Pungutan Filem "Cicakman 3" Setelah 10 Hari Di Pawagam


Filem komedi adiwira tempatan "Cicakman 3" yang mula ditayangkan pada 12 Mac lalu telah berjaya mengutip RM2.5 juta selepas 10 hari tayangannya.


Pungutan Filem "Cicakman 3" Setelah 10 Hari Di Pawagam, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, filem cicakman 3

Menurut Penerbit Eksekutif Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, dengan jumlah kutipan itu membuktikan bahawa penonton tempatan masih lagi memberi sokongan kepada filem tempatan.

"Kami sangat gembira sebab kutipan filem ini menunjukkan peningkatan pada minggu kedua. Dengan situasi kutipan filem tempatan yang merudum sebelum ini tapi pada tahun ini seperti ada perkembangan positif pada filem tempatan.

"Kita sedia maklum "Cicakman 3" perlu bersaing dengan "Chappie" dan "Cinderella" tapi Alhamdulillah ada sambutan yang menggalakkan daripada penonton. Ia satu rekod yang membanggakan setakat ini," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Filem ketiga "Cicakman" ini menyaksikan pengarah dua buah filem "Cicakman" sebelum ini Yusry Abdul Halim bergandingan dengan pengarah Ghaz Abu Bakar untuk menghasilkan karya ketiga ini.

Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Lisa Surihani, Bell Ngasri, Fizz Fairuz dan ramai lagi ini menelan belanja sebanyak RM3.5 juta.

Adakah "Cicakman 3" mampu menandingi kutipan filem "Cicakman" (2006) RM6.7 juta dan "Cicakman 2: Planet Hitam" (2008) dengan kutipan RM2.85 juta? Sama-sama kita tunggu!


Sumber : tupai

Filled Under: