Mejar Zaidi Dapat Sumbangan Hampir 40K Dari Bersih 2.0


Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja pada Januari lalu kerana melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera menerima sumbangan sebanyak RM38,209.41.


Mejar Zaidi Dapat Sumbangan Hampir 40K Dari Bersih 2.0, info, terkini, berita, sensasi, Mejar Zaidi

Pertubuhan propembangkang, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan media memberitahu, sumbangan itu diperoleh daripada orang ramai yang bersimpati dengan Zaidi.

“Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyerahkan cek berjumlah RM38,209.41 yang disumbangkan oleh orang ramai minggu lepas.

“Bersih 2.0 telah melancarkan kempen pengutipan dana untuk Zaidi yang dipecat daripada jawatannya pada 12 Januari 2015 lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Zaidi dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Mahkamah Tentera menilai secara keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan dengan mengambil kira penilaian maksimum dan mahkamah mendapati dengan hanya mendiamkan diri (di peringkat pembelaan) sudah cukup mensabitkan tertuduh bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Sumber : mynewshub

Filled Under: