidup sihat dan usahasama ini pentang bagi Himalaya sebagai sebuah jenama produk kesihatan,” katanya.

Seiring dengan pelancaran produk terbaru Himalaya, peminat berpeluang untuk makan malam bersama Nazim Othman dengan menyertai pertandingan digital mulai sekarang sehingga Oktober 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandainagn itu, sila layari http://himalayacintax3.com/
-murai

Filled Under: