Robin Van Persie bertindak meninggalkan Manchester United kerana merasakan dirinya telah dikhianati oleh Louis Van Gaal.
Penyerang Belanda itu berhijrah ke Fenerbahce dengan yuran pemindahan sebanyak £4.7 juta selepas diminta oleh Van Gaal untuk berlatih keseorangan pada Selasa.
Kejadian itu dikatakan telah menyedarkan Van Persie bahawa masanya di United telah tamat.
Beberapa jam selepas itu, Van Persie didakwa telah meminta ejennya menerima kontrak selama tiga tahun yang ditawarkan Fenerbahce.
Dengan menerima gaji sebanyak £240,000 seminggu dari kelab baru, Van Persie menyifatkan dirinya telah dikhianati oleh seorang rakan senegara.
Van Gaal dan Van Persie menjadi rapat selepas jurulatih itu menamakan pemain berkenaan sebagai penyerang utama dan ketua pasukan Belanda.-mstar