Memaparkan catatan dengan label gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gosip. Papar semua catatan

Gambar Kekasih Baru Yuna

Penyanyi Yuna bukanlah seorang yang gemar untuk berkongsi mengenai cerita peribadinya, pun begitu  ada beberapa keping gambar yang difahamkan lelaki dalam gambar tersebut merupakan kekasih Yuna.

Gambar Kekasih Baru Yuna

Menariknya, lelaki yang didakwa itu adalah ahli keluarga Sinclair bernama Adam Sinclair.

Gambar Kekasih Baru Yuna

Gambar Kekasih Baru Yuna

Gambar Kekasih Baru Yuna

Sejauh mana kebenaran itu masih lagi belum diketahui. -MediaHiburan

Adlin Ditahan Polis Kes Penipuan Hartanah

Seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah.

Adlin Ditahan Polis Kes Penipuan Hartanah

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu Adlin iaitu Emelda yang dihubungi mStar Online tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.-mstar

Lady Gaga Ditahan Polis Sekali Lagi

Penyanyi Lady Gaga ditahan polis baru-baru ini hanya selepas dua minggu menerima lesen memandu.

Daily Mail melaporkan Gaga ditahan ketika sedang memandu kereta baharunya jenis Ford F-150 di California apabila kenderaannya tidak mempunyai nombor plat.


Penyanyi lagu Poker Face itu turut menjelaskan situasi berkenaan kepada peminatnya menerusi Twitter.

"Ya benar saya ditahan polis. Ia perkara besar!

"Saya belum menerima nombor plat untuk kereta baharu saya itu dan sebab itu polis menahan saya," katanya.

Menurut Unit Kenderaan California, pemandu akan menerima permit sekiranya mereka membeli kereta baharu atau terpakai sebelum diberikan nombor plat.

Kebiasaannya mereka dibenarkan untuk memandu tanpa nombor plat namun perlu membawa permit sementara sebagai bukti jika ditahan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Gaga membawa permit berkenaan atau pun tidak.

Terdahulu, Lady Gaga memuat naik gambar di Instagram memberitahu dia akhirnya berjaya memiliki lesen memandu pada usia 30 tahun.-mstar

Fathia Latiff Dikritik Hebat Buka Aurat Di Luar Negara

Boleh tahan juga kritikan yang ditinggalkan pengikut Instagram Fathia Latiff di bahagian komen. Semuanya hanya kerana sekeping gambar pelakon berkenaan ketika menjalani penggambaran di Sepanyol baru-baru ini.


Fathia Latiff Dikritik Hebat Buka Aurat Di Luar Negara

Rata-rata komen yang ditinggalkan mengkritik Fathia kerana membuka aurat di luar negara malah ada yang menyatakan bahawa mereka sudah membeli tudung keluaran Fathia atas tanda sokongan namun begini pula jadinya.


Fathia Latiff Dikritik Hebat Buka Aurat Di Luar Negara

Namun masih ada peminat yang menasihati Fathia secara baik dan turut mendoakan agar pelakon ini sentiasa kuat untuk beristiqamah dalam berhijab. Lebih menarik lagi, Fathia tidak cepat melatah sebaliknya hanya meninggalkan reaksi cukup tenang – thanks for all the advice. Will try to improve InsyaAllah.


Bermula daripada teguran itu juga, rata-rata gambar yang dimuatnaik selepas itu semuanya bertudung litup. Semoga Fathia kekal tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan mendatang.-rotikaya

Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Mengakui mahu mencari kelainan dari segi kerjaya, Mira Filzah ada berkongsi serba sedikit tentang perwatakan serta pencapaian akademik beliau didalam majalah Intrend. Namun Mira dikecam hebat apabila beliau menyatakan tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat kerana menganggap kerjaya itu sebagai sesuatu yang membosankan buat dirinya.


Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Bagaimanapun kenyataan itu nampaknya mencetuskan kemarahan gadis-gadis pejabat yang merasakan pelakon itu cuba memperlekehkan kerjaya mereka sebagai PTD dengan menganggap kerjaya itu membosankan selain asyik terperap didalam pejabat sahaja. Malah mereka juga turut menjelaskan realiti sebenar pekerja yang bekerja didalam bidang itu.

Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Namun pada masa yang sama, Mira menerusi akaun Instagramnya tampil menjelaskan perkara itu bahawa baginya kerjaya PTD merupakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah, namun masing-masing mempunyai minat yang berbeza. Bagi Mira, dirinya lebih suka kerjaya yang tidak mempunyai waktu kerja yang tetap seperti bidang lakonan sekarang.

Mira Filzah Perlekeh Kerjaya Gadis Pejabat?

Apapun mungkin perkongsian Mira terhadap minatnya didalam sesuatu kerjaya tidak bermaksud untuk memperlekehkan mahupun menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mungkin sikap terus terangnya telah disalah erti, tetapi apa yang pasti setiap kerjaya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tidak perlu dibandingkan.-rotikaya

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Selepas membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminat, kini muncul pula sekeping gambar bahagia Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof yang dimuat naik menerusi Instagram masing-masing semalam. Tindakan Adi itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau sendiri juga pada ketika ini terus berdiam diri mengenai kontroversi pernikahannya.

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Gambar yang dimuat naik semalam tidak disertakan dengan kepsyen manis, hanya sekadar meletakkan emotikon berbentuk senyuman. Pada masa yang sama, ruangan komen juga dibanjiri dengan peminat beliau yang rata-rata mendokankan kebahagiaan rumah tangga mereka walaupun masih ada juga yang berang dengan tindakan Adi menipu isteri pertamanya.

Gambar Bahagia Adi Putra Di Instagram Cetus Tanda Tanya

Manakala memetik laporan Utusan Online pula, difahamkan oleh sumber terdekat, pasangan suami isteri Adi dan Aida dikhabarkan kini sedang bercuti diluar negara hujung minggu ini namun lokasinya tidak dapat dipastikan. Dikhabarkan percutian itu merupakan satu usaha menenangkan serta memujuk hati isteri pertamanya itu yang baru sahaja menerima madu.

Sebelum ini, beberapa hari lalu cerita mengenai perkahwinan pelakon itu kecoh diperkatakan apabila gambar Adi berada pada majlis perkahwinan mula tersebar. Pelakon berkenaan dikatakan telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu yang juga merupakan rakan kongsi kepada Adi sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.-rotikaya

Video Yuna Peluk Usher Terus Dikritik

Akibat dikritik teruk oleh peminat yang tidak senang dengan tindakan beliau memeluk rakan duetnya, Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat, baru-baru ini, Yuna tampil membidas kritikan itu dengan menyatakan bahawa kehadirannya didalam industri bukan untuk memuaskan hati semua orang.
Video Yuna Peluk Usher Terus Dikritik

“Khas untuk anda semua yang buat saya trending hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda jugalah yang mahu bergambar dengan saya”


“Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara berkenaan.

Semalam, sebuah video menunjukkan Yuna yang sedang menyanyikan lagu hits, Crush bersama Usher menjadi trending apabila pada penghujung persembahan mereka, Yuna dan Usher telah berpelukan. Gara-gara kejadian itu, ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan penyanyi itu sebagaimana beliau adalah seorang wanita bertudung.


Pada masa yang sama, disebabkan video itu juga para peminat Yuna mula bertelagah sesama sendiri. Ada diantaranya berpendapat bahawa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja. Ada yang membuat teori bahawa, Yuna terpaksa memeluk Usher hanya kerana ingin menghormati selebriti antarabangsa itu yang pada awalnya ingin memeluknya.-rotikaya

Doktor Kacak Bakal Suami Penyanyi Lufya

Penyanyi Lufya atau nama sebenarnya, Lufyah Sheikh Omar dilapor bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor kacak, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.


Doktor Kacak Bakal Suami Penyanyi Lufya

Hal ini disahkan sendiri oleh tunang Lufya, Dr. Che Muhammad Hafiz memetik kenyataan yang disiarkan portal Media Hiburan.

“Kami telah berkenalan hampir setahun dan pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan di kediaman Lufya di Damansara.

“Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan,” ujar tunang penyanyi tersebut.

Lufya merupakan selebriti kelahiran program Akademi Fantasia musim keenam.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri Lufya yang berjaya menambat hatinya Che Muhammad Hafiz berkata, “Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

“Soal kerjaya saya pun Lufya sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya,” katanya lagi.

Semoga segala perancangan yang telah diatur Lufya dan tunang berjalan dengan lancar.

Tahniah Lufya, selamat melangkah ke alam perkahwinan! – MYNEWSHUB.

Mengaku Hangat Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Al-Idrus Jumpa Ibu

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz Raja Afiq mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Anis Al-Idrus, 28, sejak sebulan lalu.


Mengaku Hangat Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Al-Idrus Jumpa Ibu

Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, perkenalan mereka bermula ketika menjayakan beberapa majlis anjuran stesen televisyen TV3 pada Ramadan lalu.

"Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta.

"Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3," katanya kepada mStar Online.

Raja Afiq dihubungi bagi menjelaskan hubungannya dengan penyanyi lagu Mengapa Anis Al-Idrus selepas kedua-dua mereka sering memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, dia menyifatkan wanita itu sebagai seorang memahami dan menyenangkan.

"Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri.

"Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis," ujarnya.

Sementara itu, Raja Afiq berkata, dia sedang merancang untuk membawa pelakon tersebut bertemu keluarganya dalam masa terdekat.


Mengaku Hangat Bercinta, Raja Afiq Mahu Bawa Anis Al-Idrus Jumpa Ibu

Katanya, dia juga merancang untuk mengikat hubungan tersebut ke fasa seterusnya jika mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja.

"Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu," ujarnya.

Anis Al-Idrus kini sedang bercuti di Pulau Boracay, Filipina.-mstar

Gambar Kekasih Baru Siti Saleha

Siti Saleha sebelum ini telah pun mendedahkan kekasih barunya adalah seorang lelaki Melayu. Ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang telah berjaya mencuri hati gadis jelita ini. Namun identiti lelaki tersebut sehingga ke hari ini masih menjadi rahsia. 

Kekasih Baru Siti Saleha

Akan tetapi, baru-baru ini, dilihat Siti Saleha telah memuatnaik gambarnya dengan seorang lelaki yang tak kurang kacak dengan caption berbaur mabuk cinta. Mungkinkah ini kekasih baru Siti Saleha?

Kekasih Baru Siti Saleha

Dengan caption “Hyde Park with Love (bentuk hati)”,  ramai jejaka di luar yang luluh hatinya sekiranya benar lelaki ini adalah kekasih baru Siti Saleha. Tapi kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Jika benar mereka bercinta, semoga ia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Apa pun, kalau tak silap, Siti Saleha kini berada di Mexico untuk meraikan perkahwinan kawannya di sana.-beautifulnara

Produksi Layan Macam Sampah, Noor Khiriah Berhenti Berlakon

Tidak tahan dan juga rasa kecewa akhirnya membuatkan pelakon berbakat Noorkhairiah menarik diri daripada dunia seni malah dia juga menyifatkan dirinya sering dilayan seperti sampah oleh syarikat produksi sepanjang 20 tahun berada dalam bidang seni.

Produksi Layan Macam Sampah, Noor Khiriah Berhenti Berlakon

“Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja”

“Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka”


“Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam industri seni.-rotikaya

Berbikini, Sharifah Sakinah Dikritik

Gara-gara bergambar dengan menampakkan pakaian dalam ketika sedang bercuti, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini telah dikecam oleh pengkritik di laman Instagram malah dalam masa yang sama turut mendapat teguran.

Berbikini, Sharifah Sakinah Dikritik

Bagaimanapun, gambar tersebut telah pun dipadam kerana telah mengundang pelbagai reaksi negatif. Sementara itu, Sharifah Sakinah sebelum itu tidak mudah melatah selain tidak melayan komen yang ditinggalkan di Instagramnya itu. Malah, himpunan doa peminat juga membanjiri komen tersebut agar pelakon ini berubah satu hari nanti.

Berbikini, Sharifah Sakinah Dikritik

Bagaimanapun ada di antara peminat yang bergaduh selain menyifatkan Sakinah jujur dengan diri sendiri dan tidak hipokrit seperti segelintir selebriti lain. Apa pun, semoga Sharifah Sakinah selamat di bumi orang. Ramai yang tegur mungkin kerana rasa sayang.-rotikaya

Penyanyi Mark Adam Kutuk Kereta Proton?

Berikutan status merendah-rendahkan jenama kereta buatan Malaysia, Proton di laman sosial Facebook miliknya menjadi viral, Mark Adam tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk memuat naik status. Malah katanya, beliau pernah dimarahi orang ramai suatu ketika dulu kerana percayakan status palsu itu.


Penyanyi Mark Adam Kutuk Kereta Proton?

“Itu bukan Facebook saya dan saya tak pernah buat kenyataan tentang memburuk-burukkan kereta Proton di Facebook. Saya sedar kewujudan akaun ini sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa individu itu semakin melampau sehingga membuatkan orang ramai percaya. Saya sudah periksa Facebook itu, ternyata bahasa yang digunakan tidak seperti percakapan saya”
Penyanyi Mark Adam Kutuk Kereta Proton?

“Pengikut laman Facebook palsu itu lebih banyak daripada Facebook saya sendiri dan saya bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Selain itu semalam juga ada wakil daripada pihak Proton yang menghubungi saya dan bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan seperti itu,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara berkenaan.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh individu berkenaan yang telah mengaitkan dirinya dengan status yang menimbulkan kemarahan orang ramai sebelum ini, Mark telah memberi amaran menerusi mesej berbentuk peribadi kepada akaun palsu tersebut. Namun sehingga kini individu terbabit masih berdiam diri dan tidak membalas mesej tersebut.


Sebelum ini, terdapat sebuah akaun laman sosial, Facebook menggunakan nama Mark Adam telah menaikkan kemarahan orang ramai apabila status itu merendahkan kualiti kereta buatan Malaysia, Proton. Disamping itu, akaun palsu itu juga ada menulis bahawa kereta jenama Proton ini hanya diguna pakai oleh golongan yang tidak berkemampuan sahaja.-rotikaya

Gambar Kekasih Kerabat Diraja Uqasha Senrose

Seringkali memuat naik gambar mesra bersama, Uqasha Senrose memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan seorang jejak dari kerabat Pahang yang dikenali sebagai Tengku Bakar. Selain itu, beliau pada masa yang sama turut meminta orang ramai memahami keadaannya yang cuba berdiam diri.


Gambar Kekasih Kerabat Diraja Uqasha Senrose

“Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai desas-desus hubungan cinta diantara beliau dan jejaka kerabat Pahang.


Sebelum ini, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga merupakan seorang ahli perniagaan sering dilihat bersama ketika diluar, malah mereka juga selalu memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing. Selain itu, dikhabarkan Tengku Bakar juga antara individu penting yang merancang dan merealisasikan majlis sambutan harijadi Uqasha.


Apapun, jika benar Uqasha dan Tengku Bakar mempunyai hubungan istimewa, rasanya tidak salah untuk berkongsikan berita itu dengan peminat. Pasti mereka teruja ingin mengetahui percintaan mereka berdua yang kelihatan memang sama cantik sama padan.-rotikaya

Dira Perjelas Isu Bercerai

Berikutan gosip yang mendakwa pelakon dan juga pengarah, Dira Abu Zahar telah pun bercerai dengan suaminya, selebriti tersebut melalui BH Online menafikan terjadinya perpisahan di antara mereka.


Dira Perjelas Isu Bercerai

“Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan kerana ia adalah perselisihan faham biasa saja,” katanya. Sebelum ini, Dira mengambil keputusan untuk berdiam diri sebelum menjelaskan keadaan sebenar.


Dira juga didakwa telah mengalami tekanan teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan kemurungan yang dialaminya. Dira dan suami telah pun mendirikan rumah tangga pada November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Apa pun yang berlaku, semoga Dira tabah menghadapi dugaan yang melanda. Di setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua pihak.-rotikaya

Gambar Bakal Suami Juliana Evans

Sikap terbuka apabila bercakap mengenai soal hubungan percintaannya dengan seorang jejaka kerabat diraja membuatkan Juliana Evans senang membuka mulut mengenai hubungan itu kepada umum. Namun akuinya, walaupun beliau tidak kisah bercerita mengenainya, dirinya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini.


Gambar Bakal Suami Juliana Evans

“Buat waktu ini, saya masih selesa menikmati kehidupan solo sebegini terlebih dahulu. Saya belum lagi bersedia untuk ke arah perkahwinan. Malah saya juga tidak tertekan melihat seorang demi seorang rakan artis yang lain telah berkahwin. Tetapi bagaimanapun InsyaAllah, setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya di kemudian hari.

Masih banyak perkara yang ingin saya lakukan sebelum diri terikat dengan sesiapa. Saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar dalam soal itu. Mama juga tidak memaksa saya segera mendirikan rumah tangga. Namun jika diizinkan Tuhan, saya ingin mempunyai keluarga sendiri sebelum usia 30 tahun,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung perkara itu.

Bercakap mengenai sikap keterbukaannya tentang hubungan istimewa itu, Jue berkata bahawa tindakannya itu dilakukan kerana tidak mahu mengundang pelbagai spekulasi daripada orang ramai. Baginya, peminat sering memikirkan pelbagai perkara negatif sepertimana dulu beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

Terdahulu, Jue pernah memuat naik sekeping gambar mesra bersama seorang jejaka yang masing sedondon memakai baju berwarna sama pada satu majlis. Gambar yang tidak mempunyai sebarang kepsyen dikhabarkan seorang jurutera  itu terus menjadi tanda tanya daripada peminat. Tidak lama selepas itu, beliau mengakui hubungan itu sudah terjalin hampir mencecah setahun.-rotikaya

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Semenjak keretanya dicuri sekitar bulan Mac lalu, pelakon terkenal Remy Ishak mengakui dia belum bersedia atau berfikir untuk membeli sebuah kereta baharu.


Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Sebaliknya, pelakon Nur Kasih ini memberitahu dia kini selesa menaiki kenderaan awam.

Pun begitu, Remy atau nama sebenarnya nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 34, menafikan tindakannya itu sengaja mencari perhatian ramai.

Menurut Remy, dia tahu cara-cara untuk menyorokkan wajah agar tidak dikenali ketika menaiki kenderaan awam.

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

“Saya bukannya gila hendakkan peminat datang kepada saya dan bergambar. Saya cuma berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT.

“Begitupun saya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan diri tidak dikenali.

“Tetapi, kalau peminat perasan, saya meletakkan jari di mulut sebagai tanda meminta dia agar tidak bercakap. Kemudian saya akan ke tempat peminat berkenaan dan ‘berselfie’ bersamanya.

“Namun begitu, saya tidaklah selalu menaiki kenderaan awam. Kadang kala ada juga rakan atau pengurus yang menumpangkan saya ke sesuatu lokasi,” katanya kepada BH Online.

Kereta Remy, Mitsubishi Triton dilaporkan masih hilang selepas beberapa minit pelakon itu keluar pergi membeli ais di sebuah kedai serbaguna di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam perkembagan lain, Remy bakal melancarkan produk lulur badan di bawah jenamanya sendiri. – MYNEWSHUB

Anis Al-Idrus Tolak Tawaran Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad

Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus memberitahu dia terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah drama yang turut melibatkan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad.


Anis Al-Idrus Tolak Tawaran Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, perkara tersebut bukan kerana tidak bersikap profesional, namun enggan menimbulkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan kerjaya masing-masing.

"Saya akui sejak aktif berlakon dan menyanyi kami ada terserempak di majlis hiburan tapi saya cuba elak daripada bertembung dengannya.

"Begitu juga lakonan, saya ada dapat tawaran yang turut sama melibatkan dia tapi awal-awal lagi saya dah tolak.

"Bukan tidak profesional tapi saya tidak mahu masalah bagi pihak saya mahupun pihak dia yang sudah ada kehidupan baru itu," ujarnya kepada mStar Online.

Anis ditemui pada majlis sidang media Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22), Rabu lalu.

Penyanyi lagu Mengapa ini mengakui sentiasa mengelak sebarang perkara berkaitan hubungan percintaannya yang lalu.

Sementara itu, ditanya tentang lelaki baharu dalam hidupnya, Anis berkata, dia masih belum bertemu dengan insan istimewa yang boleh dijadikan pasangan hidup.

"Saya ramai kawan lelaki tetapi belum ada lagi yang istimewa, mungkin usia saya yang sudah hampir ke 30-an ini membuatkan saya lebih memilih.

"Namun apa-apa pun ia terserah juga kepada jodoh, saya tidak kisah lelaki itu dikalangan orang biasa atau terlibat dengan dunia seni," ujarnya.

Bercerita tentang perjalanan kerjaya yang semakin rancak, Anis berkata, dia menikmati kesibukan yang dilaluinya sekarang biarpun tidak mempunyai masa rehat yang banyak seperti dahulu.

"Selepas aktif ini memang masa rehat saya tidak seperti dahulu, tidur tidak pernah mencukupi seperti orang lain.

"Selain itu, saya juga rindu privasi yang mana sebelum ini saya bebas untuk keluar dengan siapa yang saya suka tanpa sebarang persepsi orang luar," ujarnya.

Selain itu, Anis berkata dia sudah bersedia untuk merakamnkan single keduanya tidak lama lagi.-mstar

Foto Siti Saleha Berpakaian Ketat Dikritik Netizen

Baru-baru ini, pelakon cantik Siti Saleha ada memuat naik foto beliau memakai pakaian sukan bagi mempromosikan satu produk sukan  jenama terkenal.



Walaubagaimanapun, foto itu mengundang komen lelaki miang dan kritikan pengikutnya di Instagram kerana ia agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya dengan jelas.

Ada yang berpendapat Siti Saleha tidak perlu berkongsi foto beliau berpakaian ketat dan mahu beliau menghormati bulan puasa.



Foto berkenaan juga mampu mengundang fitnah selain mengurangkan pahala puasa orang lain.

Berikut antara komen di Instagram Siti Saleha:-

Mungkin Siti Saleha ada salahnya juga memuat naik seperti itu, tetapi ia juga bergantung pada cara seseorang melihat foto berkenaan. Tafsiran setiap orang adalah berbeza.-beautifulnara

Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Penyanyi dan pelakon 1980-an iaitu Oja mengambil masa lebih setahun ‘menyembunyikan’ diri selepas  dikatakan menjadi punca terhadap perceraian pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.


Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37,  berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.

"Secara peribadi saya anggap isu itu sudah selesai tetapi sebenarnya saya mengambil masa setahun untuk berdiam diri agar ia tidak berpanjangan.
Diana Rafar dan suaminya Zamarul.

"Tuduhan itu sama sekali tidak benar seperti mana dilemparkan kepada saya,” katanya kepada mStar Online.

Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Terdahulu Zamarul Hisyam, 45, dan Diana Rafar 34, mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai talak satu pada 14 Januari 2015 selepas enam tahun berumah tangga.

Bagaimanapun pasangan berkenaan rujuk semula kira-kira sebulan selepas cerai.

Oja turut dikaitkan sebagai individu yang menjadi puca kepada peristiwa berkenaan.

Dalam pada itu, Oja berkata, ketika kontroversi sedang hangat diperkatakan, dia sedang membuat persiapan untuk bertunang dengan teman wanitanya.


Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah

Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana wanita berkenaan dan keluarga tidak terpengaruh dengan gosip selain tahu tentang kedudukan sebenar.

"Sebenarnya saya sudah mengenali Diana sejak zaman remaja lagi dan pernah terlibat dalam penghasilan kerja-kerja studio serta projek singlenya bersama Linda Rafar.

"Sebagai kawan lama sudah tentu saya sedia membantu untuk menyiapkan projek itu dan ingin saya tegaskan ketika itu saya sebenarnya banyak berurusan dengan Linda dan suaminya.

"Entah di mana silapnya, nama saya mula dikaitkan dengan Diana dan saya betul-betul terkejut kerana ia telah menjadi satu kes serius sebelum saya mengambil keputusan untuk menyendiri dan menjauhkan diri,” katanya.
Oja bersama isteri terbaharunya bagi perkahwinan ketiga.

Jelasnya lagi, dia menghilangkan diri bukan kerana bersikap lepas tangan tetapi tidak mahu isu berkenaan terus berpanjangan yang pada akhirnya memberi masalah lebih besar.

"Alhamdulillah, tindakan itu sebenarnya banyak membantu dan secara peribadi saya berasa amat gembira melihat Zamarul dan Diana kembali hidup bahagia selepas kontroversi itu.

"Isu tersebut dah setahun lebih berlalu dan saya kini bahagia dengan isteri tercinta,” ujarnya tersenyum.

Berkongsi tentang kehidupannya kini, Oja berharap perkahwinan ketiganya itu adalah yang terakhir selepas pernah dua kali bercerai sebelum ini.

"Saya pernah berkahwin pada 2001 namun hanya bertahan selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dani Nur Atiqah, 13 tahun yang kini dibawah jagaan saya.

"Perkahwinan kedua pula pada tahun 2007 namun jodoh kami tidak panjang sebelum berpisah pada 2010 dan kami dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Daniel Ashraf yang berusia tujuh tahun," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Oja kini bersedia untuk kembali ke dunia hiburan bersama kumpulan yang diberi nama Tunable Band di mana mereka sudah menghasilkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu Hari Raya ciptaannya berjudul Kenangan Indah Di Aidilfitri.

Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.-mstar