Memaparkan catatan dengan label berita nahas airasia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita nahas airasia. Papar semua catatan

QZ8501: TLDM Jumpa Mayat Wanita

Sebuah daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, menemukan mayat seorang wanita pada Khamis.


QZ8501: TLDM Jumpa Mayat Wanita, info, terkini, berita nahas airasia,

Dalam mesej melalui Twitter, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata: “KD Perak menemukan mayat seorang wanita pada pukul 11 pagi ini di Sektor 1. Mayat dalam proses untuk diserah kepada BASARNAS.”

Ketika dihubungi pada Khamis, beliau berkata ia adalah mayat kesembilan yang ditemukan kapal Malaysia dalam operasi SAR, yang memasuki hari ke-12 hari ini, sejak Penerbangan QZ8501 mengalami nahas pada 28 Dis.

Penerbangan QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 28 Dis lepas ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia berkata setakat ini, 39 mayat penumpang pesawat malang itu telah dijumpai dan daripada jumlah itu, 16 telah dikenal pasti Pasukan Pengenalan Mangsa Bencana Polis Indonesia. – BERNAMA

QZ8501: Tempoh Pencarian Dilanjut Seminggu Lagi

Tempoh pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa yang sudah memasuki hari kesembilan pencarian dilanjutkan tujuh hari lagi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo pada sidang medianya di sini, pagi tadi.

QZ8501, Tempoh Pencarian Dilanjut Seminggu Lagi, info, terkin, berita, berita nahas airasia,
Anggota Tentera Udara dan penyelamat Indonesia dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) mengusung kerusi penumpang dari Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, di Lapangan Terbang Iskandar Tentera di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia. - Foto EPA

“Sampai minggu depan.. keseluruhan kawasannya juga masih di sektor yang sama (timur), cuma ada beberapa ditambah lagi untuk mencari serpihan yang mungkin hanyut,” katanya.

Sementara itu, pasukan pencarian dasar laut kini terus berusaha mendapatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan pesawat biarpun cuaca di lokasi carian kini masih buruk sejak beberapa hari lalu.

Pihak pencarian Indonesia percaya sudah berjaya mengesan kedudukan ekor dan bahagian-bahagian utama pesawat Airbus A320-200 di dasar Laut Jawa.

Namun arus kuat, angin kencang dan ombak besar menyukarkan penyelam untuk turun ke dasar bagi menyiasat.

Soelistyo pada sidang media sebentar tadi turut memaklumkan lima kapal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilengkapi teknologi sonar yang mampu merakam objek bawah air sudah berada di lokasi dipercayai terletaknya serpihan utama pesawat, sejak jam 6 pagi lagi.

“Saya sudah arahkan mereka turun ke lokasi jam 5 pagi lagi. Ada penyelam yang sudah mula masuk ke dasar, namun hasilkan akan kita ketahui nanti,” katanya.

Ditanya mengenai serpihan pesawat seperti tempat duduk, pelampung dan pintu pesawat yang sudah ditemui dan kini ditempatkan di Pengkalan Bun, Soelistyo berkata ia untuk kepentingan siasatan, bukan pencarian. – Metronews.com/ REUTERS

Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja

Pihak berkuasa Indonesia mengarahkan agensi-agensi penerbangan negara itu supaya  menggantung para pegawai yang bertugas semasa hari penerbangan AirAsia QZ8501 termasuk dari pusat kawalan trafik udara.

Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja, info, terkini, berita, berita nahas airasia, QZ8501

Arahan yang berkuat kuasa serta merta itu turut meliputi operator pengendali lapangan terbang antarabangsa Juanda Surabaya dan pejabat penerbangan di terminal tersebut, lapor media tempatan di sini hari ini.

Tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa republik berkenaan susulan terbongkar pelbagai amalan tidak selamat oleh beberapa syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa ekoran nahas pesawat AirAsia Indonesia itu.

Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja, info, terkini, berita, berita nahas airasia, QZ8501

Kapal terbang malang yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu hilang di Selat Karimata di perairan Laut Jawa dekat Kalimantan Tengah pada pagi 28 Disember lalu sebelum ditemui semula tiga hari kemudian.

Kementerian Pengangkutan Indonesia turut mengesahkan, penerbangan QZ8501 langsung tidak mendapatkan kelulusan rasmi untuk menawarkan perkhidmatan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu, sebelum ia dipercayai terhempas.

Ia sekali gus bercanggah dengan tindakan pihak berkuasa penerbangan awam Singapura yang dilaporkan telah pun meluluskan laluan berkenaan pada hari kejadian atas permintaan daripada AirAsia Indonesia.

Pihak kementerian tersebut juga memberi amaran, sebarang syarikat penerbangan yang didapati melanggar peraturan ditetapkan, akan digantung penerbangannya demi keselamatan nyawa penumpang.

Malahan AirAsia juga dibidas selepas timbul laporan yang mendakwa para juruterbang pesawat QZ8501 dan kapten pesawat lain tidak mendapatkan laporan cuaca dari agensi cuaca rasmi pemerintah Indonesia.

Bagaimanapun, syarikat tambang murah berpangkalan di Malaysia itu telah menafikan sebarang salah laku yang didakwa oleh pihak berkuasa Indonesia sebaliknya menegaskan ia mematuhi semua standard operasi prosedur.

Setakat ini 37 mayat mangsa telah dijumpai dengan sebahagian terperangkap di tempat duduk mereka dan sembilan mayat sudah dikenal pasti manakala lima objek besar dipercayai bangkai pesawat berjaya dikesan, namum kotak hitam masih belum ditemui. – Agensi