Awie Mengaku Bersalah Cederakan Rozana Misbun, Didenda RM2,000


Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya, Rozana Misbun dalam kejadian di kaunter PNB Jalan Tun Razak dua tahun lepas.


Awie Mengaku Bersalah Cederakan Rozana Misbun, Didenda RM2,000

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, menukar pengakuannya kepada bersalah dihadapan Majistret Husna Dzulkifly selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Husna menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Mengikut pertuduhan Awie didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38, di kaunter Permodalan Nasional Berhad, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang 2 Jun 2014.
Awie Mengaku Bersalah Cederakan Rozana Misbun, Didenda RM2,000

Awie didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala Awie diwakili oleh Hazman Harun.

Pada 15 Februari lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38.-beautifulnara

Filled Under: