Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam


Semenjak keretanya dicuri sekitar bulan Mac lalu, pelakon terkenal Remy Ishak mengakui dia belum bersedia atau berfikir untuk membeli sebuah kereta baharu.


Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

Sebaliknya, pelakon Nur Kasih ini memberitahu dia kini selesa menaiki kenderaan awam.

Pun begitu, Remy atau nama sebenarnya nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 34, menafikan tindakannya itu sengaja mencari perhatian ramai.

Menurut Remy, dia tahu cara-cara untuk menyorokkan wajah agar tidak dikenali ketika menaiki kenderaan awam.

Kereta Kena Curi, Remy Ishak Kini Naik Pengangkutan Awam

“Saya bukannya gila hendakkan peminat datang kepada saya dan bergambar. Saya cuma berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT.

“Begitupun saya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan diri tidak dikenali.

“Tetapi, kalau peminat perasan, saya meletakkan jari di mulut sebagai tanda meminta dia agar tidak bercakap. Kemudian saya akan ke tempat peminat berkenaan dan ‘berselfie’ bersamanya.

“Namun begitu, saya tidaklah selalu menaiki kenderaan awam. Kadang kala ada juga rakan atau pengurus yang menumpangkan saya ke sesuatu lokasi,” katanya kepada BH Online.

Kereta Remy, Mitsubishi Triton dilaporkan masih hilang selepas beberapa minit pelakon itu keluar pergi membeli ais di sebuah kedai serbaguna di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam perkembagan lain, Remy bakal melancarkan produk lulur badan di bawah jenamanya sendiri. – MYNEWSHUB

Filled Under: