"Gosip Saya Bertunang Berita Palsu" - Shahrol (Shiro)


Pelawak dan penyampai radio Era FM, Shahrol (Shiro) menjelaskan gosip kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan dengan pengurus peribadinya beberapa bulan lalu berita paslu.


"Gosip Saya Bertunang Berita Palsu" - Shahrol (Shiro), info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sharol shiro,

Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 31, berkata, dia tidak mempunyai sebarang ikatan dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya.

"Gosip kononnya saya sudah bertunang bukan baharu tetapi sudah bertebaran sejak tiga empat bulan yang lalu dan apa yang boleh saya katakan ia tidak benar.

"Tidak ada apa yang ingin saya sorokkan mengenai perkara itu atau cuba mengelak daripada menjawab mengenainya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shahrol berkata, cerita berkenaan timbul mungkin disebabkan ada pihak salah faham kerana pertunangan adiknya beberapa bulan lalu disangka sebagai majlisnya.

"Gosip Saya Bertunang Berita Palsu" - Shahrol (Shiro), info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sharol shiro,

"Barangkali orang salah sangka kerana mereka ingat saya yang bertunang tetapi sebenarnya adik saya dan itu mungkin menjadi punca kepada gosip berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Shahrol berkata, sebagai seorang lelaki dia sering memikirkan soal perkahwinan namun dia sedar perkara itu tidak boleh dirancang.

Katanya lagi, pada usia sekarang dia juga bimbang kerana belum bertemu jodoh namun meletakkan perkara itu kepada ketentuan Illahi.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi soal jodoh ini bukan boleh dipaksa-paksa.

"Apa yang boleh saya katakan saya masih solo dan kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya sahaja," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shahrol berkata, dia kini aktif menghasilkan video tentang kehidupan dan masyarakat di kampungnya di Kluang, Johor untuk dikongsikan kepada penonton dan menggunakan hastag #akubudakkluang.

Malah kata Shahrol, menerusi video berkenaan dia juga banyak memaparkan tentang pendapat dan idea daripada penduduk di kampungnya tentang pelbagai topik dan ia disiarkan menerusi YouTube.


Sumber : mstar online

Filled Under: