Kumpulan K-pop GOT7 Pakai Sarung Tangan Salam Peminat Muslim


Buat julung kalinya, kehadiran kumpulan K-pop, GOT7 telah mengandakan 'fa meeting' bersama peminat di negara ini. Seramai hampir  1,000 memenuhi segenap ruang di KL Live Centre, bagi melihat kumpulan kesayangan mereka secara dekat.
 

Kumpulan K-pop GOT7 Pakai Sarung Tangan Salam Peminat Muslim, info, terkini, hiburan, sensasi, kumpulan K-Pop, Artis korea

Memetik laporan Sinar Harian, selain mendapat sambutan hangat, sesi bertemu peminat GOT7 yang menggelari diri mereka sebagai iGot7 ini turut berjalan lancar apabila pihak penganjur dilihat berhati-hati bagi menggelakkan sebarang kontroversi.

Tiada sebarang permainan atas pentas penuh intim dengan peminat termasuk adegan peluk cium mahupun perlakuan menjengkelkan oleh peminat fanatik.

Malah kumpulan ini turut memakai sarung tangan ketika sesi 'high-five' bersama peminat bertuah, sebagai menjaga adab dan mengelakkan bersentuhan dengan peminat terutama di kalangan peminat Islam.

Sebelum itu, GOT7 memulakan persembahan dengan single terbaharu mereka Stop Stop It menonjolkan semangat anak-anak muda ini menerusi koreografi-koreografi yang menarik.

Sering kali dibandingkan dengan senior mereka iaitu 2PM kerana pendekatan kedua-dua kumpulan ini adalah sama kerana mempertaruhkan aksi-aksi stunt dalam setiap persembahan membuatkan GOT7 mahu membuktikan kelainan yang ada pada mereka.

Selain itu, GOT7 menarik perhatian peminat apabila diminta menarikan tarian tradisional negeri Johor iaitu Zapin memperlihatkan keterbukaan setiap ahli kumpulan ini untuk mengetahui lebih mendalam adat dan budaya masyarakat di Malaysia.


Sumber : mediahiburan.karangkraf 

Filled Under: