Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?


Khabar angin dan gosip mengaitkan kisah cinta antara selebriti terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting bersama aktor Bollywood, Shaheer Sheikh bukan lagi suatu yang asing. Sebelum ini pun sudah ramai yang beranggapan mereka berdua, malah peminat-peminat juga sering mengatakan mereka ini sangat secocok bersama.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting

Walaupun sering mengelak daripada memberitahu kisah sebenar disebalik gosip hubungan mereka berdua, kini mereka seolah-olah lebih terbuka dengan berkongsi gambar mesra di laman sosial Instagram.

Perbuatan memuat naik gambar mesra di Instagram sekaligus menjawab persoalan dan teka-teki peminat serta pengikut laman sosial mereka bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting

Apabila ditanya perihal ini, Ayu tidak memberi jawapan yang boleh mengukuhkan lagi persoalan ramai namun ia seolah-olah tersirat dan penuh makna.

    “Setakat ini saya sama dia (Shaheer) baik. Dia orang yang baik sama saya. Kita saling support, saling perhatian satu sama lain. Mengenal jauh lebih dalam lagi,” ujarnya.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting


Ayu hanya melemparkan senyuman manis dan meminta agar didoakan yang terbaik untuk dirinya dan Shaheer Sheikh apabila diminta mengulas tentang hubungan dan gambar mesra yang dimuat naik.

    “Doakan sahaja yang terbaik,” kata ibu anak satu ini dengan ringkas sambil tersenyum.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting

Mungkin masing-masing belum bersedia untuk memberitahu hal yang sebenar. Kalau benar mereka bercinta, kami ucapkan tahniah dan semoga akan disatukan menjadi sebuah keluarga.


Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: