Pijak De Gea: FA Hukum Martin Skrtel


Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel dihukum pihak Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) atas perlakuan kasarnya memijak penjaga gol, David De Gea semasa kekalahan 2-1 kepada Manchester United.


Pijak De Gea: FA Hukum Martin Skrtel, info suakn, bola sepak, liga perdana inggeris, David de gea, martin skrtel

Pemain kelahiran Slovakia itu mengejar bola dalam kawasan gol United pada saat akhir sebelum perlawanan tamat dan bertindak memijak De Gea apabila penjaga gol itu menangkap bola tersebut.

Pengadil Martin Atkinson tidak mengambil tindakan atas kekasaran tersebut, sebaliknya menamatkan perlawanan tetapi pihak FA telah memeriksa semula insiden itu dan mengambil tindakan terhadap Skrtel.

Ia merupakan kekasaran yang sama dilakukan oleh kapten Liverpool, Steven Gerrard yang dilayangkan kad merah selepas memijak pemain tengah United, Ander Herrera.

Jika panel penilai FA mendapati Skrtel bersalah, pemain itu akan terlepas sekurang-kurangnya tiga perlawanan penting, termasuk jika rayuan yang dikemukakan pasukannya ditolak.

The Reds akan menentang Arsenal dan bertemu semula Blackburn dalam perlawanan ulangan suku akhir Piala FA.

Pasukan kendalian Brendan Rodgers itu kini berada lima mata di belakang United dalam cabaran untuk menduduki empat tempat teratas dan perlawanan menentang Arsenal penting untuk menghidupkan peluang bagi mendapat tempat di Liga Juara Juara musim depan.

Sumber : mstar online

Filled Under: