Jenazah Harun Salim Bachik selamat disemadikan


Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah, Gombak pukul 11.20 pagi tadi.


Jenazah Harun Salim Bachik selamat disemadikan, info, terkini, hiburan, sensasi, berita,

Turut berada di tanah perkuburan ialah isteri dan anak Allahyarham.

Antara rakan selebriti yang hadir termasuk Afdlin Shauki, Hans Issac, Den Wahab, Imuda dan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Pelakon komedi terkenal yang juga bekas Presiden SENIMAN itu meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak pukul 4.20 petang semalam.

Ketika itu bekas Presiden Seniman ini dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.

Allahyarham turut dikenali menerusi program bersiri Oh My English yang disiarkan di Astro CERIA.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir.

Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, Apa Kata Hati, KIL dan Lelaki Harapan Dunia.

Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Allahyarham Salim Bachik.


Sumber : astroawani.com

Filled Under: