Memaparkan catatan dengan label nahas DUKE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nahas DUKE. Papar semua catatan

Kemalangan DUKE: Celica Club Malaysia Sumbang RM10,000

Nasib dua beradik yang kehilangan ibu bapa dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) baru-baru ini terus mendapat perhatian ramai terutama daripada kelab-kelab kereta.


Kemalangan DUKE: Celica Club Malaysia Sumbang RM10,000, info, terkini, berita, nahas DUKE,

Terbaru, beberapa wakil kelab kereta Celica Club Malaysia menziarahi dua beradik tersebut dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM10,000 kepada Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Akila.

Presiden Celica Club Malaysia, Marko Tung berkata, ahli-ahlinya sangat bersimpati dengan nasib dua beradik tersebut dan berjaya membuat kutipan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan.

“Kami akan mengambil berat dalam perkara ini kerana insiden tersebut memberi kesan ke atas semua kelab kereta dalam pelbagai cara.

“Sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan oleh ahli kami dalam hanya tempoh beberapa hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kemalangan itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada perbuatan beberapa ahli sebuah kelab kereta Myvi berlumba haram di lebuh raya berkenaan. - mynewshub

Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah

Dua pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duke awal pagi sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.


Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah, info, terkini, berita, nahas DUKE

Tertuduh, Siti Nor Aini, 35, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin,31,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE).


Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah, info, terkini, berita, nahas DUKE

Tertuduh pertama, Siti Nor Aini diwakili peguam bela S. Ravenesan, S Preakas dan Cantius Leo Camoens manakala Mohamad Fizal Reza diwakili Hashim Ibrahim.

Artikel Terdahulu : Dua Pemandu Myvi Bakal Didakwa


Timbalan pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim mencadangkan pihak mahkamah agar mengenakan jumlah ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang serta lesen memandu mereka ditarik.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 41(5) lesen memandu serta pasport tertuduh boleh digantung sehingga kes selesai.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memutuskan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 beserta seorang penjamin bagi setiap seorang.

Lesen memandu kedua-dua tertuduh turut digantung manakala pasport antarabangsa mereka ditahan.

Mahkamah memutuskan sebutan semula kes pada 22 Jun 2015.


Sumber : mynewshub