Wanita Ini Nyaris Dirogol Dalam Tandas Di Stesen Minyak Rawang


Seorang wanita bernasib baik apabila terselamat daripada menjadi mangsa rogol di sebuah tandas stesen minyak di Rawang, Selangor, kira-kira jam 10 malam tadi.


Wanita Ini Nyaris Dirogol Dalam Tandas Di Stesen Minyak Rawang

Insiden itu didedahkan oleh kakak mangsa, Dhiya Srikandi Qalbu yang memuat naik screen shot perbualan bersama adiknya menerusi laman Facebook.


Wanita Ini Nyaris Dirogol Dalam Tandas Di Stesen Minyak Rawang

Dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi, mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa ditolak oleh seorang lelaki India ketika mahu keluar dari tandas Stesen Petronas Bandar Baru Rawang.

“Masa saya masuk dua perempuan yang lain turut berada di dalam tandas. Semasa saya berada dalam tandas, saya terdengar ada orang masuk dan mengunci pintu utama dengan perlahan. Saya mula rasa tak sedah hati.

“Apabila saya mahu keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa India telah berada di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.

“Dia terus menolak dan menarik saya masuk ke dalam tandas. Saya telah bergelut dan ditarik sehingga ke pintu utama tandas. Tetapi pada masa itu, lelaki tersebut telah mengunci pintu. Namun selepas mendengar saya menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka pintu dan saya telah berjaya keluar menyelamatkan diri,” kata mangsa.

Tambah mangsa kepada kakaknya, mujur ketika itu suspek tidak membawa sebarang senjata yang boleh membahayakan nyawanya.


Wanita Ini Nyaris Dirogol Dalam Tandas Di Stesen Minyak Rawang

Bagaimanapun, akibat kejadian, mangsa mengalami luka kecil dan bengkak kaki badan akibat pergelutan itu.

Difahamkan, ketika kejadian, suami mangsa sedang berada dalam kereta bersama dua anak mereka.

Mangsa telah pun membuat laporan polis di balai berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, polis telah berjaya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan.-mynewshub

Filled Under: