Luis Enrique Sasaran Man City


Jurulatih Barcelona, Luis Enrique mahu meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini walaupun berjaya memenangi gelaran treble.


Luis Enrique Sasaran Man City , info sukan, bola sepak, Man City

Enrique percaya pemilihan jawatan pihak atasan kelab yang akan diadakan pada Julai ini pasti akan mambawa presiden baharu dan oleh itu jurulatih baru juga akan dilantik.

Kesediaan Enrique diluahkan ketika Barcelona kini hanya berbaki enam perlawanan untuk bergelar juara bagi Liga Juara-Juara Eropah, La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Artikel Terdahulu : Barcelona Malukan Bayern Munich


Kesempatan itu bagaimanapun digunakan sepenuhnya oleh kelab di Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City yang terdesak untuk mendapat jurulatih baharu bagi musim depan.

Menurut Dailymail Online, Enrique menjadi sasaran City sekiranya Pep Guardiola terus menolak tawaran untuk mengendali kelab berkenaan.

Sumber : mstar

Filled Under: