Arsenal Sambar Penyerang Muda Nigeria


Arsenal sedia bersaing dengan Tottenham bagi mendapatkan Victor Osimhen yang merupakan pemain muda berbakat dari Nigeria.


Arsenal Sambar Penyerang Muda Nigeria

Penyerang berusia 16 tahun itu mula menjadi perhatian kelab gergasi bola sepak selepas berjaya membawa Nigeria muncul juara dalam sangan Piala Dunia B-17 pada bulan lalu.

Tottenham sebelum ini cuba mengikat Osimhen sebelum pemain itu disambar kelab lain, bagaimanapun ejen penyerang itu mengesahkan bahawa Arsenal mahu khidmatnya.

"Kami menerima banyak tawaran untuk Victor, tetapi kami hanya memberi perhatian terhadap tawaran daripada Arsenal dan Wolfsburg saja setakat ini," jelas ejennya, Gaffar Liameed.

Osimhen yang menjaringkan 10 gol dalam saingan Piala Dunia B-17 dilapor telah melawat pusat latihan Wolfsburg, namun menukar fikiran dengan mahu menerima tawaran daripada Arsenal.-mstar

Filled Under: