Khairy Jamaluddin arah filem pendek "Teguh"


Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2015, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bakal tampil dengan filem pendek arahannya "Teguh".


Khairy Jamaluddin arah filem pendek "Teguh", info, terkini, berita, khairy jamaluddin

Dipetik dari Berita Harian, sebanyak 18 buah filem pendek akan dihimpunkan dalam filem "Ikal Mayang 2015" yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis.

Filem pendek arahan Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ akan memaparkan bagaimana semangat dan kesungguhan seorang ahli sukan untuk berjaya dalam bidang berkenaan.
Khairy Jamaluddin arah filem pendek "Teguh", info, terkini, berita, khairy jamaluddin

"Teguh" mengisahkan tentang seorang pemain squasy berusaha memulihkan semula selepas mengalami kemalangan menyebabkan kecederaan serius pada kakinya.

Pemain squasy itu kemudian bertemu dengan seorang atlet paralimpik yang memberinya semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang berkenaan.

Selain KJ, pereka fesyen Wan Doyok, Vince Chong, Lisa Surihani dan ramai lagi turut akan memaparkan karya masing-masing yang akan ditayangkan di pusat membeli-belah Quill City Mall Kuala Lumpur pada 8 Mac ini.

Sumber : tupai.com.my

Filled Under: