Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol


Cristiano Ronaldo menjaringkan lima gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Granada 9-1 di Santiago Bernabeu, malam Ahad.


Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol, info sukan, bola sepak, real madrid, Cristiano ronaldo,

Pasukan kendalian pengurus Carlo Ancelotti membuka jaringan awal menerusi jaringan Gareth Bale pada minit ke-25.

Lima minit kemudian, Ronaldo menjaringkan gol kedua sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-36 dan 38.

Real Madrid terus melancarkan serangan pada babak kedua apabila Karim Benzema meledak dua gol masing-masing pada minit ke-52 dan 56.

Ronaldo mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-54 dan 89.

Granada berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-74 menerusi jaringan Robert Ibanez.

Namun, kesilapan Diego Mainz yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-83 memberi kelebihan kepada Real untuk melakar kemenangan penuh bermakna di gelanggang sendiri.

Ia adalah kemenangan besar Real pada aksi La Liga musim ini.


Sumber : mstar online

Filled Under: