Penjaga Gol Liverpool Digantung Tak Bertali


Simon Mignolet dilaporkan ‘terhumban’ ke bilik sejuk beku Liverpool untuk tempoh yang tidak ditetapkan selepas gagal mempamerkan prestasi dikehendaki pasukan itu.


Penjaga Gol Liverpool Digantung Tak Bertali, info sukan, bola sepak, liverpool, Simon Mignolet

Ketika mengesahkan perkara itu, pengurus The Reds, Brendan Rodgers berkata, kelab itu akan menggunakan penjaga gol lain dalam perlawanan berikutnya.

Malam Ahad, Rodgers menggunakan khidmat Brad Jones dari Australia itu ketika tewas 0-3 di tangan Manchester United.

Mignolet yang bermain untuk pasukan kebangsaan Belgium juga tidak akan beraksi ketika Liverpool meneruskan cabaran untuk Piala Capital One di Bournemouth, Rabu nanti.


Penjaga Gol Liverpool Digantung Tak Bertali, info sukan, bola sepak, liverpool, Simon Mignolet

Rodgers berkata, dia perlu melakukan perubahan bagi mencapatkan keputusan diingini untuk Liverpool.

“Saya mahukan skuad ini mencapai prestasi lebih baik. Justeru saya perlu nyatakan Mignolet akan diketepikan untuk tempoh yang tidak dihadkan,” katanya.

Walaupun tewas malam tadi, Rodgers mengakui dia berpuas hati dengan kecekapan Jones, 32,  yang pernah beraksi untuk kelab Middlesbrough sebelum ini.

Pada masa sama, Rodgers berkata, dia berharap Mignolet, 26, mampu mengembalikan kecekapannya secepat mungkin bagi mengelakkan dia terus menjadi pemerhati di tepi padang.

“Mignolet pernah menjadi penjaga gol terbaik dan sangat profesional.

“Apabila saya nyatakan keputusan saya, dia menerimanya dan memahami keadaan kami,” katanya.

Liverpool tersingkir daripada persaingan kalah mati Liga Juara-Juara minggu lalu selepas gagal mengumpul mata mencukupi hasil keputusan seri 1-1 dengan Basel.

Sumber : mstar.com.my

Filled Under: