Bella Dally Belum Sedia Dedah Status Dengan Nazim Othman


Sebelum ini, pasangan ini dikatakan hangat bercinta, namun, sejak pertengahan tahun lalu, dakwaan menyatakan, bahawa hubungan mereka dikatakan goyah.


Bella Dally Belum Sedia Dedah Status Dengan Nazim Othman, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, bella dally, nazim othman

Enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka, Bella memberitahu, dia masih lagi mengambil berat mengenai keadaan Nazim Othman yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

“Saya masih rapat dengan Nazim. Saya masih sokong Nazim sepenuhnya. Menganai keadaan dia sekarang ini, saya tidak berhak untuk bercakap bagi pihak dia. Kalau dia dah bersedia, dia sendiri akan cakap. Tetapi keadaan dia sekarang memang ok.


“Walaupun selepas dia menjalani pembedahan, saya dan dia saling berhubung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaannya,” ujar Bella yang ditemui di majlis pertunjukan koleksi terkini Galeri Ariani semalam sambil memberitahu dia masih tidak bersedia untuk mendedahkan kepada umum mengenai status hubungan mereka berdua.

“Saya belum bersedia untuk memberitahu tentang status hubungan kami kepada umum. Tapi bila sampai masa, saya akan beritahu juga. Sebab saya tak nak cakap banyak juga, tapi dari mula sampai sekarang saya masih sokong dia.

“Kita tak tahu lagi siapa jodoh kita, kalau kita beritahu kepada umum dan kemudian tak jadi, malu nanti, jadi lebih baik untuk tidak memberitahu apa-apa,” katanya.


Sumber : rotikaya

Filled Under: