Pelakon Perasan 'Diva' Bukan Pilihan Aziz M Osman


Penerbit dan pengarah filem, Aziz M. Osman  bersikap selektif dalam pemilihan barisan pelakon dalam projeknya kerana enggan bekerjasama dengan artis yang mempunyai sindrom 'primadona'.


Pelakon Perasan 'Diva' Bukan Pilihan Aziz M Osman, info, terkini,hiburan, sensasi,

Aziz, 52, berkata, dia lebih memilih pelakon yang tidak popular tetapi hebat dalam lakonan kerana mereka lebih mudah memberi komitmen ketika berada di set penggambaran.

"Jujurnya saya tidak suka mengarah pelakon yang menganggap diri mereka 'primadona' ataupun 'diva' kerana kebanyakan sikap pelakon ini kadang-kala sukar dijangka selain komitmen yang kurang kerana kesibukan mereka terhadap pelbagai perkara berbeza.

"Sebelum ini saya pernah berkerja dengan artis 'diva' tetapi saya mendapati saya ada kesukaran berhadapan dengan individu seperti itu selain bayaran dikenakan terlalu tinggi berbanding yang kurang popular," katanya kepada mStar Online.

Aziz berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Jengka yang diadakan di Cathay Cineplex, di sini, malam Rabu lalu.

Filem yang dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Afida Es, Raja Azrey, Eyka Farhana, Jobot dan Sahiddin itu  ditayangkan di pawagam bermula 26 Mac.

Dalam pada itu , Aziz berkata, disebabkan itu juga dia memilih artis tidak popular dalam filem terbaharu arahannya dan gembira dengan hasil lakonan dan komitmen diberikan ketika berada di set penggambaran.

Bagaimanapun kata Aziz, dia sedar risiko yang perlu dihadapinya apabila membuat keputusan itu namun yakin barisan pelakon ditampilkan masih dapat membawa penonton ke pawagam.

"Ini merupakan risiko yang perlu saya ambil kerana sebagai seorang pengarah saya harus berani untuk menanggung kerugian dalam sesebuah filem yang diterbitkan.

"Saya menggunakan duit sendiri dalam penghasilan filem ini dan jika mendapat keuntungan, Alhamdulliah dan kalau rugi sekurang-kurangnya saya menggunakan wang sendiri," ujarnya.

Jengka diarahkan Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman  berkonsepkan filem ‘paranormal’.

Ia menceritakan tentang Nini yang sarat mengandung meminta suaminya, Basir menghantar dia pulang ke kampungnya di Jengka, Pahang untuk melahirkan anak.


Sumber : mstar online

Filled Under: