Bakat istimewa Nur Amirah


Baru berusia 12 tahun, tetapi melihat Nur Amirah Syahira Azizul Abidin bermain dram memang mengagumkan.


Bakat istimewa Nur Amirah, info, terkini, hiburan, sensasi, berita

Gaya permainannya tidak jauh beza dengan pemain dram profesional.

Apa yang menarik, dia juga mampu bermain pelbagai genre lagu. Daripada lagu Hindi Dil To Pagal Hai hingga lagu heavy metal Enter Sandman nyanyian Metallica.

Nur Amirah ketika ditemui berkata, dia mengimpikan mahu menjadi pemain dram terkenal dunia satu hari nanti.


Bakat istimewa Nur Amirah, info, terkini, hiburan, sensasi, berita

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Permai Indah, Bukit Minyak di Seberang Perai, Pulau Pinang ini juga popular di alam siber.

Dalam saluran YouTube miliknya, lebih 60 klip video dia bermain dram pelbagai lagu yang dimuat naik. Setiap klip video itu sudah ditonton lebih 30,000 pelayar Internet dari seluruh dunia.

“Saya mula bermain dram sejak berusia lapan tahun. Saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa, sanak-saudara, guru dan rakan-rakan,” katanya yang mendapat bimbingan pemain dram Lefthanded, Man Dayak.

Nur Amirah juga menganggotai kumpulan DMP Musician bersama empat lagi anggota.

“Walaupun saya anggota termuda dan satu-satunya perempuan, tetapi sokongan dan dorongan yang diberi mereka seperti ahli keluarga sendiri,” katanya.

Mereka turut menerima banyak jemputan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Paling membanggakan ialah penyertaan mereka dalam Battle Of The Bands di Juru, Pulau Pinang dan Sentuhan Ikon terbitan RTM bersama kumpulan Dealova.

Selain itu, Nur Amirah turut menyertai Pasport To Fame serta membuat persembahan di Pesta Pulau Pinang sejak 2012.

Melihat minat mendalam Nur Amirah sebagai pemain dram, bapanya Azizul Abidin Mohd Fadzil, 38, dan ibu Asma Zainol, 36, menghadiahkan set dram kepadanya tahun lalu.

“Saya seronok apabila menonton semula klip video berkenaan apabila ia dimuat naik di YouTube,” katanya yang mengagumi pemain dram wanita seperti Hannah Ford dan Meytal Cohen.
 
Sumber : hmetro.com.my

Filled Under: