Memaparkan catatan dengan label bencana banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bencana banjir. Papar semua catatan

Kuala Krai Selepas Banjir Memang Macam Tsunami Melanda!

Kalau sesiapa membaca akhbar Harian Metro hari ini, maka tertera di muka hadapan menceritakan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur terutama Kelantan umpama tsunami.



Kalau dilihat kepada beberapa keping gambar keadaan ketika banjir di Kuala Krai, Kelantan mulai surut yang kami petik dari Facebook Raja Mahizan Tuan Zahid, ternyata tepat sekali apa yang disampaikan akhbar berkenaan.

Nasib baik, jumlah kehilangan nyawa tidak menyamai bencana tsunami yang melanda rantau ini 10 tahun lalu yang membawa kepada kehilangan ratusan ribu nyawa.

Namun, dari segi kemusnahan harta benda, ada persamaan walaupun bukan 100 peratus.

Kejadian tsunami memang layak dijadikan analogi kerana kejadian itu pun berlaku dalam tarikh yang hampir sama

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Melihat kepada gambar-gambar kemusnahan yang ada, maka ia menceritakan satu benda sahaja yakni banjir yang berlaku tahun ini memang luar biasa dan pastinya di luar jangkaan semua pihak.

Mungkin disebabkan itu bantuan agak sukar disampaikan sebelum ini.

Gambar yang diberikan juga dapat menceritakan dengan sendiri apa yang telah dilalui dan sedang dilalui penduduk di kawasan berkenaan.

Masih belum terlambat untuk kita berdoa dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat.

Selanjutnya, lihat gambar-gambar di bawah untuk memahami keadaan di Kuala Krai.



Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,

Kuala Krai Selepas Banjir, info, terkini,berita, bencana banjir, mangsa banjir,


Sumber : mynewshub.cc

Seorang Cedera, Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau

BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar tadi.


Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau , info, terkini, berita, bencana banjir

Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan.
Berpuluh Rumah Rosak Ribut Landa Balik Pulau , info, terkini, berita, bencana banjir


Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun Sardon, di sini.

Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

"Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," katanya.

Artikel Terdahulu : Pesawat QZ8501 Dijumpai Sistem TV China?

Sumber : BH Online

JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular Di Musim Banjir

Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.


JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular, info, terkini, berita, Terengganu, Bencana Banjir

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

“Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas,” katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. – BERNAMA

Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan

Hujan lebat semalaman di Tenom dan Beaufort, Sabah mengakibatkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan berikutan banjir.


Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan, info, terkini, berita, bencana banjir, mangsa banjir

Walaupun keadaan cuaca bertambah baik dan paras air surut setakat pukul 10 pagi Selasa, namun kebanyakan penduduk masih bimbang hujan lebat bakal berlaku pada sebelah petang.

Paras air di Sungai Padas dan Empangan Pangi di Beaufort naik pada tahap berbahaya dan melimpat pada awal pagi Selasa.

Pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendy Ramin berkata, seramai 14 orang dari Kg Tenom Lama dipindahkan dan dihantar ke tempat perlindungan sementara di Dewan Sri Antanom yang terletak berdekatan dengan kampung itu.

"Sejumlah 46 keluarga dengan 128 orang dari beberapa kampung di Beaufort turut dipindahkan dan dihantar ke Dewan Baru Beaufort," katanya.

Kebanyakan jalan di Beaufort masih ditenggelami air tetapi boleh dilalui banyak kenderaan.

"Kami memantau keadaan banjir dan akan mengemaskini keadaan itu dari semasa ke semasa," kata Mohd Affendy.

Artikel Terdahulu : Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak

Sumber : mstar.com.my

Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui

Jalan Besar dan Jalan Pekan Lama di Bandar Gua Musang dilaporkan tidak boleh dilalui semua kenderaan berikutan air Sungai Chinda melimpah disebabkan hujan lebat sejak semalam.


Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui, info, terkini, berita, bencana banjir, terengganu,

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah, berkata jalan ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu pengguna yang mahu ke Kota Bharu diminta melalui Jalan Persiaran Raya.

Antara jalan lain yang ditutup kepada kenderaan ialah Jalan Chiku-Aring, Jalan Kampung Batu Papan, Jalan Pekan Lama dan Jambatan Kampung Kerinting berikutan limpahan Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Ketil.

Kedaan itu menyebabkan lebih 200 penduduk di lima buah kampung berpindah sejak pukul 7 pagi tadi.

Saiful Bahri berkata, kampung berkenaan ialah Kampung Batu Papan, Kampung Kuala Nerus, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir, Kampung Chiku 7 dan Kampung Limau Kasturi yang penduduknya kini berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata pihaknya sudah membuat persiapan untuk membantu perpindahan mangsa banjir di kampung terbabit. – BERNAMA

Artikel Terdahulu : Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat