Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange


Tiga pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia akan bergandingan dalam filem terbaru arahan Dain Said, Interchange.

Pelakon filem Indonesia yang mencipta nama menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta, Nicholas Saputra bakal memegang peranan sebagai Belian dan pelakon popular Malaysia, Shaheizy Sam berperanan sebagai Detektif Man.


Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy Sam, Filem Intercharge

Pelakon yang popular menerusi filem Terbaik Dari Langit (Nova) iaitu Iedil Putra memegang peranan utama sebagai Adam.

Selain Nicholas, filem itu juga dikatakan bakal dibintangi pelakon popular Indonesia Prisia Nasution, pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFI menerusi filem Sang Penari.

Filem itu turut dibintangi oleh Nadiya Nisa', Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Junad M.Nor.

Pengarah Dain Said sebelum ini dikenali menerusi filem Dukun yang dihalang tayangannya di Malaysia dan Bunohan yang diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25.

Selain Filem Terbaik, filem Bunohan turut memenangi kategori Pengarah Terbaik untuk Dain, Pelakon Lelaki Terbaik (Faizal Hussein), Lakonlayar Terbaik, Cerita Terbaik, Muzik Asal Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.

Filem itu juga memenangi gelaran Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2012.

Dianggarkan kos penerbitan filem Interchange bernilai lebih RM3 juta yang dilaburkan oleh Sonneratia Capital, Seeing Eye Films dan MDEC.

Lakon layar Interchange ditulis oleh Dain Said, June Tan, Nandita Solomon dan Redza Minhat.
Interchange mengisahkan Adam, seorang jurufoto forensik yang kerjayanya setiap hari adalah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa kameranya.

Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.

Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva yang merupakan jiran barunya.

Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta.

Iva mendedahkan yang dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun.

Sedekad yang lalu, seorang etnografi dari Eropah telah mengambil gambar suku kaumnya sehingga telah memerangkap jiwa mereka ke dalam plat kaca negatif.


Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange, info, terkini, hiburan, sensasi, Shaheizy Sam, Filem Intercharge

Sejak hari itu, Iva telah mengembara ke seluruh Asia untuk berusaha mengembalikan jiwanya supaya dia boleh mati dengan tenang. Belian, semangat suku kaumnya merupa bentuk sebagai manusia untuk memastikan dia tidak menyeleweng daripada tugasnya.

Adam mahu membantu Iva mencapai usahanya untuk mati dengan tenang.

Untuk berbuat demikian, Adam perlu melangkah ke dalam dunia Iva yang penuh dengan pembunuhan, keghairahan  dan ilmu hitam.

Filem itu kini sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan dijangka selesai penggambaran pada penghujung April depan.

Dijangka Interchange bakal ditayangkan kepada umum pada tahun depan.


Sumber : astroawani

Filled Under: