Penyokong Bola Sepak Johor BOS Dapat Bas Rasmi


Boys Of Straits (B.O.S) mungkin antara kumpulan penyokong bola sepak paling bertuah di negara ini kerana mendapat pengiktirafan cukup hebat daripada persatuan bola sepak yang mereka sokong.


Penyokong Bola Sepak Johor BOS Dapat Bas Rasmi, info sukan, bola sepak, Johor, BOS, Boys Of Straits

Buat julung kali, kumpulan penyokong bola sepak seperti itu akan mempunyai sebuah pusat aktiviti dan bas rasmi yang disediakan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk kegunaan mereka.

PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, pusat aktiviti dikenali sebagai Markaz B.O.S itu akan dirasmikan dengan perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 30 Januari ini.

“Ini bagi memudahkan segala aktiviti melibatkan penyokong seperti pergerakan, jualan barangan atau koleksi ditempatkan di kawasan yang begitu strategik untuk sekalian penyokong.

“Seperkara yang menarik, bas rasmi untuk B.O.S juga akan disediakan oleh pihak pengurusan untuk musim ini dan kemungkinan akan siap untuk perlawanan pertama 31 Januari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

PBNJ dalam pada itu memaklumkan pelbagai pembaharuan dan penambaikan telah dilakukan ke atas Stadium Larkin bagi memeriahkan lagi Liga Malaysia musim ini.

Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: