Memaparkan catatan dengan label artis indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis indonesia. Papar semua catatan

Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi

Berita mengenai Marshanda yang membuka hijab selepas dilaporkan bercerai dengan bekas suaminya iaitu Ben Kasyafani benar-benar menggemparkan industri hiburan.


Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi, info, terkini, hiburan, sensasi, peelakon sinetron, artis indonesia

Sudahlah dilihat membuka hijab, selepas itu pula pelakon dan penyanyi dari Indonesia Marshanda Dikecam Teruk! selepas memuat sekeping foto memaparkan dirinya sedang melakukan yoga dengan seorang jurulatih lelaki sekaligus menghangatkan lagi kontroversi yang melanda dirinya.


Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi, info, terkini, hiburan, sensasi, peelakon sinetron, artis indonesia

Terkini menerusi laman instagram milik Marshanda, beliau telah memuat naik beberapa keping foto menunjukkan fesyen terbaru rambutnya. Selain mendapat pujian daripada peminat tentang gaya rambutnya itu namun tidak kurang juga yang mengkritik dan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Marshanda.

Gaya Rambut Baru Marshanda Cetus Kontroversi, info, terkini, hiburan, sensasi, peelakon sinetron, artis indonesia

Rasa amat terkilan dengan tindakan Marshanda yang membuka hijab kembali selepas bertudung. Apa yang boleh digambarkan tindakannya itu persis seolah-olah mempersendakan Agama! Apapun penulis mendoakan semoga Marshanda kekal istiqamah selepas ini sekiranya ingin kembali bertudung. Doakan yang baik-baik aje okey?

Artikel Terdahulu : Farid Kamil Pendam Cinta Pada Nur Fazura


Sumber : gosipmalaysia

Kekasih Baru Julia Perez

Hubungan Julia Perez dengan seorang pegawai keselamatan bernama Muchlis dilaporkan kini semakin intim.

Walaupun hubungan mereka masih diperingkat awal hanya sebagai teman namun Julia Perez akui dia selesa berada disamping lelaki yang digelar sebagai ‘Mumu’ itu.

Julia Perez bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya soal jodoh kepada Tuhan. Menurutnya Julia Perez, beliau tidak menolak takdir andai dijodohkan dengan Mumu.

Kehadiran Mumu dalam hidup Julia Perez nyata telah merubah hidup Julia yang mulai melupakan bekas kekasihnya. Terdahulu Julia Perez pernah menjalin hubungan cinta bersama seorang pemain bola sepak yang berasal dari Argentina.

Julia ketika ditanya mengenai sejauh mana hubungan dia dan Mumu bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut sebaliknya memaklumkan mereka kini masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.


Kekasih Baru Julia Perez, info, terkini, hiburan, artis indonesia, Jupe, Julia Perez

Kekasih Baru Julia Perez, info, terkini, hiburan, artis indonesia, Jupe, Julia Perez

Sumber : gosipmalaysia

Julia Perez langgar janji?

Baharu beberapa bulan sahaja berlalu, selebriti kontroversi, Julia Perez sudah melupakan janjinya untuk tampil lebih sopan.


Julia Perez langgar janji?, info, sensasi, hiburan, artis indonesia, Julai Perez, Jupe

Hal ini dapat dilihat apabila penyanyi dangdut itu tampil dengan imej menjolok mata menerusi foto yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya ketika menghadiri sebuah majlis hiburan.

Penampilan itu bukan sahaja menjadi perhatian, malah ada di kalangan peminatnya mempertikaikan janjinya.

Selain komen-komen negatif yang diberikan, ada juga segelintir peminat yang memuji kecantikannya mengenakan imej tersebut.


Sumber : Sinarharian

Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?

Khabar angin dan gosip mengaitkan kisah cinta antara selebriti terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting bersama aktor Bollywood, Shaheer Sheikh bukan lagi suatu yang asing. Sebelum ini pun sudah ramai yang beranggapan mereka berdua, malah peminat-peminat juga sering mengatakan mereka ini sangat secocok bersama.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting

Walaupun sering mengelak daripada memberitahu kisah sebenar disebalik gosip hubungan mereka berdua, kini mereka seolah-olah lebih terbuka dengan berkongsi gambar mesra di laman sosial Instagram.

Perbuatan memuat naik gambar mesra di Instagram sekaligus menjawab persoalan dan teka-teki peminat serta pengikut laman sosial mereka bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting

Apabila ditanya perihal ini, Ayu tidak memberi jawapan yang boleh mengukuhkan lagi persoalan ramai namun ia seolah-olah tersirat dan penuh makna.

    “Setakat ini saya sama dia (Shaheer) baik. Dia orang yang baik sama saya. Kita saling support, saling perhatian satu sama lain. Mengenal jauh lebih dalam lagi,” ujarnya.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting


Ayu hanya melemparkan senyuman manis dan meminta agar didoakan yang terbaik untuk dirinya dan Shaheer Sheikh apabila diminta mengulas tentang hubungan dan gambar mesra yang dimuat naik.

    “Doakan sahaja yang terbaik,” kata ibu anak satu ini dengan ringkas sambil tersenyum.


Ayu Ting Ting Dan Shaheer Sheikh Bercinta?, info, terkini, hiburan, artis indonesia, ayu ting ting

Mungkin masing-masing belum bersedia untuk memberitahu hal yang sebenar. Kalau benar mereka bercinta, kami ucapkan tahniah dan semoga akan disatukan menjadi sebuah keluarga.


Sumber : gosipmalaysia

Video Menarik Syahrini Bercuti Di Korea

Gaya hidup penyanyi dan pelakon jelita Indonesia, Syahrini sememangnya sangat menarik dan mewah. Pasti ramai yang cemburu dengan kekayaan dan cara hidupnya yang dipenuhi kasih sayang. Hubungannya bersama ibunya sangat akrab dan ternyata Syahrini sangat menyayangi ibunya. Percutian menarik Syahrini di Korea bersama keluarganya pasti membuatkan peminat yang lain teruja untuk kesana juga.

Video Menarik Syahrini Bercuti Di Korea, info, hiburan, sensasi, artis indonesia, Syahrini

Syahrini dan keluarga dikatakan terbang ke Korea bersama kapal terbang peribadinya. Oh ya! kisah ‘3 Gambar Mesra 2 Sahabat, Syahrini Dan Paris Hilton‘ sebelum ini sangat menarik untuk di terjah. Ayuh ke Korea!




Sumber : gosipmalaysia

Dian Sastro Wardoyo Tiru Nabi Dalam Mendidik Anak

Dian Sastro Wardoyo yang merupakan tonggak utama filem Ada Apa Dengan Cinta satu ketika dahulu mengakui bahawa dia inginkan anak-anaknya menjadi insan berguna. Berdiri di atas kesedaran tersebut, dia berusaha menerapkan ajaran Nabi Muhammad dalam mendidik kedua buah hatinya.


Dian Sastro Wardoyo Tiru Nabi Dalam Mendidik Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, hiburan dari seberang

“Saya sedikit mengambil cara mendidikdari Rasulullah. Tapi nggak terlalu detail dan sama persis apa yang dilakukan Rasullulah,” kata Dian Sastro yang meletakkan pendidikan agama untuk anak-anak sangatlah penting dan juga merasa wajib mengajarkan ilmu agama kepada anak-anak, walaupun hanya sedikit.

Malah, pelakon ini juga mengambil langkah untuk turut sama mengajarkan pembantu rumahnya surah-surah pendek di dalam Al-Quran supaya ketika dia tiada di rumah, pembantu itu dapat menyampaikan ajaran tersebut kepada anak-anaknya.

“Doa-doa pendek suka saya bacakan ke anak. Asisten anak-anak saya juga saya imbau untuk mengajarkan bacaan surat pendek. Jika saya tidak berada di rumah, maka para asisten rumah tangga akan mengajarkan ilmu agama kepada anak-anak saya,” ujar pemilik nama lengkap Dian Paramita Sastrowardoyo itu.

Dian telah berkahwin dengan suaminya, Indraguna Sutowo pada 2010 dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo (anak lelaki) dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo (anak perempuan).


Sumber : rotikaya

Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!

Ketika ini, Marshanda merupakan salah seorang artis yang sering menjadi perhatian media mahupun masyarakat umum. Ia disebabkan kes-kes kontroversi yang terjadi pada bintang sinetron Bidadari itu sepanjang 2014.


Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Artis indonesia

Sejak itu (kontroversi), Marshanda atau lebih dikenali sebagai Caca ini mula kehilangan peminatnya. Keputusan Marshanda untuk menanggalkan tudung selepas bercerai dengan Ben Kasyafani menjadi salah satu sebab dirinya tidak disukai peminat dan disebabkan itu Peminat Gelar Marshanda Munafik!

Lebih parah, setiap kali Marshanda memuat naik gambar di laman Instagramnya, dia akan dikecam teruk oleh golongan haters (pembenci).


Terbaharu, Marshanda dikecam teruk apabila memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya sedang melakukan yoga dengan seorang jurulatih lelaki. Gambar itu juga menunjukkan Marshanda mengenakan baju yang  tidak berlengan dan sedikit terdedah.


Tidak menghiraukan kritikan yang diterima, Marshanda memuat naik sekeping lagi gambar dirinya sedang melakukan yoga.

Pelakon Marshanda Dikecam Teruk!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Artis indonesia

Selepas memuat naik gambar kedua itu, haters berlumba-lumba menulis komen yang tidak menyukai perbuatannya itu. Salah satu komennya berbunyi: ‘“Aduh dahulu ditutup-tutup, sekarang dibuka-buka. Kasihan’.

Semoga Marshanda kekal istiqamah selepas ini sekiranya ingin kembali bertudung.


Sumber : gosipmalaysia

8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi

Siapa tak kenal nama Penyanyi ini Cita Citata dan tentu sudah tidak asing lagi di corong-corong radio dan telinga penggemar musik Malaysia dan Indonesia khususnya muzik dangdut.


8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

Penyanyi Cita Citata banyak dikenali orang karena menyanyikan lagu 'Sakitnya Tuh Disini' yang... Memang meletup lagu ini kerana penyanyinya begitu cantik jelita yang sedang booming akhir-akhir ini. 


8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

Dengan lagu yang dibawakannya ditambah wajah cantik, kulit mulus dan body mungilnya membuat nama penyanyi yang satu ini cepat dikenali.


8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

8 Gambar Penyanyi Asal 'Sakitnya Tuh Disini' Semakin Brave Tampil Seksi, info, terkini, hiburan, sensasi, artis indonesia, CIta citata

Sumber : muraiii