Memaparkan catatan dengan label terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terengganu. Papar semua catatan

JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular Di Musim Banjir

Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menjadi tidak menang tangan untuk menangkap ular.


JPAM T’ganu Tak Menang Tangan Tangkap Ular, info, terkini, berita, Terengganu, Bencana Banjir

Ini kerana hampir setiap hari Bilik Operasi Daerah JPAM menerima panggilan mengenai ular yang memasuki rumah penduduk.

Pengarahnya Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman berkata pihaknya telah menangkap 383 ekor ular yang memasuki rumah penduduk dari 1 hingga 20 Dis lalu.

Beliau berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tangkapan tertinggi iaitu 117 kes, diikuti Dungun (70 kes), Marang (65 kes), Besut (50 kes), Kemaman (46 kes), Hulu Terengganu (19 kes) dan Setiu (16 kes).

Antara spesis yang sering ditangkap terdiri daripada tedung, senduk dan katam tebu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut, katanya.

“Apabila habitat ular terganggu (seperti banjir), ular akan menyusur masuk ke tempat yang dirasainya selamat seperti dalam rumah untuk berlindung. Ular akan masuk melalui lubang pintu rumah dan lubang tandas. Namun sehingga kini tiada kes mangsa yang dipatuk ketika berada di dalam tandas,” katanya kepada Bernama.

Che Adam menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri sebaliknya menghubungi anggota JPAM untuk menangkap ular yang memasuki rumah mereka. – BERNAMA

Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui

Jalan Besar dan Jalan Pekan Lama di Bandar Gua Musang dilaporkan tidak boleh dilalui semua kenderaan berikutan air Sungai Chinda melimpah disebabkan hujan lebat sejak semalam.


Beberapa Jalan Di Gua Musang Tidak Boleh Dilalui, info, terkini, berita, bencana banjir, terengganu,

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah, berkata jalan ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu pengguna yang mahu ke Kota Bharu diminta melalui Jalan Persiaran Raya.

Antara jalan lain yang ditutup kepada kenderaan ialah Jalan Chiku-Aring, Jalan Kampung Batu Papan, Jalan Pekan Lama dan Jambatan Kampung Kerinting berikutan limpahan Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Ketil.

Kedaan itu menyebabkan lebih 200 penduduk di lima buah kampung berpindah sejak pukul 7 pagi tadi.

Saiful Bahri berkata, kampung berkenaan ialah Kampung Batu Papan, Kampung Kuala Nerus, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir, Kampung Chiku 7 dan Kampung Limau Kasturi yang penduduknya kini berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata pihaknya sudah membuat persiapan untuk membantu perpindahan mangsa banjir di kampung terbabit. – BERNAMA

Artikel Terdahulu : Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Jatuh Dari Tingkat 9 Flat