Elfira Tampil Berhijab Di Majlis Hari Jadi Ke-21


Pelakon comel Elfira Loy kini sudah mengikut jejak Rozita Che Wan yang sudah berhijab sepenuhnya?

Menerusi laman Instagram, Elfira yang mencecah usia 21 tahun pada hari ini, dilihat memuatnaik gambar-gambarnya mengenakan tudung ketika majlis sambutan ulang tahun diadakan.

Elfira Tampil Berhijab Di Majlis Hari Jadi Ke-21, info, terkini, hiburan, sensasi, elfira loy
Baim Wong, pelakon Indonesia yang pernah digosipkan bercinta dengan Elfira Loy turut menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-21nya.
Manis sekali rupa Elfira yang kelihatan amat gembira, menyambut majlis ulang tahunnya itu bersama teman-teman rapat.

Ramai rakan-rakan artis dilihat turut hadir di majlis tersebut antaranya Zoey Rahman, Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Michael Ang, Jihan Muse dan ramai lagi.

Ehem… Baik Wong pun ada nampaknya! Gigih sangat sampai sanggup terbang dari Indonesia ke Malaysia demi Elfira ya?

Memang nampak meriah sekali sambutan diberikan buat Elfira yang yang kini sudah berusia 21 tahun.

Kami turut mendoakan semoga seiring dengan peningkatan usia, Elfira akan dirahmati, diberkati dan sentiasa maju dalam kerjaya.

Jom tengok gambar-gambar sekitar sambutan ulang tahunnya ini yang dikongsikan Elfira di Instagramnya.


Elfira Tampil Berhijab Di Majlis Hari Jadi Ke-21, info, terkini, hiburan, sensasi, elfira loy

Elfira Tampil Berhijab Di Majlis Hari Jadi Ke-21, info, terkini, hiburan, sensasi, elfira loy

Elfira Tampil Berhijab Di Majlis Hari Jadi Ke-21, info, terkini, hiburan, sensasi, elfira loy

Elfira Tampil Berhijab Di Majlis Hari Jadi Ke-21, info, terkini, hiburan, sensasi, elfira loy


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: