Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit Dan Dicakar


Seorang peneraju stesen radio berita negara ini mendakwa anak lelakinya yang berusia setahun disyaki didera oleh sebuah pusat asuhan di Kelana Jaya, dua hari lepas.


Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit Dan Dicakar, info, terkini, berita, kes dera di pusat asuhan kanak-kanak

Menurut Peneraju Bernama Radio24 itu, Nazira Noran, 35, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, pada mulanya menyedari ada kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan dan kiri, belakang badan serta dari anaknya.

Kesan itu disedari selepas menjemput anaknya itu dari pusat berkenaan pada petang Khamis.

“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,” katanya.

Nazira dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin.

“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,” katanya.

Nazira berkata, anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan.

Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: