Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri


Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama bersiri yang disiarkan stesen televisyen berbayar disyaki menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak lelaki berkenaan mengahwini ibunya 10 tahun lalu.


Pelakon Remaja Dirogol Bapa Tiri

Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah.

Katanya, gadis itu menjadi mangsa cabul lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tajuh tahun lagi selepas mereka tinggal di Johor Bahru dan suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sehingga merogol remaja berkenaan ketika mangsa berusia 12 tahun.

Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang.

Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.- rotikaya

Filled Under: