Lee Min Ho & Suzy Miss A Sah Bercinta


Berita sedih untuk peminat dunia Kpop terutamanya mereka yang menaruh hati kepada Lee Min Ho dan Suzy dari kumpulan Miss A. Mereka berdua telah disahkan sedang bercinta selepas gambar kedua-duanya ber’dating’ di London tersebar. Syarikat pengurusan Lee Min Ho dan Suzy iaitu JYP Entertainment dan Star House Entertainment telah tampil membuat kenyataan mengesahkan percintaan ini. Sila menangis beramai-ramai.


Lee Min Ho & Suzy Miss A Sah Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip artis korea, Lee Min Ho, Suzy Miss A

Untuk makluman, percintaan Lee Min Ho dan Suzy baru sahaja mencecah usia 1 bulan. Kira baru sahaja bermulalah. Lee Min Ho didapati telah terbang dari Paris selepas selesai sesi penggambaran untuk bertemu dengan Suzy di London. Kedua-duanya telah dirakamkan bertemu di London dan menghabiskan masa bersama-sama selama 3 hari.


Lee Min Ho & Suzy Miss A Sah Bercinta, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip artis korea, Lee Min Ho, Suzy Miss A

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Memang sama cantik dan sama padan. Semoga percintaan ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah!!!

Sumber : beautifulnara

Filled Under: