Penyanyi Rihanna menjelaskan pakaian yang digayakannya semasa menghadiri majlis Met Gala 2015 dibuat selama dua tahun.
Menurut laporan Daily Mail, Rihanna dilihat sangat menarik dan anggun dengan pakaian yang digayakannya serta ia sesuai dengan tema pada malam itu, 'Through the Looking Glass'.
Artikel Terdahulu : Kapsyen Demi Lovato Cetus Kontroversi
Artikel Terdahulu : Kapsyen Demi Lovato Cetus Kontroversi
"Jika dilihat dengan teliti pada pakaian tersebut ia sangat cantik dan rapi jadi tidak mustahil jika proses pembuatannya itu mengambil masa yang lama," kata sumber.
Rihanna tampil berani dengan busana mewah berwarna kuning diraja rekaan Gup Pei dan dilengkapi dengan sepatu dari Christian Loubotin.
Bekas kekasih kepada penyanyi Chris Brown itu berjaya mencuri perhatian pihak media dengan busana yang digayakannya itu.
Sumber : mstar