Aiman Hakim Bakal Nikahi Fathia Latiff


Kisah percintaaan antara pelakon Aiman Hakim Redza dan Fathia Latiff sudah diketahui umum. Malah perpisahan sementara gara-gara perselisihan faham turut mendapat perhatian media. Namun selepas itu hubungan mereka kembali intim. Jadi, kalau dah jodoh memang tidak akan ke mana. Tak gitu?


Aiman Hakim Bakal Nikahi Fathia Latiff, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Nur Fathia, Aiman Hakim

Penulis melihat Aiman Hakim sebagai seorang yang penyayang. Memang tidak pelik sekiranya demi ‘Elak Cemburu, Aiman Hakim Tak Tonton Lakonan Fathia‘. Nampak sangat yang Aiman Hakim terlalu cintakan kekasihnya Fathia Latiff.

Kenyataan baru-baru ini, Aiman Hakim dikatakan bakal menamatkan zaman bujang setelah diajukan soalan oleh pihak media berhubung perancangan hubungannya bersama Fathia Latiff tersangat lah sweet tau!


    “Insya-Allah, kami merancang untuk ke fasa seterusnya tidak lama lagi. Kami akan mulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri.

    “Bagaimanapun, saya masih belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Jadi, saya serahkan semuanya pada takdir Allah,”

Elok lah berfikiran sedemikian, tak elok bercinta lama-lama takut pula jadi fitnah orang ramai. Aiman Hakim dan Fathia Latiff telah pun 2 tahun menyulam cinta, memang wajar mereka membuat perancangan tentang masa depan mereka sekurangnya nampak juga hala tuju hubungan pasangan ini.


Aiman Hakim Bakal Nikahi Fathia Latiff, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Nur Fathia, Aiman Hakim

Menurut Aiman Hakim Redza :

    “Satu perkara yang paling saya suka mengenai Fathia ialah dia tidak pernah meniru cara orang lain dalam segala hal dan sentiasa berfikiran terbuka.”

    “Terus terang, kami tidak mempunyai banyak persamaan tetapi perbezaan yang ada dalam dirinya membuatkan saya mahu mengenalinya dengan lebih dekat.

    “Selain itu, kami saling bantu-membantu dan dialah tempat saya mengadu cerita suka dan duka,”


Aiman Hakim Bakal Nikahi Fathia Latiff, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Nur Fathia, Aiman Hakim

Penulis berharap hubungan cinta mereka berakhir dengan ikatan yang sah. Kalau dua-dua dah bersedia cepat-cepat lah kahwin. Peminat pun dah tak sabar menantikan mereka bersanding di atas pelamin.


Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: