Insiden Tebusan Berlaku Pula Di Ghent, Belgium


Bagaikan satu kebetulan, satu serangan melibatkan insiden tebusan berlaku di bandar Ghent, Belgium hari ini selepas empat orang lelaki bersenjata menawan tebusan di dalam sebuah apartmen.


Insiden Tebusan Berlaku Pula Di Ghent, Belgium, info, terkini, berita luar negara, sensasi, kes tebusan sydney,

Ketika ini, sedang berlaku insiden sama di Kafe Lindt Chocolate di bandaraya Sydney berhampiran Sydney Opera House melibatkan seorang lelaki bersenjata yang meminta bendera Negara Islam (IS), memetik laman web Straitstitimes.com.

Di Belgium, pasukan polis bersenjata telah pun mula mengepung bangunan itu selepas insiden dipercayai bermula beberapa jam lalu di sebuah bandar yang menempatkan penduduk yang bekerja dan kelas pertengahan.

“Tiada indikasi bahawa kejadian ini ada kaitan dengan keganasan, IS atau apa sahaja yang sedang berlaku ketika ini di Sydney,” kata pihak berkuasa.

Insiden tebusan di Belgium berlaku pada masa sama dengan yang berlaku di Sydney apabila kakitangan kafe berkenaan ditawan oleh seorang lelaki bersenjata.

Berita terkini menyebut pihak polis Belgium telah berjaya menahan seorang lelaki bersenjata dan seorang lagi menyerah diri dalam insiden tebusan di sana.


Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: