Andreas Pareira Lanjut Kontrak Bersama Man United


Andreas Pareira menandatangi kontrak baharu untuk mengekalkan statusnya sebagai pemain muda Manchester United sehingga 2018.


Andreas Pareira Lanjut Kontrak Bersama Man United, info sukan, bola sepak, Man United, Andreas Pareira

Pemain berusia 19 tahun itu ditawarkan lanjutan kontrak selepas berjaya memikat barisan kejurulatihan.

Pengendali United, Louis Van Gaal berkata, dia teruja selepas Andreas memilih untuk kekal bersama skuad tersebut.

"Andreas mempunyai segalanya, dan bakal menjadi sebahagian daripada pemain utama kerana mempunyai bakat semula jadi serta sikap untuk belajar menjadi lebih baik.

"Saya gembira dengan perkembangannya pada musim ini dan ingin bekerjasama untuk mengasah bakat Andreas," jelasnya.

Sumber : mstar

Filled Under: