Nurul Izzah Anwar dilaporkan menangis


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilaporkan menangis ketika mahu dibawa ke lokap Jinjang oleh pihak polis.


Nurul Izzah Anwar dilaporkan menangis, info, terkini, berita, sensasi,

Laman Facebook Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, Nurul Izzah turut menangis ketika dibenarkan bertemu dengan anak-anaknya sebelum dibawa ke lokap Jinjang.

“Nurul Izzah sempat bertemu anak-anak sebelum beliau dibawa ke lokap Jinjang.

“Beliau akan ditahan satu malam dan polis akan cuba memanjangkan tahanan reman esok,” lapor laman Facebook berkenaan.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, ditahan bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Beliau ditahan pada pukul 3.30 petang berikutan ucapan Ketua Pembangkang yang beliau bacakan di Parlimen baru-baru ini, didapati menghina sistem kehakiman negara.

Sumber : mynewshub

Filled Under: