Memaparkan catatan dengan label real madrid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label real madrid. Papar semua catatan

Barcelona dan Real Madrid Perkenal Kit Baharu

Barcelona memperkenalkan kit tempat lawan bagi musim depan dengan campuran warna biru dan merah yang digunakan di laman sendiri buat pertama kali.

Barcelona dan Real Madrid Perkenal Kit Baharu

Hasilnya pasukan gergasi Sepanyol itu berjaya menghasilkan jersi ungu Vapor Nike dengan teknologi AeroSwift.

Barcelona menerusi laman web rasminya berkata, rekaan terbaru itu adalah tradisi kepada gabungan warna-warna yang merangsangkan dan warna tradisional kelab berkenaan.


Barcelona dan Real Madrid Perkenal Kit Baharu

Replika jersi yag dijual menerusi laman web kelab itu bernilai £65 (RM343) bagi dewasa manakala untuk kanak-kanak berharga £28 (RM147).

Barcelona dan Real Madrid Perkenal Kit Baharu

Dalam pengenalan jersi berkenaan, Barcelona membariskan bintangnya iaitu Andres Iniesta, Gerard Pique, Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez model.Dalam pengenalan jersi berkenaan, Barcelona membariskan bintangnya iaitu Andres Iniesta, Gerard Pique, Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez model.

Elemen kejutan turut digunakan pada jersi berkenaan dengan campuran ungu dengan garisan merah jambu termasuk menggunakan stokin merah jambu.



Real Madrid, pada Khamis secara rasmi memperkenalkan jersi terbaharu mereka yang akan dipakai untuk musim 2016/17 kepada umum.



Masih berkolaborasi dengan Adidas, jersi Madrid kali ini mengetengahkan dua warna iaitu putih untuk bermain di tempat sendiri (home) dan ungu untuk bermain di kandang lawan (away).

Untuk jersi home, tiga garis yang merupakan ciri khas jenama Adidas masih dikekalkan, tetapi garis berwarna biru itu diletakkan menegak di sebelah kanan dan kiri badan.

Rekaan jersi home kali ini tampil dengan gaya klasik dengan adanya butang dan kolar, berbeza dengan jersi kelab ini pada musim-musim sebelumnya.

Ia juga merupakan satu penghormatan, di mana rekaan sebegini telah ditampilkan pada tahun 1902, di awal kemunculan kelab Real Madrid.

Bagi jersi 'away', Madrid memilih jersi kolar bulat berwarna ungu dengan tiga garis khas Adidas berwarna putih berada di atas bahu.


Warna ungu dipilih sebagai menghormati lima pemain di bawah bimbingan akademi Madrid iaitu Emilio Butragueno, Sanchis, Rafael Martin Vazquez, Michel dan Miguel Pardeza yang berjaya mendominasi bola sepak Sepanyol pada tahun 1980-an.

Selain itu Madrid juga mengumumkan perubahan nombor beberapa pemainnya.

Untuk musim 2016/2017, Dani Carvajal akan mengenakan nombor 2 (15), Raphael Varane nombor 5 (2), Fabio Coentrao nombor 15 (5) dan Lucas Vazquez nombor 17 (18).

Juara Liga Juara-Juara musim lalu ini juga mengumumkan nombor untuk Alvaro Morata. Penyerang yang dibawa pulang dari Juventus itu akan mengenakan jersi bernombor 21.-mstar

Javier Hernandez Jaring Dua Gol Lagi

Pemain Manchester United yang dipinjamkan selama semusim kepada Real Madrid, Javier Hernandez telah menjaringkan dua gol bagi membolehkan kelabnya itu menewaskan Celta Vigo 4-2 sekaligus merapatkan jurang mata mereka dengan Barcelona yang berada hanya dua mata di hadapan.


Javier Hernandez Jaring Dua Gol Lagi, info sukan, bola sepak, real madrid, Man United

Selepas mengharungi 33 perlawanan, Barca kini mengutip 81 mata manakala Real 79.

Hanya minggu lalu, Hernandez yang lebih dikenali dengan gelaran Chicharito telah menyumbat gol tunggal Real untuk mereka menumpaskan Atletico Madrid 1-0 untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Chicharito sebelum ini hanya bermain sebagai pemain simpanan sahaja. Tetapi kecederaan yang dialami oleh Karem Benzima telah membuka peluang kepadanya untuk menunjukkan bakatnya yang sebenar.

Mengikut rekod, dia kini telah menjaringkan gol setiap 83 minit di atas padang satu nisbah yang hanya kurang dua minit sahaja daripada Lionel Messi. Messi menjaringkan gol setiap 81 minit di atas padang.

Malah Chicharito telah menjaringkan enam gol dalam lapan perlawanan bersama Real Madrid.

Dan jika jaringannya ketika bertemu Atletico Madrid boleh dianggap mudah iaitu dengan hanya satu tampanan sahaja tetapi kali ini golnya menentang Celta Vigo adalah merupakan satu gol yang berkualiti tinggi.

Sebelum itu Real terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Nolito untuk Celta Vigo.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Toni Kroos menyamakan kedudukan sebelum Chicharito meletakkan Real di hadapan. Namun begitu pihak lawan sekali lagi menyamakan kedudukan.

Tetapi penyerang Colombia, James Rodriguez sekali lagi meletakkan Real di hadapan semula sebelum Chicharito memastikan Real menang selesa.

Sumber : mstar online

Chicharito Hero Real Madrid, Juventus Kembali Garang

Jaringan lewat oleh Javier “Chicharito” Hernandez berjaya membawa Real Madrid melangkah ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.


Chicharito Hero Real Madrid, Liga Juara Juara, info sukan, bola sepak, real madrid, Javier “Chicharito” Hernandez

Dalam perlawanan itu, gol pada minit ke-88 yang dijaringkan pemain pinjaman dari Manchester United itu berjaya menewaskan pasukan pelawat, Atletico Madrid yang beraksi dengan 10 pemain.

Real Madrid layak ke separuh akhir dengan agregat 1-0 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan suku akhir pertama pada minggu lalu.

Hernandez yang sering memanaskan bangku simpanan Real Madrid berjaya mengegarkan jaring selepas mendapat hantaran Cristiano Ronaldo.

Atletico terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Arda Turan dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Sergio Ramos pada minit ke-76.

Sementara itu di Monaco, Juventus berjaya membawa nama Itali kembali ke persada Eropah selepas turut layak ke saingan separuh akhir Liga juara-Juara Eropah dengan agregat 1-0.

Dalam perlawanan ditempat lawan, Juventus menamatkan permainan dengan keputusan seri 0-0 sekaligus berjaya mengekalkan kemenangan 1-0 yang dicapai dalam perlawanan pertama di Itali.

Dalam perlawanan pada minggu lalu, Arturo Vidal menjaringkan gol tunggal selepas dihadiahkan sepakan penalti.

Juventus yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali kembali memberi saingan kepada kelab gergasi Eropah dengan membariskan pemain muda.


Sumber : mstar online

Zidane Beri Isyarat, Hazard Bakal Dibeli Real Madrid

Real Madrid  dilapor sedang mengatur langkah untuk memikat aset berharga Chelsea iaitu Eden Hazard sebelum membawanya menyertai kelab itu pada akhir musim ini.


Zidane Beri Isyarat, Hazard Bakal Dibeli Real Madrid, info sukan, bola sepak, real madrid, eden hazard

Bintang Belgium yang disebut bakal dianugerah pemain terbaik PFA pada Ahad ini telah menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun pada Februari selepas 'dipancing' oleh Paris Saint-Germain.

Bagaimanapun, pengendali skuad simpanan Real Madrid iaitu Zinedine Zidane mendedahkan bahawa dia amat meminati Hazard berbanding Cristiano Ronaldo.

"Secara jelasnya, di sini (Sepanyol) terdapat Lionel Messi dan Ronaldo, kedua-dua mereka amat menakjubkan. Tetapi saya amat meminati Hazard.

"Saya suka semua tentang dirinya. Saya suka sikapnya, ketegasan dan peningkatan yang ditunjuk setiap tahun," jelasnya.

Real Madrid sebelum ini berjaya mendapatkan pemain berkaliber dari Liga Perdana Inggeris seperti Ronaldo, Gareth Bale dan Luka Modric.

Berikutan itu, tidak mustahil jika kelab gergasi itu juga mendapatkan Hazard dalam tempoh terdekat untuk terus memperkemaskan pasukan itu di mata dunia.

Hazard kini menikmati gaji setinggi £200,000 seminggu di Chelsea, dan jika dia menyertai Real Madrid gajinya akan dinaikkan berganda.


Sumber : mstar online

Liga Juara-Juara: Real Madrid, Atletico Madrid Terikat 0-0

Real Madrid dan Atletico Madrid, kedua-duanya gagal meraih sebarang jaringan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu.


Liga Juara-Juara, Real Madrid, Atletico Madrid Terikat 0-0, info sukan, bola sepak, Real Madrid,

Pada permainan di Stadium Vicente Calderon di Madrid, keputusan terikat 0-0.

Gareth Bale mungkin mempunyai peluang terbaik buat Real Madrid seawal minit ketiga apabila dia melepasi halangan selepas kegagalan yang dibuat Diego Godin. Bagaimanapun, langkah Bale untuk membuat jaringan berjaya diatasi oleh penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak.

"Saya benar-benar gembira seperti rakan sepasukan yang lain kerana hari ini kami bekerja keras dan ia merupakan permainan yang sukar tetapi kami masih dapat mengatasinya," kata Oblak dalam satu temuramah dengan stesen televisyen Sepanyol, RTVE.

"Sudah tentu kami mahu menang tetapi juga penting yang kami tidak kalah sebagai tuan rumah," tambahnya.

"Saya tidak tahu siapa yang menjadi pilihan sekarang. Madrid merupakan pasukan yang bagus kerana mempunyai pemain-pemain yang bagus."

Real Madrid mempunyai banyak peluang keemasan dalam permainan ini namun nampaknya penampilan cemerlang Oblak dan barisan pertahanan Atletico Madrid menggagalkan kesemuanya.

Walaupun ia merupakan kerugian bagi Real Madrid, tetapi Pengarah kelab itu, Emilio Butragueno mengakui cukup berpuas hati dengan hasil tersebut.

Menurutnya, tidak dikalahkan oleh pasukan yang sering gagal ditewaskan mereka seperti Atletico Madrid sudah cukup baik.

"Adalah baik untuk mengelakkan daripada kekalahan, walaupun kita tahu betapa pentingnya mendapatkan gol sebagai pasukan tetamu. Kita memberi jaminan kepada para penyokong akan memastikan keadaan menjadi luar biasa pada perlawanan kedua nanti," kata Butragueno kepada UEFA.

"Kita semua harus percaya bahawa pasukan kita mampu memasuki peringkat separuh akhir," tambahnya.

Sumber : mstar online

Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal

Liga Sepanyol hari ini membatalkan kad kuning yang dilayangkan kepada penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikannya terlepas penggantungan satu perlawanan, umum kelab gergasi itu. 


Ronaldo tidak bersalah, kad kuning dibatal, info sukan, bola sepak, real madrid, La Liga, Cristiano ronaldo

Penyerang sensasi kelahiran Portugal itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas dikatakan sengaja merebahkan badan untuk mendapatkan penalti ketika menentang Rayo Vallecano, kelmarin. Begitupun, rakaman video mendapati Ronaldo benar-benar menerima terjahan daripada pertahanan Rayo. 

Real dalam satu kenyataan mengesahkan Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol sudah "membatalkan kad kuning yang dilayangkan pengadil." Keputusan itu bermakna Cristiano Ronaldo boleh beraksi dalam perlawanan La Liga menentang Eibar, awal pagi Ahad. Real ketika ini menghuni tangga kedua La Liga Sepanyol dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Barcelona. 

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti sudah pun kehilangan beberapa pemain tonggak antaranya James Rodriguez dan Toni Kross akibat penggantungan. Bintang Wales,Gareth Bale pula masih bergelut dengan kecederaan. - AFP

Ronaldo Jaringkan Gol Ke-300 Untuk Real Madrid

Nampaknya  macam Cristiano Ronaldo tidak boleh berhenti menjaringkan gol. Dalam perlawanan yang menyaksikan Real Madrid menewaskan Rayo Vallecano 2-0, Ronaldo menanduk masuk golnya yang ke-300 buat Real.


Ronaldo Jaringkan Gol Ke-300 Untuk  Real MAdrid, info sukan, bola sepak, real madrid, cristiano ronaldo


Kemenangan tersebut membolehkan Real merapatkan jurang hanya kepada empat mata dengan pendahulu liga, Barcelona dengan hanya tinggal baki lapan perlawanan sahaja lagi untuk diharungi.

Hanya hujung minggu lalu, Real Madrid membuli pasukan kerdil, Granada 9-1 dengan Ronaldo sahaja menyumbat lima biji gol.

> Cristiano Ronaldo menjaringkan golnya yang ke-300 untuk Real Madrid

> Pemain Portugis itu mencatat angka tersebut dalam hanya 288 perlawanan mewakili Real

> Dia kini sedang mengejar rekod Alfredo Di Stefano yang menyumbat 307 gol dan Raul 323 gol

> Tapi Barcelona masih mendahului La Liga

> Kemenangan Real letakkan mereka hanya empat mata di belakang Barca

Real terdesak untuk menundukkan Rayo selepas mereka mengetahui Barcelona berjaya menumpaskan Almeria 4-0 di tempat sendiri.

Jika Real tidak menang, jurang mata akan menjadi tujuh.

Sementara itu statistik menunjukkan Ronaldo telah menjaringkan 99 gol di bawah pengurus Carlo Ancelotti dalam hanya 89 perlawanan.

Gol yang ke-300 jaringan pemain berusia 30 tahun ini telah meletakkannya hanya kurang tujuh gol sahaja lagi untuk menyamai rekod penyerang legenda Real, Di Stefano yang telah menjaringkan 307 gol dalam 396 perlawanan untuk kelab tersebut.

Ronaldo juga kini hanya kekurangan 23 gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Raul yang mencatatkan 323 gol dalam 741 perlawanan mewakili Real.

Dengan rekod jaringannya yang cemerlang, Ronaldo dilihat tiada masalah untuk memecahkan kedua-dua rekod berkenaan dalam tempoh setahun dari sekarang untuk mencatatkan namanya sebagai legenda baru Real Madrid.

Dia kini telahpun mencatatkan rekod sebagai pemain ketiga selepas Raúl (323) dan Alfredo Di Stéfano (307) untuk mencatatkan 300 jaringan gol untuk Real.

Apa yang membezakan dia dengan mereka berdua ialah, Ronaldo hanya memerlukan 288 perlawanan untuk mencatatkan rekod berkenaan sedangkan Raúl 741 perlawanan dan Di Stéfano 396.


Sumber : mstar online

Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol

Cristiano Ronaldo menjaringkan lima gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Granada 9-1 di Santiago Bernabeu, malam Ahad.


Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol, info sukan, bola sepak, real madrid, Cristiano ronaldo,

Pasukan kendalian pengurus Carlo Ancelotti membuka jaringan awal menerusi jaringan Gareth Bale pada minit ke-25.

Lima minit kemudian, Ronaldo menjaringkan gol kedua sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-36 dan 38.

Real Madrid terus melancarkan serangan pada babak kedua apabila Karim Benzema meledak dua gol masing-masing pada minit ke-52 dan 56.

Ronaldo mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-54 dan 89.

Granada berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-74 menerusi jaringan Robert Ibanez.

Namun, kesilapan Diego Mainz yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-83 memberi kelebihan kepada Real untuk melakar kemenangan penuh bermakna di gelanggang sendiri.

Ia adalah kemenangan besar Real pada aksi La Liga musim ini.


Sumber : mstar online

Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale

Gareth Bale dilapor telah memberitahu rakan sepasukan negaranya, Wales bahawa dia ingin kekal di Real Madrid untuk semusim lagi walaupun Chelsea telah bersedia untuk mendapatkan pemain sayap itu pada musim panas ini.


Chelsea Sedia Sambar Gareth Bale, info sukan, bola sepak, Gareth Bale, chelsea, real madrid

Hasrat Chelsea juga bakal menjadi mudah apabila Real Madrid kini telah sedia untuk melepaskan Bale menerusi penebusan kontrak bernilai £75 juta sebagai usaha mengekalkan Cristiano Ronaldo dalam skuad berkenaan.

Selain itu, Manchester United juga dilapor mahu membawa pulang Ronaldo tetapi skuad gergasi England berkenaan dikatakan lebih mengutamakan usaha bagi mendapatkan Mats Hummels, Paul Pogba dan Dani Alves untuk musim depan.

Chelsea yang sedang bersaing dengan Manchester City untuk mendapatkan Bale dikatakan akan mendapat jalan mudah kerana skuad Manuel Pellegrini berdepan dengan undang-undang kewangan Fifa (FFP) untuk membeli bintang terbabit.

Sementara itu, Real Madrid pula dilapor akan memenangi saingan mendapatkan Marco Reus dari Borussia Dortmund kerana Arsenal tidak mempunyai kelebihan seperti kelab Sepanyol itu.

Sumber : mstar online

Sami Khedira Sah Tinggalkan Real Madrid

Sami Khedira bakal menamatkan kontrak terakhirnya bersama Real Madrid musim ini apabila memutuskan untuk berhijrah ke kelab lain.


Sami Khedira Sah Tinggalkan Real Madrid, info sukan, bola sepak, real madrid, Sami Khedira

Setakat ini, tiada tanda menunjukkan pemain kebangsaan Jerman itu akan menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Sepanyol itu walaupun kontraknya akan berakhir pertengahan tahun ini.

Khedira, 27 menyertai Madrid pada 2010 selepas meninggalkan kelab Stuttgart dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah, malah turut menjadi tumpuan media pada musim lepas selepas dikatakan akan menyertai Arsenal.

"Adakah saya berminat untuk menyertai Schalke? Sebenarnya, saya berminat untuk menyertai banyak pasukan," ulasnya selepas kekalahan 4-3 ke atas Schalke dalam Liga Juara-Juara.

Khedira juga telah memberitahu pengurus pasukan, Carlo Ancelotti tentang niatnya untuk meninggalkan kelab tersebut minggu lepas.

"Saya membuat keputusan tersebut untuk mengembangkan karier dan mencari cabaran baharu.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada persetujuan yang telah dibuat dengan mana mana kelab," katanya.


Sumber : mstar online

Gareth Bale Tidak Akan Tinggalkan Real Madrid

Gareth Bale bersedia menolak semua tawaran untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dan mengambil keputusan untuk kekal dengan pasukannya, Real Madrid.


Gareth Bale Tidak Akan Tinggalkan Real Madrid, info sukan, bola sepak, gareth bale, pemain termahal dunia, real madrid

Bale mempunyai klausa jual beli £75 juta (RM409.05 juta) di dalam kontraknya selama enam tahun tetapi tidak menghalang Manchester United, Manchester City dan Chelsea untuk melihat kesediaaannya dalam liga itu.

Pemain berusia 25 tahun itu bernilai £86 juta (RM470.95 juta) ketika menyertai pasukan itu dari Tottenham dan menolak Manchester United.

Manchester United dan Chelsea dapat merasakan satu tawaran dapat dilakukan tetapi maklum balas yang diterima adalah jelas di mana Bale memutuskan untuk kekal di Real Madrid dan mahu menjadi yang terbaik buat pasukan itu.

Sumber : mstar online

Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah

Juara bertahan Real Madrid akan bertemu dengan finalis tahun lalu Atletico Madrid di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.


Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah, info, sukan, bola sepak, Liga Juara-Juara Eropah , Piala Eropah , PSG , Bayern Munich , Monaco , Juventus , Real Madrid , Barcelona , Atletico Madrid , Porto

Dalam undian yang berlangsung pada Jumaat di Nyon, Switzerland itu, Paris Saint-Germain telah diundi untuk bertemu Barcelona manakala Porto menentang Bayern Munich dan juara Itali, Juventus menentang Monaco.

Untuk pertama kalinya dalam tempoh satu dekad, tiada pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berjaya mara ke peringkat ini dalam pertandingan bolasepak paling berprestij di dunia selain Piala Dunia.

Berdasarkan undian tersebut, jadual kesemua perlawanan di peringkat suku akhir adalah seperti berikut;

14 April - Atletico Madrid lwn Real Madrid; Juventus vs Monaco

15 April - PSG lwn Barcelona; Porto lwn Bayern Munich

21 April - Barcelona lwn PSG; Bayern Munich lwn Porto

22 April - Real Madrid lwn Atletico Madrid; Monaco lwn Juventus


Sumber : mstar online

Man United Berusaha Dapatkan Ronaldo, Bale

Manchester United dilapor berminat untuk mendapatkan dua bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang bernilai £165 juta pada akhir musim ini.


Man United Berusaha Dapatkan Ronaldo, Bale , info sukan, bola sepak, manchester united, real madrid

Berikutan itu, United kini sedang bersiap sedia untuk merealisasikan pemindahan mega itu yang menjadi usaha Louis van Gaal dalam mendapatkan pemain bertaraf bintang.

Penulis Sky Sport, Graham Hunter dipetik berkata, United kini sedang bekerja keras untuk mencapai persetujuan daripada kedua-dua pemain termasuk kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

"United berfikir mereka mempunyai peluang dan kelebihan untuk membeli Ronaldo.

"Pada pendapat saya, kita perlu tunggu dan lihat kerana Ronaldo mungkin akan bersetuju untuk pulang ke United.

"Kedua-dua kelab di Manchester (termasuk Manchester City) akan cuba melakukan perkara sama, mereka akan cuba mendapatkan Bale juga," jelasnya.

Menurut laporan Daily Express, Ronaldo dan Bale boleh dibeli oleh United dengan nilai sebanyak £165 juta.
Sumber : mstar

Liga Juara-Juara: Real Madrid Terselamat Ke Suku Akhir

Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid terselamat mara ke suku akhir dengan agregat 5-4 walaupun tewas buat pertama kali sebagai tuan rumah dalam kejohanan itu sejak April 2011.


Liga Juara-Juara: Real Madrid Terselamat Ke Suku Akhir, info sukan, bola sepak, Liga Juara Juara, real madrid, schalke
Klaas-Jan Huntelaar (kiri) bersaing dengan Alvaro Arbeloa pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pusingan 16 antara Real Madrid dan Schalke di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid. Foto AFP

Real Madrid ditundukkan oleh Schalke dalam perlawanan pusingan 16 liga dengan 3-4.

Permainan sejak minit pertama menyaksikan Real Madrid dan Schalke sama-sama agresif dalam melancarkan serangan.

Bagaimanapun, Schalke membuat kejutan dengan memulakan gol pembukaan pada minit ke-20 hasil tendangan Christian Fuchs.

Real Madrid berjaya menyamai kedudukan 1-1 selepas lima minit apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol hasil umpan daripada Toni Kroos.

Schalke kembali mengungguli perlawanan dengan 2-1 pada minit ke-41. Kali ini, giliran Klaas-Jan Huntelaar yang membolosi gawang yang dikawal Iker Casillas dengan melepaskan tendangan padu dari jarak dekat.

Namun sebelum separuh masa pertama berakhir, Real Madrid kembali memperoleh jaringan menjadikan skor berimbang 2-2 menerusi gol kedua Ronaldo.

Pada babak kedua, pasukan di bawah pimpinan Carlo Ancelotti menjadikan keadaan kepada 3-2 selepas Karim Benzema menjaringkan gol pada minit ke-52.

Bagaimanapun lima minit kemudian pasukan lawan kembali menyamakan skor kepada 3-3 selepas Leroy Sane melepaskan tendanganya tanpa sempat ditepis Casillas.

Schalke memperlihatkan perjuangan hebat dengan strategi serangan pemain. Hasilnya, pada minit ke-84 pasukan itu kembali membolosi gawang Real Madrid dengan sepakan Huntelaar pada minit ke-85.

Schalke memenangi perlawanan ke atas pasukan tuan rumah dengan 4-3.

Namun, keunggulan agregat 4-4 membuatkan Real Madrid tetap berpeluang memasuki suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber : mstar

Real Madrid Tewas Mengejut Kepada Athletic Bilbao

Real Madrid terus merekodkan prestasi hambar bagi musim 2015 apabila tewas mengejut 1-0 kepada Athletic Bilbao dalam aksi La Liga di Stadium San Mames, awal pagi Ahad.


Real Madrid Tewas Mengejut Kepada Athletic Bilbao, info sukan, bola sepak, la liga, real madrid

Pasukan tuan rumah memperoleh gol tunggalnya menerusi Aritz Aduriz pada minit ke-26 selepas mendapat hantaran lintang Mikel Rico.

Real bagaimanapun memperbaiki rentak permainan pada separuh masa kedua namun gagal memecah kebuntuan sehingga wisel penamat.

Ia adalah kemenangan bermakna buat Athletic yang merekod kemenangan pertama ke atas juara Eropah itu sejak lima tahun lalu.

Kekalahan tersebut adalah yang ketiga bagi Real dalam 11 perlawanan La Liga.
Malah ia juga membuka laluan kepada Barcelona untuk memintas pasukan itu dengan perbezaan satu mata di puncak liga sekiranya menang ke atas Rayo Vallecano pada perlawanan malam Ahad.

"Saya fikir masalah yang sedang kita hadapi kini agak jelas. Ia bukan masalah di benteng pertahanan tetapi jentera serangan.

"Kami gagal merobek pertahanan lawan sama seperti perlawanan sebelum ini. Kami hanya mampu meledak satu gol itu pun menerusi penalti daripada dua perlawanan," kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.

Athletic pula dilihat bersemangat tinggi untuk mara ke final bagi saingan Copa del Rey pada pertengahan minggu ini apabila bertemu Barcelona untuk kali ketiga dalam tempoh tujuh tahun.

Sumber : mstar.com.my

Remaja Real Madrid Pemain Paling Muda Beraksi UCL

Bintang remaja Real Madrid, Martin Odegaard bakal muncul sebagai pemain paling muda beraksi dalam saingan Liga Juara-juara Eropah jika diturunkan pada perlawanan kedua pusingan kalah mati pada Selasa depan.


Remaja Real Madrid Pemain Paling Muda Beraksi UCL, info, terkini, sukan, bola sepak, real madrid, martin Odegaard

Dalam perlawanan pada Selasa ini Real Madrid yang berbekalkan dua gol bakal menentang semula kelab dari Jerman, Schalke.

Odegaard, 16, dilapor bakal memecah rekod bekas pemain Chelsea dan Newcastle, Celestine Babayaro yang mewakili Anderlecht ketika berusia 16 tahun dan 87 hari.

Setakat ini, nama Odegaard telah disenaraikan di kalangan 25 pemain Real Madrid yang akan membantu kelab itu menentang Schalke.

Jika pemain kelahiran Norway itu diturunkan pada perlawanan berkenaan, nilainya bakal meningkat mendadak selain masa depan yang lebih baik.


Sumber : mstar.com.my

Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Juara Piala Dunia Kelab milik Real Madrid selepas menumpaskan San Lorenzo, 2-0 pada Ahad, sekali gus merangkul gelaran keempat untuk tahun ini.


Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014, info, terkini, sukan, berita, real madrid, Piala Juara Kelab Dunia

Sebelum ini, Real dinobatkan sebagai pemenang Liga Juara-Juara, Copa del Rey dan Piala Super Eropah.

Kemenangan ke atas kelab Argentina itu melengkapkan kecemerlangan Real musim ini, termasuk pencapaian sebagai pendahulu La Liga dengan satu mata mengatasi musuh ketat, Barcelona dengan kelebihan satu lagi perlawanan.

Kejayaan Real dalam perlawanan itu hasil jaringan pemain pertahanan, Sergio Ramos dan Gareth Bale, masing-masing pada minit ke-37 dan enam minit ketika perlawanan memasuki separuh masa kedua, menewasakan penjaga gol, Torrico.

Bagaimanapun, Real hampir menambah luka San Lorenzo tetapi dua lagi cubaan yang dilakukan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo tersasar dari gawang lawan.

Artikel Terdahulu : Sanggup Langgar Motosikal Sebab Rebut Pam Minyak

Sumber : mstar.com.my

Real Madrid Mara Ke Final Kelab Piala Dunia

Real Madrid memasuki final Kelab Piala Dunia selepas mencatatkan kemenangan 4-0 ketika menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada perlawanan separuh akhir di Marakkesh, Maghribi, awal pagi Rabu.


Real Madrid Mara Ke Final Kelab Piala Dunia, info sukan, bola sepak, Kelab Piala Dunia, real madrid

Misi Real Madrid untuk menutup tahun 2014 dengan gelaran juara Kelab Piala Dunia hanya tinggal selangkah sahaja lagi.

Sergio Ramos memberikan gol pembukaan pada minit ke-15 dan Karim Benzema menambahkan jaringan dalam tempoh 21 minit selepas itu.

Pada minit ke-50, Gareth Bale menyusul mencatatkan mata di papan skor.

Isco membawa kemenangan Madrid kepada empat jaringan tanpa balas pada minit ke-72 menerusi aksi tendangan kaki kanannya berjaya membolosi pintu gawang Cruz Azul.

Pada perlawanan akhir, Real Madrid akan bertemu dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua antara San Lorenzo dan kelab dari New Zealand, Auckland City.

Sumber : mstar.com.my