Sukarelawan Palestin ‘Kacak’ Bantu Mangsa Banjir Jadi Perhatian


Tiada siapa menyangka, sekumpulan warga Palestin di negara ini sanggup turun padang sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa yang terjejas ekoran bencana banjir meskipun, negara mereka juga masih bergolak dilanda konflik ekoran ditindas regim Zionis.

ukarelawan Palestin Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, berita, mangsa banjir,

Sukarelawan Palestin ini bukan sahaja memberi sumbangan barangan keperluan dan makanan malah ringan tulang membantu membersihkan rumah mangsa banjir yang dipenuhi sampah dan lumpur.

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaan mangsa banjir sekaligus memberi sinar baharu buat mereka.

Seperti diketahui, kebanyakan warga Palestin mempunyai wajah yang kacak, justeru kelibat mereka untuk membantu penduduk di beberapa kampung yang terjejas banjir ini sempat mencuri tumpuan ramai.

Gambar-gambar mereka turut menjadi viral di media-media sosial seperti Facebook.

Alahai.. sejuk mata memandang kan?

Rata-rata rakyat Malaysia yang melihat gambar di atas turut melahirkan rasa terharu atas bantuan diberikan saudara seislam ini. Tak kurang juga, kaum wanita yang memberi komen ala-ala ulat bulu naik daun melihat kekacakan sukarelawan Palestin terbabit.

Moga ukhwah dan kerjasama yang terjalin seperti ini kekal selama-lamanya, aminn.

ukarelawan Palestin Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, berita, mangsa banjir,

ukarelawan Palestin Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, berita, mangsa banjir,

ukarelawan Palestin Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, berita, mangsa banjir,

ukarelawan Palestin Bantu Mangsa Banjir, info, terkini, berita, mangsa banjir,


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: