Nora Danish Dedah Tarikh Perkahwinan Dengan Nedim Nazri


Pelakon jelita Nora Danish yang sebelum ini kecoh apabila dikatakan bahawa dia bakal berkahwin dalam masa terdekat telah mendedahkan bahawa dia akan berkahwin dengan Nedim selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.


Nora Danish Dedah Tarikh Perkahwinan Dengan Nedim Nazri

Menurut Nora, apa yang pasti majlis perkahwinannya akan tetap berlangsung pada tahun ini juga.



Seperti sedia maklum, Nora yang sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa majlis perkahwinannya nanti akan diadakan secara sederhana sahaja. Malah, ia cukup sekadar dengan kemeriahan tetamu kesayangan yang datang ke majlis perkahwinan mereka nanti.


Nora Danish Dedah Tarikh Perkahwinan Dengan Nedim Nazri

Mereka yang sudah berkenalan selama bertahun-tahun sehingga suatu ketika dahulu pernah digosipkan putus cinta namun mungkin sudah tertulis jodoh mereka untuk bersama kembali. Semoga majlis perkahwinan yang bakal diadakan nanti akan berjalan lancar. Apapun, tahniah buat Nora dan Nedim.-gosipmalaysia

Filled Under: