Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah


Dua pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duke awal pagi sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.


Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah, info, terkini, berita, nahas DUKE

Tertuduh, Siti Nor Aini, 35, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin,31,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE).


Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah, info, terkini, berita, nahas DUKE

Tertuduh pertama, Siti Nor Aini diwakili peguam bela S. Ravenesan, S Preakas dan Cantius Leo Camoens manakala Mohamad Fizal Reza diwakili Hashim Ibrahim.

Artikel Terdahulu : Dua Pemandu Myvi Bakal Didakwa


Timbalan pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim mencadangkan pihak mahkamah agar mengenakan jumlah ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang serta lesen memandu mereka ditarik.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 41(5) lesen memandu serta pasport tertuduh boleh digantung sehingga kes selesai.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memutuskan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 beserta seorang penjamin bagi setiap seorang.

Lesen memandu kedua-dua tertuduh turut digantung manakala pasport antarabangsa mereka ditahan.

Mahkamah memutuskan sebutan semula kes pada 22 Jun 2015.


Sumber : mynewshub

Filled Under: