Yaya Toure Sambut Hari Jadi Dengan Bonus Lumayan


Pemain veteran Manchester City, Yaya Toure menyambut ulang tahun hari jadinya yang ke-32 pada Rabu dengan mengutip bonus lumayan sebanyak £720,000 (RM4.1 juta) selepas membawa kelab itu ke pusingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.


Yaya Toure Sambut Hari Jadi Dengan Bonus Lumayan, info sukan, bola sepak, Man city

Pemain tengah itu mempunyai klausa khas dalam kontraknya yang ditandatangani pada 2010 yang menyebut bahawa dia layak untuk menerima bonus seandainya City berjaya ke Liga Juara-Juara Eropah setiap musim.

Bekas pemain Barcelona itu buat masa ini menerima bayaran gaji sebanyak £220,000 (RM1.25 juta) seminggu sehingga kontraknya tamat menjelang 2017.

Kontrak Toure juga menyebut bahawa dia akan turut menerima bayaran bonus khas sebanyak £357,000 (RM2.03 juta) jika City berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun masa depan Toure bersama City masih samar-samar kerana di sebalik bayaran lumayan yang dia perolehi, pemain itu berhasrat untuk mencuba nasib di kelab lain musim depan.

Buat masa ini, dua buah kelab Itali iaitu Juventus dan Inter Milan menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan khidmatnya tetapi permintaan gaji yang tinggi menjadi batu penghalang kepada mereka. - mstar

Filled Under: